Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini Kak Mah bersiaran lagi. Hari ini masih di Bentong.
Apa khabar rakan-rakan blogger dan pengunjung blog Lipislady semua. Harap semuanya dalam keadaan ceria selalu. Kalau kurang ceria tu jom kita berhibur dulu disini. Kan...orang Pahang.
Kali ini Kak Mah nak berkongsi menu sarapan pagi atau pun minum patang Kak Mah. Mihun goreng singapore. Menu ni simple dan sangat sedap pada lidah Kak Mah. Maklumlah tak berat sangat rasanya kerana tidak menggunakan cili langsung. Memang sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Kak Mah jual mihun ini di gerai nasi lemak Kak Mah. Boleh tahan juga sambutannya
Kepada sesiapa yang nak mencuba resipi Kak Mah ini, disini kak Mah catatkan resipinya.
Bahan-bahannya.
- Setengah Kampit mihun Faezah atau apa-apa saja muslim produk, rendam dengan air panas 4 minit dan tuskan.
- Dua biji telur gred A ( goreng jadikan telur hancur)
- Dua batang kacang panjang atau lima batang kacang bunchis (potong halus)
- Dua inci lobak merah potong memanjang halus.
- Setengah cawan taugeh bersihkan dan cuci.
- 10 ekor ikan bilis, buang perut dan tulangnya dan cuci
- Dua ulas bawang putih
- Seulas bawang besar- Kalau bawang kecil boleh tiga ulas
- Satu sudu lada hitam biji ditumbuk halus
- Satu setengah sudu teh garam halus
- 4 sudu minyak untuk mengoreng
Cara-cara memasaknya
- Tumbuk Ikan bilis separuh hancur, masukkan bawang putih dan bawang merah tumbuk lagi.
- Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi, goreng hingga masak.
- masukkan garam dan kacau lagi
- Masukkan setengah cawan air.
-Masukkan lobak merah dan kachang
-Masukkan mihun dan kacau dengan api yang kecil.
- Sementara mengacau masukkanlah pertama lada hitam, taugeh dan telur, kacau lagi hingga rata
- Bila sudah rata kesemua bahan angkatlah dan sedia dihidangkan.
Nota- Kalau suka boleh juga ditambah daging ayam yang dipotong dadu, atau fish cake atau fish ball
atau udang. Ikut selera sendiri.
Sekian semuga bermanafaat untuk anda semua.
Semuga jumpa lagi.
WASSALAM.
tentulah sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah WP, menu sederhana orang suka, ringan je
Deletetengok isi nya yang banyak, warna pun mennarik tentu ramai yg tertarik nk membeli kak... mesti sedap nih
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteMasaknya pun senang aja kan...