Friday 6 January 2012

Jering Rebus

 Assalamualaikum,

Sallam hari Jumaat yang berkat, semuga semua
kita diberkati Allah dengan kesihatan yang baik, iman dan amal
yang Soleh serta kehidupan yang sempurna.

Diam tak diam dah nak masuk Zohor dah ni. Semua dah 
siap sedia untuk mengerjakan solat yee, terutama kaum lelaki,
mesti kena datang awal ke Masjid untuk mendengar
khutbah sebelum solat jumaat kerana Khutbah adalah merupakan
rukun sembahayang Jumaat.

Ramai juga saya tengok orang lelaki yang buat tak kisah
pada khutbah, hadir kemasjid sekadar untuk
bersembahayang dua rakaat. Kena tanya Ustaz ni,
sah ke tidak sembahayang jumaat dengan meninggalkan
khutbah.

Orang perempuan pun sama, jangan sengaja melengah
-lengahkan solat, tidak baik, ( nasihat untuk saya sendiri
juga rodong2 yang sudi terima ) Selesai solat 
baru sedap hati nak buat kerja lain.
Maaflah sekadar mengongsikan apa yang saya belajar.

Sebenarnya ni saya nak tayang makanan kegemaran saya,
yang saya beli kat pekan sari Kuala Lipis
minggu lepas. Agak-agaknya kalau tengok
gambar ni ada yang kenal ke benda apa dalam gambar ni.


Yang kat atas ni munkin ada yang kenal, tapi yang kat bawah ni 
ada sesiapa kenal tak. Sila jawab sebelum saya beri jawapannya yee.


Sebenarnya ini makanan atau benda yang sama.
Jering rebus dengan nyor kukur.
Saya kalau dapat menda ni memang saya makan betul2.
Suka sangat saya makanan tradisi ni.
Tapi saya kurang suka sikit cara yang kat atas tu, 
kuat sangat rasa jeringnya.

Yang kat bawah tu saya dah tumbuk bagi dia
nipis dan lembut, letak kelapa didalamnya, gulungkan.
Memang sedap. Saya boleh makan sepuluh 
atau berbelas keping sekali gus.
Kata orang makan jering ni kembung, betul juga 
kut kalau masaknya tak sempurna.
Tapi tidak bagi saya. Perut saya biasa je walau 
pun makan banyak.

Kalau rodong2 yang tak biasa makan makanan
ni dan baru nak mencuba tu, saya
nasihatkan tumbuk dalam lesung batu dulu
jering tu untuk mengurangkan rasa pedonya.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

24 comments:

  1. Kalau dah rebus tu, bau dia hilang tak? :)

    ReplyDelete
  2. en abg munna suka sgt ni kak..klu ada yg jual kat pasar mesti dia beli

    ReplyDelete
  3. wah, 1st time tengok makanan cenggini... kreatif!

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Ini lain drpd yg lain ... makan jering begitu saje memang biasa

    ReplyDelete
  5. eerrrrrkkkk...dah lama tak makan jering, rasa dan bau dia OK ke?

    ReplyDelete
  6. asalam ... saya suka makan ulam jering mentah dengan sambal tempoyak ...perrhhh sodapp ..tq.

    ReplyDelete
  7. Sallam kakcik,

    Kalau orang yang pandai merebusnya ikut cara tradisi yang betul memang tak ada bau dah, rasanya pun sangat sdikit, kalau lepas makan tu memang tak berbau macam kita makan jering mentah.

    ReplyDelete
  8. masa arwah nenek ada selalu makan...tapiiii sekarang dah susah nak rasa...iskkkk...

    ReplyDelete
  9. Salam, jering rebus nie mesti rebus hak yang tua yak... apapun mmg best makan dgn kelapa parut tu :)

    ReplyDelete
  10. salam..
    makan dengan kelapa parut
    tak biasa pulak..racik-racik
    jering rebus tu buat sambal
    ikan bilis pun sedap kan?

    ReplyDelete
  11. peghhh lama x pekena ni
    leceh nok buat lama sgt nok memasaknya
    best wehh

    ReplyDelete
  12. Sallam munna,

    Memang sedap munna, sebeb tu che abang tu suka,
    tu kalau dimasak betul2.

    ReplyDelete
  13. Sallam I'mulan,

    Kalau makan lagi kreatif rasanya,
    klasik lagi.

    ReplyDelete
  14. Sallam Dato' LF,

    Dato' kena cuba rasa makanan nih,
    rugi kalau tak rasa.

    ReplyDelete
  15. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Tak ada rasa jering dah kalau orang
    pandai memasaknya, bau adalah sikit,
    tapi terkawal.

    ReplyDelete
  16. W,sallam Ir. Ajak,

    Saya pula tak suka jering mentah,
    tekak saya memamng tak boleh terima rasa
    pedonya tu.

    ReplyDelete
  17. Sallam Puteri Rimba,

    Aok balek lepih, pegi pekan sari Sabtu,
    Selalu ada buleh beli.

    ReplyDelete
  18. W,sallam En Yassin,

    Ye mesti hok tua, kalau hok muda tak jadi,
    genyut rasanya.

    ReplyDelete
  19. Sallam En Zul,

    Kalau hok dah rebus buat sambal
    tak ada rasa langsung dah. Tawar.

    ReplyDelete
  20. Sallam AUC,

    Nok masok tu mesti cukup ramuannya,
    kulit pokok jering, daun macam2 daun,
    kena bubuh baru masak sempurna,
    kalau tak sempurna masak boleh mengikat,
    sakit kalau kena ikat jering,

    ReplyDelete
  21. Salam perkenalan..
    Banyak info blog anda.. Saya follow ye...

    ReplyDelete
  22. Di melaka dipanggil jering urap. Pernah tak masak gulai lemak jering rebus ini? Guna ikan bilis sebagai perencah. Tentang SMS scam, akak pun terima juga, sama mesejnya. Mula-mula ingatkan dari CELCOM. was-was, delete aje.

    ReplyDelete
  23. salam kak..

    t.k krn msh sudi sggh blog koi te..

    slmt taun baru

    ReplyDelete
  24. Wah, jering rebus ni kalau buat sambal pun sodap ;) Salam kenal & terus follow~

    ReplyDelete