Monday, 28 February 2011

Majlis Meletak Kerja.

Assalamualaikum,

Petang semalam akak buat mesyuarat meletak kerja untuk majlis perkahwinan anak perempuannya pada 13-3 ini. Keh pun tak ketinggalan menghadiri majlis tersebut. Majlis yang akan diadakan ni istimewa sikit sebab dibuat secara gotong royong. Siap potong lembu lagi. Akak dengan abang ipar memang tak suka upah orang memasak (katering) walaupun anak2nya mencadangkan berbuat begitu. kata akak tak seronok. Mereka lebih suka mengekalkan tradisi bergotong royong sebab cara begitu lebih seronok, dapat berkerjasama dengan rakan taulan jauh dan dekat, boleh jemput saudara2 dekat awal2 sikit dapat bermesra dan berkenalan memandangkan zaman sekarang ni ada yang berpupu pun tak kenal antara satu sama lain. Keh pun tumpang seronok dengan cara begitu.

Jemputan lelaki wanita dijemput untuk memegang kerja-kerja yang berkaitan, orang lelaki untuk tugasan-tugasan yang berat, yang perempuan pula untuk tugasan2 yang ringan.


Akak yang duduk kepalanya betul-betul antara dua Tv, khusuk membincangkan sesuatu dengan rakan sejawatnya.


Keh pulak hadir sebagai tukang masak aja, tak pegang apa2 jawatan maklumlah keh adalah tuan rumah pada hari itu.



Meehoon yang dah siap dimasak dan sedia untuk dihadangkan kepada para tetamu selesai mesyuarat.

Tak ketinggalan budak techit cucu akak yang ke 4 ni berposing dengan spek mata biru kegemarannya .

Sekian, Wassalam.

6 comments:

  1. Salam. elok het tu amalan gotong royong keje mengerje nie dibuat cara gitu mmg seronok weh.

    ReplyDelete
  2. salam..
    adat lama yang masih
    di pertahankan..tak ande
    dah di kolumpo nih..sema
    main catering je..

    ReplyDelete
  3. tahniah lah weh sebab kekalkan tradisi gotong royong.. banyok ameklah pekdoh nye.. keknya, banyok bete tv ket rumah akok oak tu ye

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    AAP,
    Memang seronok, sekali sekala dapat berjaga malam dengan kawan2, terutamanya untuk kaki karaoke..

    En, Zul,
    Kat sini pun apa kurangnya, cuma sorang berdua je yang masih nak mengekalkaan tradisi lamaa tu.

    En Hisyam,
    abang ipo keh beli tb satu sorang untuk mengelakkan pergaduhan sebab berebutkan siaran tb..

    ReplyDelete
  5. moga berbahagia sampai ke sudoh le pengantin, bahagia membawa ke syurga yerk

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cemomoi,
    InsyaAllah, itulah yang diinginkan oleh kesemua bakal pengantin, ibu bapa dan keluarga.

    ReplyDelete