Thursday, 31 October 2019

Gulai Maman Jeruk

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini KakMah bersiran malam lah pulak. Siang tadi tak sempat, ada kerja sikit. Esok pun tak sempat rasanya. Allah sibuknya Kak Mah ni mengalahkan PM lah pulak. Tapi tetap sempat juga nak memasak makanan kegemaran Kak Mah, lagi-lagi ada kawan Kak Mah yang akan makan bersama Kak Mah setiap makanan yang Kak Mah masak.



Petang ni Kak Mah masak gulai lemak maman jeruk yang kak Mah jeruk hari Sabtu lepas. Selepas lima hari di jeruk, maman ni dah sesuai sangat untuk dibuat gulai. Kak Mah pun apa lagi mengulailah petang ni, sebab memang kegemaran Kak Mah lah gulai maman jeruk ni. 




Maman jeruk ni memang sesuai di buat gulai berbanding maman segar kerana maman yang dah dijeruk ni akan hilang rasa pahitnya, sebaliknya maman segar walaupun direbus dahulu rasa pahitnya tetap ada lagi melainkan kalau memang suka rasa pahit maman itu. Kak Mah sendiri mana-mana pun boleh, jeruk ke segar boleh aja, semuanya sedap bagi Kak Mah. 


Nak buat gulai mesti ada santannya kan. Kak Mah kukur dan perah sendiri santannya. Santan yang di perah sendiri lebih lemak rasanya. Untuk gulai ini kak Mah gunakan semangkuk santan yang diperah dari sekerat kelapa sederhana besarnya.



Kemudian tumbuk lima biji cili hijau, lima biji aja sebab Kak Mah tak tahan pedas, seulas bawang kecil dan sepuluh ekor ikan bilis yang dibuang perut dan tulangnya. 

Masukkan santan dalam kuali, masukkan bahan tumbuk tadi dan setengah sudu teh serbuk kunyit. Kalau ada kunyit segar lagi bagus, tumbuk sekali dengan cili. hidupkan apidan kacau.


Kacau gini hah..hehe..

 Lepas yu bolehlah masukkan maman jeruk tadi. Masukkan maman saja, air jeruk tu buanglah, masaklah selama lima minit dan rasalah garamnya. Harus diingat maman jeruk ni dah masin, kena berhati-hati meletak garamnya, nanti takut terlebih masin pulak. Masukkan garam, bila dah masak angkatlah.


Dah pun masak dan sedia untuk dihidangkan. Seleranya makan nasi dengan gulai maman jeruk ni. Tambah pulak dengan goreng ikan masin. Oh ya, maman jeruk ni sedap kalau di rampai dengan ikan tenggiri atau ikan masin talang. Kak Mah cuma ada ikan bilis aja tu pasal kak mah guna ikan bilis aja. Itu pun dah sedap sangat dah.

Oklah nanti jumpa lagi dengan resipi yang lain pulak.

Wassalam


Tuesday, 29 October 2019

Ganti Tandan

Assalamualaikum,

Kak Mah sekarang ni gila memasak pulak.
Bukan apa, sebab banyak sangat menu-menu, masakan zaman dulu-dulu yang tergambar dalam fikiran Kak Mah ini. Dulu selalu buat makanan seperti ini. Tapi sekarang ni dah jarang-jarang. Sekali dia datang dalam fikiran tu bertalu-talu, mana yang boleh Kak Mah buat tu, Kak Mah nak cuba buat dan kongsikan dengan kawan-kawan. Ada sesetengah yang muda-muda tu langsung tak tahu masakan tersebut sedangkan masakan dan makanan warisan itu sangat baik dan berkhasiat dan langsung tidak ada bahan tambahan yang kadang-kadang sangat merbahaya untuk kesihatan untuk janka panjang. Bahan-bahan itu jugalah yang mengundang banyak penyakit zaman sekarang.


Nah, ini dia. Hari ini Kak Mah nak kongsi satu lagi makanan tradisional yang mak-mak ayah kita makan satu waktu dulu. Mereka tak makan roti, mereka tak makan biskut, tapi mereka makan ini untuk sarapan pagi, kadang-kadang untuk makan pagi, Kadang-kadang untuk minum petang. Satu makanan yang sangat menyengangkan dan segar dari ladang. Dibuat dari bahan yang segar bukan bahan yang telah diproses. Kuih inilah namanya Ganti Tandan.


Zaman dulu orang tua kita memasak tidak banyak menggunakan gula, cuma garam sahaja. Kuih ganti tandan ini dimasak menggunakan garam sahaja. Jagung yang telah sedia manis itu jika di gaulkan dengan garam dan kelapa yang dikukur, alangkan enaknya, lemak manis dan masin. Tapi untuk masakan Kak Mah hari ini Kak Mah buat dua rasa, satu masin dan satu manis. Tapi Ka Mah tak menggunakan gula putih, hanya gula kabung. Sebenarnya inilah manisan makanan orang tua kita dulu. Mereka jarang makan gula putih, sebaliknya hanya makan gula kabung, dan gula melaka, dan gula kelapa.


Jagung ini perlu berhati-hati semasa mengeluarkan tandannya supaya tidak putus kulitnya kerana dengan kulit itulah Kak Mah akan membungkus kuih ini nanti. Nama pun Ganti Tandan, tandan nanti akan diganti dengan isi jagung yang telah di gaulkan dengan kelapa dan garam atau gula kabung.


Jagung perlu disagat dahulu supaya halus. Kak Mah gunakan sepuluh tandan jagung manis. Sepatutnya gunakan jagung kampung yang banyak kanji tu, tapi sukar dah sekarang ni nak dapat jagung kampung, Kak Mah guna ajalah jagung manis ni. Jagungnya masih terlalu muda sepatutnya gunakan jagung yang tua sedikit supaya tidak terlalu banyak airnya. Kak Mah hiriskan sebanyak dua tandan supaya ada rasa kasar-kasar sikit.


Jagung ni masih terlalu muda. Kuihnya tidak menjadi dengan cantik kerana jagung muda banyak airnya dan kurang sagunya.


Setelah disagat, digaulkan dengan kelapa yang dikukur atau diparut, digaulkan juga dengan garam atau gula kabung, bolehlah diisi semula kedalam kulitnya yang disimpan tadi. Kemaskan dan ikat dihujungnya seperti gambar diatas. Lepas tu bolehlah dikukus selama dua puluh minit.


Beginilah rupa kuih Ganti Batang setelah masak dan disejukkan. Kuih yang dibuat dengan jagung manis ini agak lembik, perlu berhati-hati sewaktu memegangnya


Semuga bermanafaat untuk anda semua rakan-rakan blogger Kak Mah dan pengunjung Blog Lipislady.


Semuga Jumpa Lagi

WASSALAM

Sunday, 27 October 2019

Menjeruk Maman.

Assalamualaikum,

Selamat bertemu lagi rakan-rakan blogger dan sahabat Blog Lipislady. Hari ni pagi betul Kak Mah dapat bersiaran. Semalam sibuk sikit, tapi curi juga untuk buat entry rengkas. Untuk pagi ni pun, ringkas jugalah.

Kak Mah cuma nak kongsi macam mana Kak Mah membuat jeruk Maman. Malam tadi dah Kak Mah buatnya, tu pun dah hampir lewat malam. Ok rakan-rakan.kita tengok gambar aja maca mana Kak Mah buat yer.


Beginilah rupa pokok maman yang Kak Mah dah siap siang dia. Ada yang tak kenal maman ke, banyak di jual di pekan sari, biasa harganya dua ringgit saja seikat. Kak Mah beli seikat aja. Cukuplah.


Ni yang dah siap siang dan basuh. Dah siap basuh tuskan dulu supaya maman tu kering. Kemudian masukkan sesudu makan nasi, dan setengah sudu makan garam kasar. Garam kasar adalah terbaik untuk dibuat jeruk. Kemudian ramas-ramas kan dengan tangan sehingga jadi seperti...........


Sehingga jadi seperti ini. kemudian biarkan semalaman dalam keadaan seperti ini. jangan simpan didalam peti sejuk, biarkan aja diluar. Lebih baik dipindahkan kedalan bekas yang lebih kecil supaya air yang keluar dapat menutupi semua daun maman.



Esoknya bolehlah ditambah dengan air masak yang telah disejuk kan. Boleh juga ditambah cili padi yang dibelah tak putus. Tunggu sehingga menjadi masam dan warnanya kekuningan, dalam lima hari begitu. Jeruk maman ini boleh tahan beberapa bulan kalau betul cara membuat dan menyimpannya.

Jeruk maman yang Kak Mah buat ni Kak Mah nak buat gulai lemak.tapi tunggu sehingga dia betul-betul masam dulu. Nantikan resipi gulai lemak maman Kak Mah.

Oklah, sekian dulu.
Semuga jumpa lagi.

Wassalam.






Saturday, 26 October 2019

Hanging Pot

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah sampai diLipis.
Dapat bersiaran dari Lipis pula.

Selamat bercuti panjang pada yang bercuti. P{ada yg nak balik kampung, yang dalam perjalanan Kak Mah doakan selamat pergi dan selamat kembali. Sudah semistinya harapan yang seterusnya hati-hatilah ketika memandu, biar lambat asalkan selamat. Kak Mah balik semalam dah. Semalam jalannya clear aja. Tak jem walaupun kereta kelihatannya berali arus juga.



Hari ni nak share hobi Kak Mah. Tengok apa Kak Mah dah buat setelah mendapat serangan dari kucing-kucing yang Kak Mah bagi makan setiap hari, akhirnya dia membuang najisnya dalam pasu.bunga dan sayur Kak Mah. Akhirnya juga terpaksalah Kak Mah mengemas kini semula semua pasu-pasu Kak Mah. Yang tinggal hanya inilah. Hanging Pot Kak Mah.

Cuba lihat kat atas tu, dari empat yang Kak Mah semai cuma satu yang hidup, satu lagi hidup segan mati tak mau, dua lahi terus mati.


Hari ini Kak Mah gantikan pot yang kosong tu dengan daun sup dan kesum pulak. Harap-harap hidup suburlah kesemuanya tu. Keinginan untuk menanam tu sentiasa ada, walaupun duduk atas kayangan. tapi halangannya pun sentiasa ada.

Oklah itu saja untuk kali ini, semuga kita jumpa lagi dilain kali.

Wassalam. 

Thursday, 24 October 2019

Mihun Goreng Singapore.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini Kak Mah bersiaran lagi. Hari ini masih di Bentong.

Apa khabar rakan-rakan blogger dan pengunjung blog Lipislady semua. Harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Kalau kurang ceria tu jom kita berhibur dulu disini. Kan...orang Pahang.

Kali ini Kak Mah nak berkongsi menu sarapan pagi atau pun minum patang Kak Mah. Mihun goreng singapore. Menu ni simple dan sangat sedap pada lidah Kak Mah. Maklumlah tak berat sangat rasanya kerana tidak menggunakan cili langsung. Memang sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Kak Mah jual mihun ini di gerai nasi lemak Kak Mah. Boleh tahan juga sambutannya


Kepada sesiapa yang nak mencuba resipi Kak Mah ini, disini kak Mah catatkan resipinya.

Bahan-bahannya.

- Setengah Kampit mihun Faezah atau apa-apa saja muslim produk, rendam dengan air panas 4 minit dan tuskan.
- Dua biji telur gred A ( goreng jadikan telur hancur)
- Dua batang kacang panjang atau lima batang kacang bunchis (potong halus)
- Dua inci lobak merah potong memanjang halus.
- Setengah cawan taugeh bersihkan dan cuci.
- 10 ekor ikan bilis, buang perut dan tulangnya dan cuci
- Dua ulas bawang putih
- Seulas bawang besar- Kalau bawang kecil boleh tiga ulas
- Satu sudu lada hitam biji ditumbuk halus
- Satu setengah sudu teh garam halus
- 4 sudu minyak untuk mengoreng

Cara-cara memasaknya

- Tumbuk Ikan bilis separuh hancur, masukkan bawang putih dan bawang merah tumbuk lagi.
- Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi, goreng hingga masak.
- masukkan garam dan kacau lagi
- Masukkan setengah cawan air.
-Masukkan lobak merah dan kachang
-Masukkan mihun dan kacau dengan api yang kecil.
- Sementara mengacau masukkanlah pertama lada hitam, taugeh dan telur, kacau lagi hingga rata
- Bila sudah rata kesemua bahan angkatlah dan sedia dihidangkan.

Nota- Kalau suka boleh juga ditambah daging ayam yang dipotong dadu, atau fish cake atau fish ball
          atau udang. Ikut selera sendiri. 

Sekian semuga bermanafaat untuk anda semua.

Semuga jumpa lagi.
WASSALAM.


Tuesday, 22 October 2019

Beza Antara Daun Sup Dan Daun Ketumbar


Assalamualaikum,

Sallam ceria pagi Selasa kepada semua rakan-rakan Blogger dan pembaca-pembaca entry ini. 

Kak Mah pernah dengar dan pernah jumpa kawan-kawan yang begitu sukar untuk membezakan dua daun herba penyedap dan penghias masakan ini. Daun-daun tersebut adaalah Daun Ketumbar dan Daun Sup. Dan ada satu lagi daun yang disebut daun Sadri atau Saleri.

Kak Mah ni bukanlah pandai sangat, cuma Kak Mah selalu membeli dan menggunakan daun-daun ni semua. Secara tak langsung dapatlah Kak Mah membezakan ketiga-tiga daun ini. Gambar ni semua kak Mah dapatkan dari Google je, kredit untuk tuan empunya gambar, maafkan Kak Mah.



Yang kat atas ni namanya Daun Ketumbar. Kalau perhatikan betul-betul bentuk rupanya daun ketumbar ini daunnya lebih lembut, lebih halus dan bulat sedikit berbanding dengan daun sup. Batangnya pun lebih kecil dan pendek sedikit dari daun sup. Baunya pun tidak seperti daun sup.Ramai orang kurang menyukai bau dan rasa daun ketumbar ini kerana baunya lebih keras dari bau daun sup. Biasanya daun ketumbar ini di masukkan kedalan masakan Tom Yam untuk bahan perisanya dan sebagai hiasan.




Yang ini pulak adalah daun sup, daunnya agak kasar tebal dan rangup sedikit, batangnya besar dan lebih panjang, baunya sangat wangi dan memikat selera kalau di campurkan kedalam masakan terutamanya sup. Warna hijaunya lebih pekat berbanding dengan warna daun kentumbar yang berwarna hijau terang sikit. Biasa daun sup ini digunakan untuk ditaburkan didalam sup dan masakan lainnya.



Yang ini pula dinamakan daun selari, Batangnya besar, daunnya rimbun. Dimasukkan kedalam masakan bukan sekadar hiasan, malah dijadikan salah satu bahan untuk sesuatu masakan, untuk rasanya. Selalu digunakan untuk ramuan sup, Srew dan kebanyakan masakan berkuah kalau suka. Baunya dan rasanya sama dengan daun sup, cuma dia bukan daun sup tapi dipanggil Daun Saleri

Alhamdulillah, semuga kepada anda yang sukar membezakan ketiga-tiga daun ini mendapat sedikit panduan dari entry ini.

Semuga kita berjumpa lagi

Wassalam.

Saturday, 19 October 2019

Kudapan

Assalamualaikuma
Sallam ceria pagi minggu,
Alhamdulillah hari ni Kak Mah bersiaran dari Bentong,

Apa khabar semua rakan blogger Kak Mah, 
Apa khabar peminat blog Lipislady semua
Harap semuanya dalam lindungan Allah selalu.


Hari ni kak mah nak share je apa yang selalu terjadi pada kita
setiap kali buat karipap.

Lebihan tepung untuk buat kulit karipap.
Kalau simpan dalam peti sejuk boleh juga kalau esoknya
nak buat karipap lagi. Tapi mestilah dibalut dengan plastik
atau simpan dalam plastik supaya tidak hilang lembapannya.
Tapi kalau nak simpan sampai seminggu,
janganlah, tepung tu dah semestinya
dah berkulat.

Langkah yang selamat kalau ada lebihan
tepung dari kulit karipap tu canaikan aja nipis-nipis
seperti nak buat kulit karipap tu
lepastu gunting memanjang,
gorengkan aja terus, jadi macam yang kat atas,
sedap dimakan buat kudapan,
anak-anak suka
kalau nak rasa manis sirakan aja sedikit dengan gula
kalau manis lagilah kanak-kanak suka,
tak payah nak beli jajan-jajan lagi.
ok

Alhmdulillah, sampai sini dulu

Sallam sejahtera
Semuga jumpa lagi
Wassalam.