Assalamualaikum
Sallam ceria buat semua rakan-rakan blogger, semuga sentiasa dalam rahmat Allah.
Kak Mah sebenarnya tak pernah terfikir langsung nak buat gulai lemak ayam atau daging ni ditumis dulu awasnya. Biasa sejak dari emak lagi cara buat gulai ni sama saja iaitu gulai serair aja maksudnya dicampur sekali bahan yang dah di tumbuk, ayam dan santan, letak atas dapur dan masak hingga masak.
Tapi hari tu Kak Mah tengok kawan Kak Mah masak gulai daging, ditumis dulu bahan-bahan yang dah ditumbuknya,macam masak kari pulak gayanya. Sedak pulak rasanya. Hari ni Kak Mah nak cuba buat gulai ayam tumis pulak.
Jadilah seperti ini menu Kak Mah. Gulai ayam tumis antaranya...
Ini je bahan yang Kak Mah guna
Cili padi hijau
Kunyit
Halia
Bawang
Bawang putih
Serai
Asam keping-gelugur
Garam
Yang ni awas dia, atau rempahnya
Yang ni semuanya di tumbuk
Tambah kentang sebiji/dua
Tumbuk macam ni ni
Lepas tu bolehlah panaskan 4 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk
Kalau awas dah layu bolehlah masukkan ayam dan gaul hingga rata
Masukkan kentang sekali, masukkan santan secawan dan air sedikit
kecilkan api dan tutup kuali
Renehkan selama setengah jam.
Lepas tu masukkan lebihan santan
letaklah asam dan garamnya
Masak hingga pekat dan boleh angkat.
Simpel je, semuga bermanafaat.
SEmuga jumpa lagi
Wassalam.
sedap ni kak, dana kalau masak lemak cili api ayam kadang lebur je rebus dengan air, kadang tumis gini memang ada beza rasa tumis tu...
ReplyDeletePn. Dana, kalau tumis ni gaul dulu ayam dengan bahan tumis, bagi keluar dulu air manisnya, reneh dan tutup dulu, itulah gunanya, untuk keluarkan rasa manis ayam, lepas tu baru bubuh kuahnya, santan.
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete