Assalamualaikum,
Selamat malam Selasa.
Ada yang tak pernah dengar ke upacara ni.
Ni upacara tradisi orang kampung kakmah dan kampung2
yang berdekatan. Upacara ini sebenarnya satu upacara mengiringi
majlis bercukur jambul bayi.Biasanya selepas bercukur
jambul diadakan pula acara memijak tanah.
Kat bawah ni diantara peralatan yang diperlukan untuk upacara
menjijak tanah. menuru tok nenek zaman dulu upacara ini dilakukan
bertujuan untuk membiasakan bayi yang baru lahir
itu dengan segala macam rencah dunia, segala macam rentak
kehidupan. Upacara ni dah jarang dilakukan tapi sedara kakmah ni
masih lagi mengekalkannya setiap kali majlis bercukur rambut cucunya
yang dah 14 orang tu.
Diantara yang perlu dipijak oleh bayi semasa upacara ini termasuklah
emas, perak, tembaga, suasa, besi, tanah, makanan. Lihat dulang
tembaga yang masih dalam simpanan sedara kakmah ni, beratus
tahun dah usianya yang ini.
Dan acara yang wajib ada ialah berzanji, berselawat, marhaban
bacaan ayat suci al Quran, Ini Kakyam, pakar berzanji dan marhaban
di Lipis, dia boleh berzanji seorang diri selama 2 jam tanpa henti.
Sebelah kanan tu tanah, sebelah kiri tu kek, dan alat lain batu asah, paku
cincin perak, gelang emas. Sayang kakmah tak sempat nak ambil gambar
masa baby pijak semua tu, kakmah terlepas pandang, sibuk mengikut
orang berselawat.
Oklah, sampai sini dulu, semuga jumpa lagi.
Wassalam.