Monday, 11 November 2019

Kari Ayam Tanpa Santan


Assalamualaikum

Alhamdulillah, Kak Mah dapat bersiaran lagi hari ini.
Terima Kasih kerana berkunjung lagi ke Blog Kak Mah.
Hari ini Kak Mah masak kari ayam tanpa santan 
dan tak pedas, 
Makanan cucu-cucu Kak Mah.


Kak Mah sengaja tak mau masak yang bersantan-santan ni
Sekali sekala tanpa santan sedap juga, kann

Bahan-bahan nya cuma

Ayam ni setengah ekor aja



Bawang besar dua labu
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Cili merah dua ulas (Kalau ada cili kering lagi baik)
Potong macam kat atas
bersihkan
Daun kari dua tankai
Rempah kari Mak Siti satu bungkus


Kulit Kayu Manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga


Singai 1 cawan kelapa parut sampai garing dan warna seperti diatas, dan tumbuk


Sampai jadi seperti ini,
 kerisik.



Panaskan minyak dalam kuali




Tumis bahan potong tadi sampai garing dan kekuningan.
Masukkan rempah tumis, dan daun kari



Masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah kari garing. Api kecil sahaja 
supaya rempah tak hangus.


 Masukkan ayam dan gaul sampai rata rempahnya
Tambahkan dua cawan air panas, kacau lagi


Kemudian tutup kuali, kecilkan api dan reneh selama setengah jam.


Buka penutupnya, masukkan lebihan daun kari dan kerisik


Masukkan garam secukup rasa dan asam keping sekeping.
Kalau kuah terlalu kering tambahkan secawan air lagi
Besarkan api dan masak sehingga ayam betul-betul empuk
Rasa garamnya, dah boleh angkat
dan hidangkan.


 Semuga bermanafaat dan silalah mencuba

Semuga jumpa lagi

Wassalam.



10 comments:

  1. kira santan tu ganti dengan kerisik tu ye kak... mesti sedap... nampak warna kari tu mesti sedap pekat melikat nengoknya

    ReplyDelete
  2. Pn. Dana

    Kerisik tu yang buat pekatnya,
    Pada akak memang sedap, itu yang akak buat tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. Suka jugak buat kari ayam tanpa santan...memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn

      Pn. Suria, tak adalah muak sangat kan, tapi kenalah pedas sikit,
      Kak Mah punya ni tak pedas, cucu nak makan...hemmm

      Delete
  4. Laaa...
    Terlambat
    Dah habis kena makan..

    ReplyDelete
  5. Kari tanpa santan pun sedap juga rasanya.

    ReplyDelete
  6. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete