Tuesday, 22 October 2019

Beza Antara Daun Sup Dan Daun Ketumbar


Assalamualaikum,

Sallam ceria pagi Selasa kepada semua rakan-rakan Blogger dan pembaca-pembaca entry ini. 

Kak Mah pernah dengar dan pernah jumpa kawan-kawan yang begitu sukar untuk membezakan dua daun herba penyedap dan penghias masakan ini. Daun-daun tersebut adaalah Daun Ketumbar dan Daun Sup. Dan ada satu lagi daun yang disebut daun Sadri atau Saleri.

Kak Mah ni bukanlah pandai sangat, cuma Kak Mah selalu membeli dan menggunakan daun-daun ni semua. Secara tak langsung dapatlah Kak Mah membezakan ketiga-tiga daun ini. Gambar ni semua kak Mah dapatkan dari Google je, kredit untuk tuan empunya gambar, maafkan Kak Mah.



Yang kat atas ni namanya Daun Ketumbar. Kalau perhatikan betul-betul bentuk rupanya daun ketumbar ini daunnya lebih lembut, lebih halus dan bulat sedikit berbanding dengan daun sup. Batangnya pun lebih kecil dan pendek sedikit dari daun sup. Baunya pun tidak seperti daun sup.Ramai orang kurang menyukai bau dan rasa daun ketumbar ini kerana baunya lebih keras dari bau daun sup. Biasanya daun ketumbar ini di masukkan kedalan masakan Tom Yam untuk bahan perisanya dan sebagai hiasan.




Yang ini pulak adalah daun sup, daunnya agak kasar tebal dan rangup sedikit, batangnya besar dan lebih panjang, baunya sangat wangi dan memikat selera kalau di campurkan kedalam masakan terutamanya sup. Warna hijaunya lebih pekat berbanding dengan warna daun kentumbar yang berwarna hijau terang sikit. Biasa daun sup ini digunakan untuk ditaburkan didalam sup dan masakan lainnya.



Yang ini pula dinamakan daun selari, Batangnya besar, daunnya rimbun. Dimasukkan kedalam masakan bukan sekadar hiasan, malah dijadikan salah satu bahan untuk sesuatu masakan, untuk rasanya. Selalu digunakan untuk ramuan sup, Srew dan kebanyakan masakan berkuah kalau suka. Baunya dan rasanya sama dengan daun sup, cuma dia bukan daun sup tapi dipanggil Daun Saleri

Alhamdulillah, semuga kepada anda yang sukar membezakan ketiga-tiga daun ini mendapat sedikit panduan dari entry ini.

Semuga kita berjumpa lagi

Wassalam.

3 comments:

  1. dulu-dulu masa baru belajar masak tak kenal jugak, tapi dah lama2 masak memang beza, tang bau dah saiz nya memang boleh bezakan punya.

    ReplyDelete
  2. Pn. Norhidana,
    Kak Mah pun dulu macam tu lah, tak tau nak beza antara keduanya, nama nya pun tak tahu...

    ReplyDelete