Saturday, 2 November 2019

Sup Sayur Pucuk Ubi

Assalamualaikum,

Sahabat dan rakan blogger semua. Selamat berhujung minggu. Semuga anda semua beroleh kesejahteraan selalu.

Hari ini Kak Mah tak kemana-mana. Pagi tadi cuma ke pekan sari, atau pasar pagi, beli sikit sayur dan lauk. Hari ini Kak Mah nak masak sayur pucuk ubi. Tapi bukan masak lemak. Hari ni Kak Mah nak masak yang special sikit. Masakan ini berasal dari Sarawak sebenarnya. Kak Mah panggil dia Sup Sayur Pucuk Ubi. Kat Srawak Kak Mah tak tahu mereka panggil apa.


Kak Mah beli pucuk ubi yang daunnya panjang ini. Kata tuan yang jualnya pucuk ubi panjang ini lebih lemak dan lembut dari pucuk yang merah tu. Kak Mah beli ajalah, nak cuba. Mereka lebih tahu dari kita kan.


Siang dan bersihkan pucuk ubi ini. Kalau boleh daun-daun yang tua tu janganlah diambil, rasanya liat dan pahit sikit. Kak Mah ambil pucuk yang muda dan lembut aja, Yang tua tu Kak Mah buang aja.


Perencahnya hanya ini, ikan bilis, bawang merah dan cili. Biasanya dia orang tambah kan serai yang dititik sebatang. Tapi stok serai Kak Mah dah kecut sangat, tak bau serai dah. Di pekan sari tadi Kak Mah terlupa pulak nak beli. Nampak gayanya kurang satu bahanlah. Tak apalah, kita cuba aja tengok macam mana rasanya bila dah masak nanti.


OK, Pucuk ubi yang dah dibersihkan tadi perlu ditumbuk sehingga lumat...


Dan jadi paste seperti ini.

 Ni Kak Mah tumbuk separuh dari satu ikat yang Kak Mah siang dan bersihkan tadi, selebihnya Kak Mah simpan untuk esok sikit.


Tumbuk semua bahan-bahan rencah tadi, panaskan minyak didalam kuali dan tumis hingga garing dan masukkanlah pucuk ubi yang dah di tumbuk tadi. Senelum itu tambahkan setengah cawan air kedalam pucuk ubi untuk mengelakkan pucuk ubi cepat hangus. Tambahkan sedikit air lagi dan garam secukupnya. Masak hingga pekat sikit dan angkatlah



Dah pun masak sup sayur pucuk ubi Kak Mah. Memang sedap.

7 comments:

  1. Owh, boleh buat sup ek
    Suka celur aje makan dengan sambal kacang

    ReplyDelete
  2. eh biasa pucuk ubi tumbuk ni kita buat lemak cili padi tak tau pulak boleh buat sup hehe. kene cuba nih.

    ReplyDelete
  3. Cik Bunga, Kak Mah tak tau pulak yang tumbuk boleh buat masak lemak, Biasa kalau nak masak lemah Kak Mah simpulkan pucuk ubi tu, Kalau tumbuk masak tumis ni ajalah....Terbalik pulak yerk...

    ReplyDelete
  4. ni pertama kali dana tengok resepi gini kak, menarik jugak untuk di cuba

    ReplyDelete
  5. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete