Sunday, 27 October 2019

Menjeruk Maman.

Assalamualaikum,

Selamat bertemu lagi rakan-rakan blogger dan sahabat Blog Lipislady. Hari ni pagi betul Kak Mah dapat bersiaran. Semalam sibuk sikit, tapi curi juga untuk buat entry rengkas. Untuk pagi ni pun, ringkas jugalah.

Kak Mah cuma nak kongsi macam mana Kak Mah membuat jeruk Maman. Malam tadi dah Kak Mah buatnya, tu pun dah hampir lewat malam. Ok rakan-rakan.kita tengok gambar aja maca mana Kak Mah buat yer.


Beginilah rupa pokok maman yang Kak Mah dah siap siang dia. Ada yang tak kenal maman ke, banyak di jual di pekan sari, biasa harganya dua ringgit saja seikat. Kak Mah beli seikat aja. Cukuplah.


Ni yang dah siap siang dan basuh. Dah siap basuh tuskan dulu supaya maman tu kering. Kemudian masukkan sesudu makan nasi, dan setengah sudu makan garam kasar. Garam kasar adalah terbaik untuk dibuat jeruk. Kemudian ramas-ramas kan dengan tangan sehingga jadi seperti...........


Sehingga jadi seperti ini. kemudian biarkan semalaman dalam keadaan seperti ini. jangan simpan didalam peti sejuk, biarkan aja diluar. Lebih baik dipindahkan kedalan bekas yang lebih kecil supaya air yang keluar dapat menutupi semua daun maman.



Esoknya bolehlah ditambah dengan air masak yang telah disejuk kan. Boleh juga ditambah cili padi yang dibelah tak putus. Tunggu sehingga menjadi masam dan warnanya kekuningan, dalam lima hari begitu. Jeruk maman ini boleh tahan beberapa bulan kalau betul cara membuat dan menyimpannya.

Jeruk maman yang Kak Mah buat ni Kak Mah nak buat gulai lemak.tapi tunggu sehingga dia betul-betul masam dulu. Nantikan resipi gulai lemak maman Kak Mah.

Oklah, sekian dulu.
Semuga jumpa lagi.

Wassalam.






4 comments:

  1. bila tengok-tengok pokok maman ni, dana baru perasan kat tepi-tepi rumah kat kampung banyak maman ni, cumanya kat kampung... emak tak tau yang ini pokok maman dan boleh di makan. dana pun tak pernah rasa jeruk maman ni macmane rasanya

    ReplyDelete
  2. Sayangnya, kalau pungut buat masak lemak sedapnya.
    Kalau nak buat masak lemak tak perlu jeruk, rebus aja macam pucuk ubi, gulai pun macam pucuk ubi, tambah ikan masin talang sikit sedap..

    ReplyDelete
  3. ohh baru tahu cara buat jeruk maman macam ni. biasa nampak juga orang jual dalam bekas

    ReplyDelete
  4. Casinos Near Harrisburg, PA - MapYRO
    Find Casinos Near 사천 출장샵 Harrisburg, 나주 출장마사지 PA near Harrisburg, 화성 출장마사지 PA on MapYRO. Casinos Near Harrisburg, PA · Penn National 광주광역 출장안마 Race 파주 출장안마 Track, Hollywood Casino

    ReplyDelete