Sunday 29 January 2012

Bertemu Rakan Facebook.

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu buat kawan2 semua.
Hari ni saya nak cerita sikit tentang facebook. Saya sebenarnya
memang dah lama ada akaun facebook, kalau tak silap sejak tahun 
2008 lagi, tapi tak aktif. Bukan apa sebenarnya saya tak pandai nak 
main FB ni. Nak letak gambar pun tak pandai.
Lagi memalukan saya tak tau nak tulis apa kat
wall saya. Saya rasa lebih susah lagi menggunakan FB dari
berblog.

 Ni Rakan FB saya Alina yang juga bersaudara dengan saya. Alhamdulillah.

Oleh kerana itu terbiarlah FB saya tanpa perhatian. friend
pun ada beberapa orang aja, tu pun anak2 dan menantu serta
anak2 sedara aja. Tapi sejak beberapa bulan yang lalu
adalah pengasas group 
Koleksi Gambar Klasik Pahang atau singkatannya KGKP,
invite saya untuk menjadi ahlinya. 
Satelah meneliti perjalanan group tersebut saya pun 
joinlah memandangkan ada juga baiknya
kalau saya join group ini.

 Saya dengan mak Alina, rupa2nya dia waris saya juga

Sambil berbalas komen dengan ahli2 yang lain kami selang selikan
juga dengan bertanyakan daerah asal masing serta
asal keturunan. Dengan itu ramai juga dah bertemu saudara,
dan rakan2 masa bersekolah, termasuklah saya.
Kat atas tu gambar saya dengan Alina Aisha Abu Bakar.
waris saya yang saya temui
melalui group KGKP di FB. Alina turun ke Lipis
dengan suami, anak, mak, ayah dan adik2 nya.
sambil menghadiri majlis kawin sepupunya, dapat juga
dia meluangkan masa bertemu saya.

 Saya dan Alina, dik dan maknya.

Dan paling seronoknya sempat lagi kami ronda2 mencari
waris lain yang juga berada di Lipis.
tengok gambar kat bawah ni, inilah pertemuan jejak
kasih yang terjadi pada malam Sabtu
baru-baru ini. Ini cuma beberapa orang saja yang
sempat kami temui.
Insya Allah dalam masa terdekat kami akan
mengadakan lagi pertemuan sebegini.


Saya kenal keluarga ini sebagai kawan,
bertegur sapa sambil lewa aja kalau bertemu,
Anaknya pernah jadi anak murid saya,
bila tahu kami bersaudara, alangkah seronoknya.
Alhamdulillah, tuhan telah menemukan sebahgian keluarga
yang selama ini saya cari.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.


10 comments:

  1. assalam mok,
    bukan senang nak jumpe gitu weh
    guna kecanggihan teknolgi terkini utk mengeratkan tali persaudaraan

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam AUC,

      Yer weh, ramai lagi yang akan menyusul nanti.
      Syukur.

      Delete
  2. Assalamualaikum LL..
    Seronok dpt menjejak kasih begini kan?...meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Iya, memang seronok sesangat,
      satu coffee house bergema suara kami
      menceritakan keseronokannya dapat
      bertemu.

      Delete
  3. Salam, Ini kena kabo pada suami ni,ntah2 ada sedara mara dia dlm group tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Che Mid,

      Ye boleh sangat Che Mid,
      mana tau dapat bertemu saudara2
      yang selama ini kita tak pernah kenal.

      Delete
  4. Wahhh... itulah hasilnya, bila kita menggunakan laman sosial dengan cara yang positif.

    Selepas ini pasti akan ada gathering lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Azie,

      Alhamdulillah, kami telah membuktikan
      laman sosial ni ada juga manafaatnya,
      kalau digunakan secara positif.

      Insya Allah, memang ada ura2 kami nak buat gathering..

      Delete
  5. Assalam LL..ada masanya fb ni seronok jugak..kawan2 sekolah yang dah puluh tahun tak bertemu pun boleh jumpa balik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Acik,

      Ada masanya membosankan juga kan Acik,

      Delete