Assalamualaikum,
Kak Mah sekarang ni gila memasak pulak.
Bukan apa, sebab banyak sangat menu-menu, masakan zaman dulu-dulu yang tergambar dalam fikiran Kak Mah ini. Dulu selalu buat makanan seperti ini. Tapi sekarang ni dah jarang-jarang. Sekali dia datang dalam fikiran tu bertalu-talu, mana yang boleh Kak Mah buat tu, Kak Mah nak cuba buat dan kongsikan dengan kawan-kawan. Ada sesetengah yang muda-muda tu langsung tak tahu masakan tersebut sedangkan masakan dan makanan warisan itu sangat baik dan berkhasiat dan langsung tidak ada bahan tambahan yang kadang-kadang sangat merbahaya untuk kesihatan untuk janka panjang. Bahan-bahan itu jugalah yang mengundang banyak penyakit zaman sekarang.
Nah, ini dia. Hari ini Kak Mah nak kongsi satu lagi makanan tradisional yang mak-mak ayah kita makan satu waktu dulu. Mereka tak makan roti, mereka tak makan biskut, tapi mereka makan ini untuk sarapan pagi, kadang-kadang untuk makan pagi, Kadang-kadang untuk minum petang. Satu makanan yang sangat menyengangkan dan segar dari ladang. Dibuat dari bahan yang segar bukan bahan yang telah diproses. Kuih inilah namanya Ganti Tandan.
Zaman dulu orang tua kita memasak tidak banyak menggunakan gula, cuma garam sahaja. Kuih ganti tandan ini dimasak menggunakan garam sahaja. Jagung yang telah sedia manis itu jika di gaulkan dengan garam dan kelapa yang dikukur, alangkan enaknya, lemak manis dan masin. Tapi untuk masakan Kak Mah hari ini Kak Mah buat dua rasa, satu masin dan satu manis. Tapi Ka Mah tak menggunakan gula putih, hanya gula kabung. Sebenarnya inilah manisan makanan orang tua kita dulu. Mereka jarang makan gula putih, sebaliknya hanya makan gula kabung, dan gula melaka, dan gula kelapa.
Jagung ini perlu berhati-hati semasa mengeluarkan tandannya supaya tidak putus kulitnya kerana dengan kulit itulah Kak Mah akan membungkus kuih ini nanti. Nama pun Ganti Tandan, tandan nanti akan diganti dengan isi jagung yang telah di gaulkan dengan kelapa dan garam atau gula kabung.
Jagung perlu disagat dahulu supaya halus. Kak Mah gunakan sepuluh tandan jagung manis. Sepatutnya gunakan jagung kampung yang banyak kanji tu, tapi sukar dah sekarang ni nak dapat jagung kampung, Kak Mah guna ajalah jagung manis ni. Jagungnya masih terlalu muda sepatutnya gunakan jagung yang tua sedikit supaya tidak terlalu banyak airnya. Kak Mah hiriskan sebanyak dua tandan supaya ada rasa kasar-kasar sikit.
Jagung ni masih terlalu muda. Kuihnya tidak menjadi dengan cantik kerana jagung muda banyak airnya dan kurang sagunya.
Setelah disagat, digaulkan dengan kelapa yang dikukur atau diparut, digaulkan juga dengan garam atau gula kabung, bolehlah diisi semula kedalam kulitnya yang disimpan tadi. Kemaskan dan ikat dihujungnya seperti gambar diatas. Lepas tu bolehlah dikukus selama dua puluh minit.
Beginilah rupa kuih Ganti Batang setelah masak dan disejukkan. Kuih yang dibuat dengan jagung manis ini agak lembik, perlu berhati-hati sewaktu memegangnya
Semuga bermanafaat untuk anda semua rakan-rakan blogger Kak Mah dan pengunjung Blog Lipislady.
Semuga Jumpa Lagi
WASSALAM
Tak pernah jumpa lagi kuih ni
ReplyDeleteWP,
DeleteTak ada orang buat dah, lagi pun jagun sekarang ni tak sesuai buat kuih, cuma makan rebus aja yang sesuai, nak buat kuih kena ada jagung kampung yang zaman dahulu tu baru sesuai.
ni tak sama macam lepak jagung tu ye kak? pernah nampak orang buat lepat jagung yang di balut dengan daun kulit jagung tapi dia ada campur tepung... yang kak punya tkde tepung... mesti sedap kan... dana peminat jagung tp biasa selain jagung rebus, bubur jagung, dana buat bergedil jagung je lain2 tak reti
ReplyDeleteIya Pn. Dana ini tak sama dengan lepat jagung, ganti tandan ni tak campur jagung langsung, cuma kalau jagung manis ni kena tapis sikit aitnya biar dia betul-betul kering baru letak semula dalam kult di, kalu tak jadi bubur jugalah. Kalau jagung kempung tu tak payah tapis sebab memang tak da airnya.
ReplyDeletePertama kali nampak kuih ganti tandan ni. menarik betul.
ReplyDeleteIya, memang susah nak jumpa Pn Azhafizah, satu tradisi memasak yng akan pupus di telan dek zaman, sayang kan,
Delete