Tuesday, 29 December 2009

Azam Tahun Baru


Assalamualaikum.

Dua hari aja lagi, bermulalah tahun baru Masihi 2010. Keh awal-awal lagi dah menyiapkan senarai azam tahun baru Masihi nih, tapi azam tahun Masihi ni lainlah sikit dari azam tahun Hijrah. Inilah senarai azam keh untuk tahun 2010 ini yang sedaya upaya keh akan laksanakan kesemuanya.

1. Nak tukar selipa Jepun keh yang kalau nak dikatakan dah buruk tu taklah buruk sangat, masih in good condition lagi. Tapi taun nih keh tak nak lagi pakai selipa jepun, keh nak pakai sandal plak.Barulah ada kemajuan sikit. Hehehe..hahaha..kah kah kah..mengapa plak ada yang ketawa bila keh kata nok tukar selipar jepun kepada sandal. Kecik sangat, murah sangat, mengarut. Tak kan plak keh nak pakai kasut Alfio Raldo, Rorin kee, atau Bata kee. Kalau keh nak, keh memang boleh beli kasut tu semua, cuma keh tak nak, keh takut kalau keh beli nanti tak berpakai, akhirnya hujung tahun nanti kasut keh masih baru dan tersimpan dalam kotak lagi...

2. Nok tukar par ( purse ) baru sebab par lama keh tu dah ada lubang2 sikit. selalu duit seleng keh jatuh, biasanye duit 5 senlah. Sebenarnya duit seleng 5 sen tu lah yang keh paling sayang sebab selalu bila keh pegi pasar raya nak beli gula yang berharga RM 1.50, tengok-tengok duit keh tinggal Rm 1.45 sen. akhirnya keh balik tangan kosong, tak dapat nok beli gula sebab duit kurang 5 sen. tak kan 5 sen nok utang juga lagipun pasaraya mana dia nok bagi utang walaupun 5 sen.

Itulah sahaja azam tahun baru 2010 keh. Itu aja?. Yee, bagi keh lebih baik azam keh dua aja tapi keh dapat melaksanakannya dengan jaya, daripada keh ada sepuluh azam tapi satu pun tak terlaksana.

Sekian Wassalam.


Monday, 28 December 2009

Naik Bas

Assalamualaikum.

Masa keh selalu berulang alik ke Kuala Lumpur dulu keh selalu naik bas ekspress, sebab nok bawak kereta takut dah, sebab pernoh accident dekat lebuh raya KL-Karak. Kebiasaan keh kalau naik bas baru aja 5 minit bas berjalan keh dah tetido, tak sedo kemenda dah. Sedar tak sedar kalau bas berenti nok suruh penumpang buang air kat tol Bentong. Pas tu tido balik, sampai Pekeliling baru sedo semula. Ada juga masa keh tak sedo, bila sedo keh tengok dalam bas dah terang, tak ada orang sorang pun. Sampai hati dereba bas tak mengerak ke keh.

Ada satu ari tuh keh pegi KL naik bas pagi, bas ari tuh penuh, semua tempat duduk ada orang. Macam biasa rutin keh lima minit bas jalan keh pun tido. Dalam sedak keh tido keh rasa ada menda langar siku keh yang keh letok atas palang kerusi. Bila terjaga keh sempat nampok sorang awek India dalam lingkungan umur awal 30an berlari kedepan sambil terhoyong hanyang. Dalam ati keh tak ada menda lain mesti awek nih tak tahan nok ke tandas. Kalau bas berhenti buleh juga keh menumpang, kata keh dalam hati. Tapi lain pulok keh dengo, awek tu macam marah ke derebar. Diantara ayat yang keh dengo pasti " Awak tak fikir ke kat belakang tu ada 40 nyawa yang awak perlu jaga tau." Hehehe..rupanya awek ni gayat naik bas yang dipandu terlalu laju. Bila awek tu lalu dekat keh dalam keadaan tak puas ati setelah bergaduh dengan derebar, keh tanya awek tuh" Apa hal?" " Eii itu orang bawak bas laju sangat tau, 120 dia bawak, dia tak fikir belakang ada 44 orang...bla...bla...bla." " Tak apalah, saya pun nak sampai cepat, meeting pukul 9.30" kata keh sambil tudung muka dengan saputangan untuk sambung tido.

Ada pulak satu hari tuh keh naik bas ke KL juga, dalam bas kosong aja, keh ambik kesempatan duduk kerusi depan sekali sebab memang febret keh duduk depan senang keh nok nengok kedepan, tapi yang keh tak suka tuh bila ada sesuatu yang tak normal didepan keh selalu nok memberek.Kadang2 tuh keh memberek dulu dari derebar. Kebetulan pulok derebar ari tuh keh kenal sikit2, nye ajak pulok ke keh berborak, terganggu keh nok tido. Tapi yang keh tak puas atinya dereba nih sebok betullah...dahlah ajak keh berborak, sambil tu tak berenti2 membalas SMS. Keh tanya dia sapa SMS, "Entah, tak berenti-renti SMS."katanya " Kalau tak kenal tak payah balaslah, sampai KL karang baru balas " kata keh, "Tak apalah saya dok belakanglah nok tido kejap" sambung keh sambil berangsur kebelakang.

Petang tuh masa nok balik keh tertinggal bas plak, terpaksalah keh naik bas pukul 8 malam. Tak berapa ramai juga orang dalam bas malam tuh. Biasalah keh kalau ada aja kosong kat seat depan keh mesti duduk didepan. malam tuh keh betul2 duduk belakang derebar. Bolehlah keh tido sampai ke lepih fikir keh dalam hati. Tapi malam tuh mata keh tak nak terlelap pulak, walau pun keh dah memejamkam mata sampai pedih. Boring betul, nok membaca gelap. Last sekali keh pun pasang angan-angan. tah bila keh terlelap pun keh tak tau, bila tersedar keh dah berada di Raub. Kebanyakan penumpang turun di Raub, cuma tinggal beberapa orang ja dalam bas. Baru beberapa minit bas berjalan keh ternampak drebar sapu muka dia dengan tangan kiri, tangan kanan pegang stereng. Tak lama lepas tu dia garu2 kepala plak, kadang-kadang tu keh tengok bekecapi sekali tangan dia mengusap muka, mengaru kepala yang keh rasa tak berapa gatal. Mengantuk dah derebar nih kata keh dalam hati.

Kesimpulannya kalau kebanyakan drebar mengamalkan perbuatan seperti dalam cerita keh diatas alamatnya bas yang deme bawak tuh tak mustahil akan menjadi seperti bas Sani yang dalam gambar diatas tuh. Mintak2 dijauhkan Allah bahaya yang macam tuh.

Sekian Wassalam.






Saturday, 26 December 2009

Ilang

Assalamualaikum.

Masa keh ilang par kat hospital beberapa taun yang lepas, keh taklah begitu kisah sangat, cuma keh risau ke kad pengenalan keh tu ajalah, bukan keh tak buleh buat baru, tapi baru dua bulan lepas keh dapat pakai kad tu sebab kad lama keh dah patoh, tu pun keh kena tunggu setaun nok mendapatkannya, kena dua kali berulang alik ke pejabat pendaftaran sebab saloh masuk data.
Duit dalam par tu rasa keh adalah dalam RM40, tu pun keh tak kisoh sebab keh dah halalkan orang yang mengambilnya tu, pada keh itu rezki dia yang Allah beri melalui kehilangan par keh. Ikut dialah nok buat menda dengan duit tuh. Dalam pada tuh keh berdoa juge bio tergerak hati dia untuk memulangkan kad pengenalan keh. Tiga ari lepas tuh, ada kawan keh datang kerumoh memulangkan kad pengenalan keh, katanya dia jumpa dekat kedai runcit dekat taman dia. Dia tanya keh, matnya jauh sangat peginya kad aok tuh, keh jawab, munkin jatuh masa keh amik duit nok beli barang padahal keh tak penoh pegi pun kedai tuh.

Masa keh ilang selipa jepun buatan Malaysia keh di Masjid India, masa pegi semayang, keh tak risa sangat, keh dengan berkaki ayam mencari selipa jepun keh keliling masjid tapi tak jumpa. dua tiga kali keh keliling, tak jumpa juge, keh duduk ajalah atas tangga sambil tumpang dagu. Bukan keh tak buleh berjalan kaki ayam pegi kekedai beli selipa baru, cuma bila keh cuba jalan ada batu tajam kena tapak kaki keh. Lima belas minit keh tunggu datanglah hamba Allah lalu depan keh, " Akak tuh selipa saya" kata keh. " Yee ke katanya sikit terperanjat," ingat selipa masjid, maaf yee lama ke aok tunggu". "tak lama sangat " kata keh, tak apalah kala akak nok pakai lagi pakailah dulu" kata keh.

Masa keh ilang moto yang keh letok bawoh rumoh keh ari tuh keh selamba aja mencarinya keliling kawasan perumahan keh. Bila keh cari-cari tak jumpa keh pun beransur kebalai polis nok buat repot. Polis tu tanya keh, apa nombor plat moto, keh bagi tau. Polis tuh senyum semacam aja kat keh, keh pon senyum juga. Moto akak ada dalam pago tu hah, kata dek polis tuh. "Mengapa En", kata keh. "Semalam kami buat rondaan, semua moto yang tak berkunci leher kami hangkut kebalai, kalau akak nak moto akak balik, bawak geran dan sila bayar denda Rm 50." "Yeelah" kata keh. Dalam perjalanan balik keh sempat pegi nengok moto keh sambil ucap selamat tinggal, kita tak kan bersama lagi kata keh. Sampai sekarang moto tuh masih ada lagi dalam pago dibalai tuh. Keh tak lepas nok mengambiknya sebab moto tuh tak ada rodtek. Kesian ke moto keh, tapi deme tuh jaga bebaik moto keh, jarang sekali keh pegi menziarahinya, itu pun kala kebetulan keh datang untok menyemok saman kereta keh.

Tapi bila keh dengo ada enjen jet yang berharga RM100 juta hilang dalam kawalan pihak yang bertanggungjawab, keh rasa terkilan sikit sebab menda tuh mahal sangat, menghilangkannya bermakna membazirkan duit, kala nye sedekoh ke keh lima nam ratus buleh juga keh beli selipa baru, atau par baru. Tapi kala tak silap keh berita awal yang keh dengo enjen tuh bukan ilang dalam simpanan atau kawalan, enjen tu memang ditanggalkan untuk di repair dan keluor dari kawalan pun dengan izin, cuma dia ilang dalam perjalanan nok pegi merepair...atau dalam perjalanan balik dari merepair...Wallahhuallam.

Sekian wassalam


Thursday, 24 December 2009

Nyanyoklah Pulok

Assalamualaikum,

Pret..Pret, Pret..Pret...tu bunyi telefon keh, hah kak Midoh!! "aok de mana", tanya kak Midoh, 'kat rumoh' kata keh, 'Karang aok YB, bla..bla..bla..' 'yelah' kata keh, 'surat jangan lupa bla..bla..bla..', 'yelah' kata keh, AJK kehormat bla..bla..bla.., 'yelah' kata keh, selama beberapa minit bercakap dengan kak Midah keh hanya berkesempatan bercakap 'yelah, yelah,yelah,'. Ok salamualaikum,kata kak Midah tanpa memutuskan talian. Telepon keh pon masih kat telinga.

Keh pun terus bergegas mencari semua dokumen yang kak Midoh maksudkan, dah dapat semua keh sambor par, sambo kunci, pesan dengan bebudok kala ada orang cari kabo keh pegi seberang pas tu keh terus turun kebawoh. Sampai sekerat tangga keh teringat talipon tak bebawok, karang orang talipon susoh pulok. Keh belari naik tangga semula untok ambik talipon. Puas keh cari talipon tah mana duduknye. Selok bawoh kertas, selok bawoh fail, dalam laci meja pun keh tak jumpa talipon, raba dalam kocek pon tak jumpa. Lah, mana pulok keh letok talipon nih tadi..Bekelincok keh mencari talipon tak jumpa juga. Tanya kat bebudok nih seme kata tak tau.

Buzz..buzz.. mesej masuk...lahaulawalakuwataillabillahh...rupanya sepanjang2 keh mencari surat, mencari fail tadi dan sepanjang mencari talipon nih, talipon nih memang ada dalam tangan...
Nyanyoklah dah rupanya keh nih....

Sekian Wassalam.

Wednesday, 23 December 2009

Acu Teka

Assalamualaikum.

Acu deme tengok bete2 apa ada atas pokok kelapa nih?

Sekian Wassalam.

Monday, 21 December 2009

Tak Kan Melayu Hilang DiDunia

Assalamualaikum,

Dato' Hang Tuah pernah berkata, "Tak Kan Melayu Hilang Didunia" begitulah sayangnya dan yakinnya Dato' Hang Tuah kepada kebijaksanaan dan keberanian serta ketuanan orang melayu.
Memang sampai sekarang orang Melayu sangat berani dan sangat bijak serta mampu menjadi Tuan. Tapi sayangnya kerana keberanian, kebijaksanaan dan ketuanan itulah maka tak lama lagi oranag melayu akan hilang di dunia. Lenyap terus.

Diantara sebabnya ialah:

1. Orang Melayu sekarang terlalu berani mencegah atau menyangkal atau mengelak pemberian serta rahmat Allah lalu mereka makan pil perancang untuk menyekat kelahiran anak, kalau tak ada anak mana nak biak dan kekal orang melayu di dunia..

2. Orang Melayu sekarang terlalu berani dan bijak untuk mencuba berbagai jenis dadah, akibatnya mereka ketagih, mendapat penyakit, hidup tak seperti orang, akhirnya pupus, kalau semakin hari semakin ramai yang menempah jalan sedemikian, orang Melayu pasti akan lenyap.

3. Orang melayu sekarang suka sangat buang zuriat, kalau lahir zuriat dicampaknya dalam longkang, tong sampah, diperhentian bas, pangkal pokok pisang, habis kalau macam itu gayanya
lama-lama pupuslah orang melayu.

4. Orang melayu sekarang semakin changgih, malu mengaku melayu apalagi Islam, lalu mereka tukar penampilan, ikut orang barat dan paling changgih lagi tukar agama dan budaya, ini pun salah satu sebab orang Melayu akan pupus di dunia ini.

Kalau ada nak tokok tambah silakanlah.

Sekian Wassalam.


Sunday, 20 December 2009

Cerita Panas..

Assalamualaikum.

Nih Gurindam Menyesak Jiwa.

Akak nih Indon mari,
Rajin nya weh tak terperi,
Tadi keh nengok dia basuh periok dan kuali.
Pakai berus dawai ini,
Lepas tu dia guna sekali lagi,
Untok berus simen yang belemin dan berdaki,
Matnye weh jadi gini,
Nye kongsi aja berus simen dan berus kuali...
Hee yek..keh nengoknya jadi geli,
tak nok dah makan canai dia dan kari sekali...

Sekian Wassalam.

Saturday, 19 December 2009

Salah Rumah

Assalamualaikum,

Tadi pegi makan kenduri sambut menantu kawan yang tak berapa keh kenal suami dan familinya. Tapi dia beria2 ajak keh pegi juga lagipun rumah dia dekat dengan rumah kawan seorang lagi yang turut mengundang untuk memeriahkan majlis sambut menantu dia juga.

Masa keh sampai orang tak berapa ramai. Mula keh cari tuan rumah, semestinya kawan keh yang perempuan tu, suami dia keh tak kenal langsung. Tapi keh tak nampak plak dia. Muka dah rasa lain macam, takut salah rumah. Yang tengah makan semua rakan yang keh kenal, masing2 pelawa makan. Tapi selagi keh tak jumpa akak yang bagi kad kat keh dulu keh tak nak makan.

Tengok keh macam terintai2 kawan keh tunjukkan tuan rumah yang lelaki, suami kawan keh, bila terpandang tuan rumoh, dada keh bedebor, soh saloh rumoh..tapi keh gagah juga jumpa tuan rumoh, " Mana akak" kata keh. Lagi keh rasa sempo muka, tuan rumoh macam terkejut tengok keh, munkin dalam hati dia bertanya 'sapa ajak dia nih???' tapi dia pelawa juga keh makan.

Keh amik sikit aja makanan, masih tak pasti sama ada keh tersalah rumah atau dah betul, makan pun keh tak berapa lalu sehinggalah tuan rumoh yang perempuan, kawan keh tu datang hulur jabir warna ungu. " Akak, keh ingat saloh rumoh dah tadi." kata keh. " Isah dok nye, tak ada rumoh lain yang buat kenduri ari ni" Kata kawan keh selamba, dia lupa agoknya tak jauh dari rumoh dia tu ada seorang lagi kawan keh buat kenduri macam dia juga. Alhamdulillah lega.

MORALNYA : Kala ada orang yang tak berapa kenal bagi kad undangan kawin, kalau tak pegi tak mengapalah, buat malu ke muka aja, pegilah aja ke majlis kawan yang kita betul2 kenal..

Sekian, Wassalam.

Thursday, 17 December 2009

Maal Hijrah

Assalamualaikum.

Kepada rodong blogger dan follower yang setia , dan sesiapa juga yang mengunjungi blog saya ini, sempena Tahun Baru Hijrah, saya ingin mengucapkan selamat melangkah ke Era Baru. Selamat Membuka Dairi Baru dan Selamat Melaksanakan Azam Baru. Semuga Allah sentiasa bersama kita dalam setiap apa juga usaha yang kita lakukan, dan semuga kita diberkati dengan Kejayaan, Kesejahteraan, Rumahtangga yang aman, Anak-Anak yang soleh dan solehah serta Kesihatan yang baik. AMIN.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, 15 December 2009

Sayangku

Assalamualaikum.

Tiada kata secantik bahasa nok ku ucapkan betapa sayangnya aku kepada mu. Namun apakan daya, keh dah tak ada daya upaya nok berkata-kata. saksikanlah sendiri buktinya..

Sekian, Wassalam.

Monday, 14 December 2009

Bubur Lior

Assalamualaikum.

Acu tengok akak2 nih, deme nih sebenonya tengoh meneran bubur lior. Bubur ni biasanya dibuat untuk menjamu tetamu yang hadir dimajlis bercukur rambut baby yang baru aja lepas pantang 40 hari.

Bubur lior untuk deme yang tak tau, ialah bubur cendol
bermasak yang diperbuat daripada tepung beras, yang digaul dengan misan yang telah dimasak untuk kuah bubur tersebut. Setelah digaul sebati dengan misan barulah diteran dengan alat yang seperti didalam gambo.

Sekian Wassalam.

Friday, 11 December 2009

Hijrah

Assalamualaikum.

Maru bete budok dua orang nih, dah sama beso dengan ayoh nok berdukung lagi, takut ke mendalah tuh..

Hehehe, sebenonye deme tuh bukan takut ke apa, cuma nok bermanja, nok merasa berdukung dengan ayoh untok kali terakhir, sebab sebentar aja lagi deme dah nok meninggalkan alam kanak-kanak untok memasuki alam remaja.

Ini sebenonya pandangan disebuah klinik swasta di Kelantan yang menganjurkan berkhatan beramai-ramai secara percuma untuk kanak-kanak yang keluarganya tak mampu nak mengeluarkan belanja untuk mengkhatankan anok mereka.

Tahniah kepada klinik D'Raja Kelantan yang menganjurkan program murni ini yang mana mendapat kerjasama sepenuhnya dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11 dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang krian.

Sekian wassalam.

Thursday, 10 December 2009

Nikah Batin

Assalamualaikum.

Pernah tak deme dengo orang nikah Batin (Tajdi). Keh tak tau sama ada nikah ni diterima Allah atau tidak, tapi ramai orang yang mempraktikkan nya, terutamanya bagai lelaki yang nak berpoligami tapi tidak mendapat izin dari isteri tua.

Ini keh nok merujuk kepada permohonan seorang wanita yang telah bernikah batin dengan seorang lelaki dan memohon Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan mereka. (Sila rujuk Berita Harian hari ini)

Bukan kisah wanita ini yang keh nok ulas, bio dialah, tapi cara nikah batin itu yang menarik perhatian keh. Ini yang keh tau dari sumber tertentulah.

Cara nikah batin ni senang aja. Pertama mestilah mendapat persetujuan kedua pasangan, lelaki dan perempuan. Isteri orang pun boleh bernikah batin dengan pasangannya kalau keduanya setuju, maknanya perempuan tu ada dua suamilah. Bagi perempuan, tak kira dia tu Dara atau janda atau isteri orang wali tidak diperlukan.

Semasa berakad nikah cuma pasangan berdua saja yang berijab dan kabul, dan mesti dalam keadaan tidak berpakaian, Wallahhuallam. Selepas itu buleh bersenggama.. Full Stop...

Sekian semuga kita mendapat Taufik dan HidayahNya.

Wassalam

Wednesday, 9 December 2009

Bunga Gelenggang.

Assalamualaikum.

Bunga ni orang lepih panggil bunga gelenggang, tempat lain keh tak taulah panggil apa. Daun gelenggang ni berkhasiat untuk mengubati penyakit gatal2, kurap dan panau.
Caranya , amik dalam lima nam lai pucuk muda, gulung pas tu ikat dengan getoh gelang. sebeloh ujongnya kerat bio lepan, lepas tu tenyehlah ke tempat yang ada kurap dan panau, buat 2 kali sehari. masa tenyeh tu bio sampai keluar air dari daun dia. Tenyeh sampai rasa pedih. Kala rasa pedih jangan pulok basuh nanti tak menjadi, tahan ajalah. Oh yee lupa pulok, sebelum tenyeh daun gelengang tu kikis dulu panau atau kurap tu bio tanggal keropengnya.

Kepada sesapa yang ada kurap celah kelengkang tu, tapi malu nok jumpa Dr. hah ubat ajalah sendiri dengan daun gelenggang nih, buat sampai baik. Penyakit tu merbahaya terutama kepada orang yang dah bersuami isteri. Lahh, sampai kesitu pulok...tapi ini kebenaran, tak perlu malu...

Satu lagi kala ada anok yang masih bayi umur dalam lingkungan sebulan ke 10 bulan yang ada penyakit sembelit, tak payohlah makan julap dulu, cuba amik tujuh lai daun gelenggang nih, letok bawoh tempat tido dia, biokan sampai pagi, kala tak berok juge, ambil lagi daun muda upur dengan tapok tangan, airnya sapu pada perut.

InsyaAllah, tapi jangan lupa baca Selawat keatas Nabi sebelum nok mulakan.

Sekian, Petua dari Lipislady.

Wassalam.



Tuesday, 8 December 2009

Nyonya dan Tin Kosong.

Assalamualaikum.

Pagi tadi selepas solat subuh kira2 pukul 6.15 pagi gitu keh menjenguk ke tingkap untuk melihat panaurama pagi sambil menghirup udara segar. Lengang aja sekitar sini, tak ada menda yang bergerak lagi.

Cuma jauh di sudut sana berhampiran dengan tong sampoh adalah seorang perempuan cina sedang mengorek tong sampoh, untok cari tin bekas minuman yang dibuang orang. Hampir setiap pagi keh nampok nyonya nih mengorek tong sampoh, bukan baru tapi sejak keh duduk sini lagi. Setiap pagi dan petang rutin hidup dia korek tong sampoh. Istikamah betol dia melakukan kerja tuh tak kira hujan ke panas.

Ditempat lain pun keh pernoh tengok dia melakukan kerja yang sama, pendek kata dia beroperasi seluruh bandar Lipis dan kawasan sekitarnya. Keh tertanya2 berapa agaknye pendapatan dia sebulan dengan kerja itu. Pagi tadi aja keh nampok dia mencebet 2 kampit plastik beso sarat dengan tin2 kosong. Dan nyonya nih tak ada kerja lain selain dari mengutip tin untok menyara hidupnya.


Moralnya :

- Beristikamahlah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, barulah kita buleh berjaya. Bak kata orang yang buat MLM ( Meniaga Larut Malam ) biarkan duit cari duit.

Doa
Usaha
Istikamah
Tawakal

= Berjaya.

Sekian, Wassalam

Monday, 7 December 2009

Motivasi Pagi Isnin


Assalamualaikum.

Seorang sahabat yang baru pulang dari Korea becerita, di Korea tak ada "Night Life". Kehidupan malam di Korea begitu sunyi. Bila di tanya mengapa, dia jawab rata-rata orang korea tidur tidak lewat dari pukul 9.30 malam. Mengapa mereka tidur begitu awal? Jawapannya ialah untuk membolehkan mereka bangun seawal pukul 4.00 pagi.

Korea merupakan negara teknologi yang kedua selepas Jepun dan mereka sedang berusaha untuk menandingi Jepun. Untuk itu mereka terpaksa bekerja kuat dan untuk itu juga mereka bangun pukul 4.00 pagi, dan memulakan kerja seawal pukul 6.00 pagi. Setiap pejabat ada sesi bersenam yang bermula pukul 5.30 pagi sebelum memulakan kerja.

Bila diajukan soalan lagi mengapa mereka berusaha begitu keras sedangkan mereka telah terlalu maju dalam teknologi, jawab mereka, " mereka tak ada apa-apa, cuma usaha yang berlipat ganda akan membantu mereka mencapai kejayaan.

Moralnya :
1. Orang yang bukan beragama Islam pun boleh bangun pukul 4.00 pagi, semata2 untuk mengejar kemajuan, tapi kita yang ada tanggungjawab untuk bersolat Subuh pun kadang2 bangun pukul 7.00 pagi , apalagi kalau hari Minggu.

2. Tidur awal dan bangun awal boleh mencergaskan otak, menyihatkan badan dan mengawal penyakit terutamanya darah tinggi.

3. Sikap merendah diri dan mengaku kekurangan membuatkan mereka berjaya membangunkan negara mereka yang dulu mundur.

4. Semuga kita juga akan mempraktikkan apa yang dilakukan oleh orang korea, mula2 untuk diri kita, lepas tu untuk rumahtangga kita seterusnya untuk negara.

p/s. Kepada hok yang rajin nget mengetea tu kurang2 ke laa... duit hok sepatut mengetea tu campok kedalam tabong, masa hok mengetea tu gunakan untok buat menda lain yang mendatangkan hasil...bela ayam kampong kee, ayam bando kee...

Huh...motivated bete keh lepas mengikuti kelas motibasi nih sabtu lepas.....

Sekian wassalam.




Sunday, 6 December 2009

Meriahnye Kuala Lipis Diwaktu Malam

Assalamualaikum,

Ini hanya catatan santai diwaktu dinihari.
Yang keh dengo dan keh pandang.

1. 2.30 Sapa plak mengilai pepagi buta nih,...awek pening lepas minum staut.

1. 2.55 Anjing menyalak silih berganti, tingkah bertingkah, munkin ada 3/4 ekor anjing.
Ramainya anjing liar kat lipis....

2. 3.00 Bunyi keretapi berhenti, dalam 10 minit kut, selepas membunyikan siren, keretapi pun jalan, lama juga bunyinya....ramainya gerabak kereta api....oppsss....banyaknye gerabak....

3, 3.13 bunyi motosikal, Vrommmm..Vrommmm...Vrommm.....sah kes merempit dekat roundabout ikan, ramainye motosikal rempit...satuuu....dua........tiga............ opsss..kereta peronda polis pun nok merempit juge?

4. 3.22, Ada lagi anjing menyalok, hisss...seram gak bulu rome...

5, 3,39, mata dah tak boleh celik


Sekianlah, Wassalam..

Wednesday, 2 December 2009

Tunggang Sambil Tido

Assalamualaikum,


Sekadar nok memetik berita dari akhbar beberapa hari yang lalu, yang baru hari ini berpeluang membacanya.


Dipendang,  Kedah seorang wanita berpangkat nenek mati terjatuh dari motosikal yang dipandu oleh anaknya setelah begnya di ragut. Ini memang cerita biasa, ramai dah orang mati dek angkara peragut yang berhati binatang ni.


Tapi cerita yang tak biasanya, ada kee anok nye tak sedo moknye terjatuh dari motosikal dia, acu baca petikan ini, " dia tiba-tiba terasa rengan motosikal yang ditunggangnya dan bila menoleh kebelakang dia mendapati ibunya sudah tiada menyebabkan dia berpatah balik hampir 10 meter sebelum mendapati ibunya terbaring ditengah jalan.


Maru bete, agoknye dia ni tido sambil menunggang motosikal......


Sekian Wassalam.






Tuesday, 1 December 2009

Lepas raya ramai Orang Sakit


Assalamualaikum.

Nih gambo keh tangkap semalam, kat klinik swasta, ramainya orang menunggu giliran untuk mendapatkan pemeriksaan Dr. Ramai orang sakit rupanya lepas raya nih, agoknye penangan sup gearbox, lemang dan kuih raya yang dah bercampur2.

Sekian Wassalam.

Monday, 30 November 2009

Lemang Nih Makin Lama Makin Sedak


Assalamualaikum.

Tak soh kala keh tak menceritakan pasal lemang sempena ari raya aji nih. memang lemang nih semakin lama dan semakin sikit tinggalnya dalam kukus semakin sedak rasanya walaupun dicicah dengan kuoh mee kari semalam. BASI??...mana ada, melok lagi weh, taknye basilah, keh kukus tiap pagi. Kala rasa nok makan jee keh kukus semula bio dia lembut dan rasa macam lemang baru masok. 

Sekian, Wassalam

Sunday, 29 November 2009

Mamai Sikit Aje


Assalamualaikum.

Yasss...mat menda ke pulok marunye keh pagi nih, nok kata tak minum lagi, pagi tak pagi lagi pukul nam tadi dah minun, nok kata belom mandi lagi, sebelom subuh keh dah mandi. Tah lah weh, tadi masa keh nok ke paso beli ayam, keh lalu dekat trapik light, keh dalam keadaan tak laju sangatlah, tapi dek kerana kat depan keh tak ada kereta keh tak perlu memberek masa nok sampai ke trapik light. Sampai bete2 kat lain putih tuh keh nampok banyok kereta lalu ke kiri dan ke kanan, keh berentilah kete keh,tapi bila keh nampok klear je kete kiri kanan dah tak ada keh pun zommm.....hala ke paso Bunge Cenkih. mat nye keh tengok orang pandang ke keh semacam aja, ada yang macam tekejut, ada macam senyom2, keh pun pandang cermin tengok belakang. Laaah...lampu MEROH rupanya.....
Hala balik tadi, chu tengok kat depan kete keh tu, nasib baik ada kete lain, menkala tok harus keh melango lampu meroh sekali lagi....hehehe....banyok makan lemang agoknye...kepala pening sikit.

Sekian, Wassalam.

Saturday, 28 November 2009

Mee Mok Bek


Assalamualaikum.

Ha...ini dia masakan yang kala mok keh tengok dia mesti kata, Mihon Mok Bek, pasal apa dia kata mihon mok bek padahal sama aja dengan mihon yang pernoh kite tengok dimana2. Itulah petang tadi keh terdesak sangat ada tamu nok datang, barang makan tak ada langsong dah dirumoh, yang adanye cuma mihon 2 kampit, telo 3 butir, bawang mesen dengan cili mesen sikit, sayo sikit. Nok pegi paso dah tutup, so keh masok ajalah apa yang ada. maka jadilah mihon mok bek ini. Walaupon mok bek tapi rasanya sedap..Abih 2 kampit mihon deme makan, Alhamdulillah cukup.

Nota : Mok Bek merujuk kepada masakan yang tak mengikut resipi yang sebeno, atau alatannya tak cukup. Contoh, gulai lemok yang tak cukup santan atau tak lemok, cair, tak pedas, tak cukup garam, itu dipanggil gulai Mok Bek.

Sekian Wassalam.

Thursday, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Assalamualaikum.

BUAT SEMUA RODONG2 YANG DIKASIHI.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, 

SEMUGA PENGORBANAN KITA DIBERKATI ALLAH

AMIN.


Wednesday, 25 November 2009

Air Tenang Jangan Sangka Tak Ada Buaya.


Assalamualaikum.

Kat sinilah peristiwa tragis pernah berlaku semasa pelancaran Karnival Lipis kali pertama, tahun keh dah lupa. Masa tu keh diantara orang yang terlibat menjayakan karnival bahagian pertandingan di Sungai Jelai, pertandingan menyelam. Semasa pertandinga peserta hanya dibenarkan berpaut pada sebatang kayu yang di cacak dalam sungai. Air masa tu tak dalam
sangat. Tapi dah nok jadi geruh dia, seorang peserta nama Allahyarham Johari lemas sebab terlampau lama menyelam...Walau bagaimana pun dia dihadiahkan juga sebagai Johan Pertandingan Menyelam.

Sekian, Wassalam.

Saturday, 21 November 2009

Sarapan Pagi

Assalamualaikum.

Pagi tadi keh sarapan dengan pankek atau pon lempeng yang di perbuat daripada sagu rumbia, ori punya dari Sarawak, pehh..rasa macam berada di sarawak tahun 80an plak.

Inilah dia rupa Pankek sagu


Buleh dimakan dengan ikan sardin yang telah dilenyek pas tu digoreng dengan bawang, bawang putih, cili dan asam limau, macam buat inti sandwich. Best weh lemok2 manis.



Dan buleh juge dicicoh dengan gula Apong atau gula yang diperbuat dari pokok Nipah, ala2 gula kabonglah gitu tapi gula nih cair, memang tak reti nok beku macam gula kabong, tapi rasanya lebih kau dari gula kabong. Kala buat bubur tak payoh letok gula putih lagi sebab dia manis terlampau.


Akhir sekali ni hah pembasuh mulut, sagu yang dah masok, kala silap pandang macam gam tepong ubi kayu, tapi rasanye weh huh, kala rasa sekali ketagih. Sagu nih makan dengan gula Apong juga.


Kala ada sapa2 nok rasa datang ke Lepih

Sekian Wassalam

Friday, 20 November 2009

Detik-Detik Pengorbanan


Assalamualaikum.

Sempena Bulan Hijrah Yang Mulia dan penuh Pengorbanan ini,

Tiada kata yang dapat keh lafazkan, cumalah gambar pengganti bahasa yang akan menceritakan tentang pengorbanan seekor binatang terhadap Tuannya demi menyempurnakan dan memantapkan Ibadah Tuannya. Semuga pengornanan ini di Terima Allah SWT.











Sekuan Wassalam..

Thursday, 19 November 2009

Mok, Keh Nok Pegi Sekoloh...

Assalamualaikum, 

Masa tu umur keh dalam lingkungan lima ke enam taun. Minat nok pegi sekoloh tu usah ceritalah, tapi masa tuh mana ada tadika, apatah lagi pra. kala ada pon curi-curi pegi sekoloh ajalah.


Setiap kali keh cakap ke mok dengan ayoh keh nok sekoloh, mok cakap. " Nantilah tong aok kecik lagi" tulah yang selalu mok keh cakap. Hampir tiap ari keh mengukur tinggi dengan akak, keh rasa taklah tinggi mana sangat akak keh tuh. Bezanya keh rasa dalam  tiga ke empat inci aja, tapi selalu je mok keh kata keh kecik lagi.


Satu hari tu keh rasa macam keh tak sabo sangat dah, ari tu keh mesti nok pegi sekoloh juge. Pagi tuh keh bangun tido awal ngaloh ke orang nok sembahayang subuh. siap je basoh muka keh duduk dekat mok yang tengoh siapkan sarapan untok akak nok pegi sekoloh, mok sendiri nok pegi motong getoh, ayoh nok pegi mengail ikan.


" Mok keh lepas makan nasik ni karang keh nok pegi sekoloh dengan akak." kata keh. Mok pandang keh macam mengejek aja, keh rasa macam nok menangis aja masa tuh. " Tok sah lah tong aok tu kecik lagi" Itulah ayat yang selalu mok keh cakapkan.


Keh diam jee, tapi dalam ati keh dah ada plan sendiri. Cuma keh tunggu semua orang pegi jee..Pagi tu akak keh pegi sekoloh awal, masih kabut lagi, mok keh pon pegi awal juga, ayoh aja lambat sikit sebab dia nok bagi makan ayam itik dia dulu.


Bila semua orang dah pegi, keh apa lagi terus aja selongko tempat kain akak nok cari baju sekoloh dia. Puas keh selongko tak jumpa. keh cari pulok dalam bekas kain kotor akak, jumpalah baju akak yang dia dah pakai. Keh rasa dua ari dah dia pakai baju tuh, bau nye busuk lohok, hanyir pekier. lantaklah kata keh dalam hati, janji keh dapat pegi sekoloh.


Keh pakai baju akak, lahhh gelobong, lantaklah, gelobong, gelobonglah janji keh boleh pegi sekoloh, keh amik kain pulok, keh pakai, lagi gelobong, macam mana nok pakai.Kain dulu bukan ada getoh atau zip macam kain sekarang, kain dulu lepas aja macam kain batik kalau nok kedut kena kedut sendi.


Puas pulok keh mencari tali pinggang. cari punya cari dapatlah tali pinggang perca mok keh yang kalau ukur ada lebih dua depa keh panjangnya. Tak kiralah, janji keh dapat pakai baju dan kain sekoloh, dan pegi sekoloh. Susohnya nok membelit tali pinggang perca mok yang panjang tu Tuhan aja yang tau, susoh2 sangat keh selit-selit ajalah.


Selesai berpakaian sekoloh, walaupun serebeh keh rasa keh dah cukup cantik untuk kesekoloh. Sambil mencebet beg mengkuang yang mok keh buat,keh pun terus meluchai pegi sekoloh yang kalau orang tua berjalan adalah dalam tiga minit boleh sampai. Sambil belari-lari sambil keh menghayun beg mengkuang keh yang kosong tak berisi apa-apa.


Sampai di sekoloh keh terus menuju ke tingkap bilik darjah akak keh. Keh tengok deme tengoh main2 aja, agok keh cikgu belom sampai lagi, keh berdiri aja kat tepi tingkap tu sambil perati akak dengan kawan2nye tengoh main. Kat luar ramai juga budak2 tengoh main dan belari-lari.


Sorang kawan akak sedo keh datang , lalu bagi tau akak keh, " Weh adik aok datang." keh tengok akak keh pandang ke keh macam nok maroh aja. Bukan main sombongnya lagi muka akak keh. " Tong, weh pegi balik, kala aok tak balik keh sengkeh aok karang," kata akak keh sambil pegang pembaris panjang. Keh diam aja buat tak dengo apa akak keh kata. " Pegi balik" kata akak keh lagi sambil datang dekat keh. Dia pukul jari keh dengan pembaris. Walau pun sakit keh diam je. Dalam sekelip mata je ramai budak-budak perempuan dan lelaki datang bekerumun dekat keh, masing- masing suruh keh balik.


Masa tuh keh rasa sedih ada, nok maroh pon ada. Semua orang sokong akak keh, tak ada sorang pun yang sokong keh. Macam-macam deme buat ke keh, tarik tangan, tarik baju, nye tolok ke keh. masa tu keh dah menangis sikit, tapi tak bebunyi, cuma air mata jee yang mengalir. Keh kesat dengan lengan baju. 


Tiba-tiba keh dengo bunyi budok bersorok, " Yeh yeh kera eko panjang, yeh yeh kera eko pangang. " Banyok kali deme besorok dan cakap macam tuh..Deme datang dekat keh dan usik-usik kain keh. Lahhhh...tali pinggang keh terlucut beloh belakang, nampok memang macam ekor kera, panjang aja. Keh pon apa lagi terus merolong sekuat hati, malu pun ada sakit hati yang lebihnya, deme tu ejek ke keh. makin kuat keh merolong makin kuat deme mengejek keh.


Nasib baik ada cikgu Kama pujok keh, suruh keh balik. Dalam perjalanan balik habis  kain akak keh libas kedalam paya. hari tuh keh mogok lapo sampai ke petang, mok gerok ajok makan nasik keh buat2 tido jee. lebih sakit ati lagi bile akak mengadu pada mok pas tuh gelak2 dengan mok tentang tali pinggang keh. Petang tuh bila keh betul2 lapo barulah keh menyelongko ceruk dapur untuk cari nasi...


Sekian, Wassalam.



Ini Bukan Lucah Yee, Tapi Lucu

Assalamualaikum.


Di Kelantan sekumpulan lelaki sedang berpakat nok menubuhkan satu persatuan khas untok lelaki-lelaki yang beristeri lebih dari seorang. Persatuan tersebut akan dianggotai oleh suami dan kesemua isteri2nye. ( Gone gaya agoknye kala dah semua jadi ahli) yang bertujuan untuk menyatu padukan suami dan kesemua isteri2 mereka.


Masaalah deme sekarang nok mencari sapa yang layak menerajui persatuan deme. Ada ke patut deme nok lantik orang yang anti poligamy sebagai ketua( Bukan sebab tak mampu atau sayang sangat ke isteri pertama, cuma malas nok cari susoh) Pas tuh nye suruh pulok ke kawan tu nikoh sorang lagi untuk melayakkannye menjadi ketua.


Nok tau apa nama persatuan tuh, "Persatuan Lelaki Isteri Ramai." atau singkatannya "PLIR" pepalih deme, mendengornye nama persatuannye tuh pun keh dah ngeri.....hehehehe


Sekian, Wassalam.


Wednesday, 18 November 2009

Pandangan Anda di Perlukan,


Assalamualaikum,

Musim orang kawin datang lagi, keh dah banyok dapat kad undangan, tiap minggu keh dapat makan pree, tapi itu bukan topik keh ari nih, yang keh nok share dengan rodong ialah tentang apakah buah tangan yang sesuai diberi kepada tetamu yang sedang makan di meja. Disini keh senaraikan sepuluh buah tangan yang selalu diberikan semasa kita sedang makan.


Weh rodong sila susun semula  mengikut kepentingan sama ada kepada tuan rumoh atau tetamu, kala boleh nyatakan sebab sekali, Terima kasih.


1. Bakul dan telo rebus.


2. Bunga telo.


3. Jabir kertas yang didalamnya ada gula2 dua butir,  

      kerepek pisang 3 keping,    kerepek bawang 4 keping,

      sumi sebutir.


4. Kup kek sebutir.


5. Limau semayang cina sebutir.


6. Jabir punjut yang didalamnya ada sehelai sapu tangan.


7. Mangkuk seramik yang didalamnya ada telo sebutir.


8. Nasik manis dalam bekas pelastik.


9. Dadih dalam bekas pelastik.


10. Jabir punjut yang didalamnya ada 3 butir gula2


Kala deme ada menda yang nok di tamboh, manalah tau kok keh ada yang tertinggal. silakanlah.


Sekian, Wassalam

 


Saturday, 14 November 2009

Sayang2 Buah Kepayang, Ditelan Pahit Dibuang Sayang


Assalamualaikum.
Sekali pandang macam sambal jering, dua kali pandang memang bukan sambal jering. Inilah cemang kepayang, sapa pernoh makan menda nih taulah rasanya. Lemak-lemak masin, sedap weh, keh memang suka makan makanan nih. Nok menjadikan buah kepayang yang pahit dan memabukkan tuh sejenis makan seperti ini, prosesnye bukan mudoh, amik masa dua, tiga hari juga.Weh, en Yassin, aok pernoh makan ke tok, rodong2 lain deme ada pernoh makan ke..menda nih?


Anok Sapalah Nih??????


Assalamualaikum,
Weh rodong, acu tengok sikit menda adik kite nih beli?. Gaya nye teh macam baru balik sekoloh, pakai uniporm sekoloh lagi. Baju kurung putih, ni mesti ugama Islam. Dan jangan lupe yek tengok juge sapa yang jual " BARANG" tuh.

Sekian, Wassalam. 

Thursday, 12 November 2009

Pajak Gadai


Assalamualaikum,
Bila sebut aja Pajak Gadai semua orang dah tahu apa maksudnya. Tiap2 hari keh menyaksikan peminat2 datang tak berhenti-henti mengunjungi pajak gadai. Yang peliknya kebanyakannya Melayu, jarang nampak India apalagi Cina datang berkunjung kesini. Mengapa weh agoknya Orang kita Melayu nih minat sangat ke Pajak Gadai??. Tadi keh nampok akak nih dengan kereta besonya, masuk kedai pajak gadai nih, apa agoknye dia buat yek.Cheh bizibodi pulok keh ni yek.Mintok maaplah yek akak..

Sekian, Wassalam.

Wednesday, 11 November 2009

Masjid Tertua di Lepih.


Assalamualaikum 
Inilah rupa masjid yang paling tertua di Lepih, Ia siap di bina dalam tahun 1888, oleh sapa keh belum menyiasatnya lagi.Usianya sekarang adalah 121 tahun. Menurut mok keh dulu, masa boh tahun 1921, masjid nih tak ampoh boh walaupon kawasan sekitarnya ampoh. Wajah masjid nih telah berubah sikit dari asalnya mengikut peredaran zaman...setiap waktu asar keh mengerjakan solat disini...kadang2 waktu zohor dan maghrib juge...Alhamdulillah...

Sekian Wassalam.

Tuesday, 10 November 2009

Ari Dah Panas, Moh Kita Jemo Kain


Sallam weh, tengok gambo nih, orang lepas ujan nih jemo kain jee, dia nih sampai sidai kereta, nih mesti kes banjir dua tiga ari nih, air masuk lam kereta..Apa-apa pun biolah asalkan tuan punya kete nih senang yek..

Monday, 9 November 2009

SMC



Assalamualaikum, inilah rupa sekolah keh dulu, keh cuma sekolah kat sini setahun aja, masa tingkatan empat, pas tu keh pindoh ke Kuantan, sekolah Menengah Air Putih. Walau pun keh setahun aja kat sinih, tapi keh ada peristiwa yang tak dapat dilupakan selagi sekolah ini wujud.

Peristiwa terjadi pada satu pagi, masa tuh keh dengan kenkawan sedang PJ, ditengoh padang. tah mengapa hari tuh keh rasa macam malas aja nak PJ, ati pon rasa nok maroh aja. Kawan-kawan yang perasaan keadaan keh menenangkan keh. Tapi tok jadi juge sehingalah keh bertempik atas padang. Semua yang ada atas padang tekeranjat, tapi dema ingat keh main2 aja.

Banyak kali keh bertempik, lari keliling padang macam orang tak siuman, keh bersilat, dan macam-macam lagi aksi lasak, padahal keh tak tau langsung bersilat.Hinggalah cikgu perasan tu bukan keh lagi yang bersilat. Deme tangkak keh pegang sampai keh mengelupur atas padang. pas tuh deme ikat kaki tangan keh, sumbat dalam kete cikgu, bawok pegi sepital. deme kata keh kena histeria.

Di sepital misi ikat keh pada katil, Deme cucuk keh sejarum, sampai keh tido. Bila keh sedo keh dah ada dalam wad, keh tengok kiri kanan ada beberapa orang lagi kawan2 sekelas keh yang terbongkang atas kalit, ada yang tangan masih kena ikat, ada yang dah sedo macam keh.

Anihnya, orang lain keh tak tau, tapi keh sendiri masa keh terlari2 tersilat2 tengoh padang tuh sema keh sedo, keh ingat semua, cuma keh tak boleh kontrol perbuatan tuh, macam ada orang yang dorong. hari itu aja tujuh orang kawan sekelas keh di bawak ke sepital kerana berkelakuan tak senonoh macam yang keh lakukan sebelumnya. keh agok deme tu n0k ponteng sekoloh tu sebab deme tiru keh.hehheheehe.


Sekian Wassalam.


Friday, 6 November 2009

Wednesday, 4 November 2009

Dua Personaliti Terkemuka Dari Lepih



DATO' SITI NORHALIZA TARUDDIN


Dato' Siti nih penyanyi popular, tapi tak lah sombong, komeh kala jumpe dia panggil siti jeh.


LIPISLADY


Pulok dah.......... sapa pulok tangkak gambo keh nih, mat nye jadi ginih...ni mesti tangkak masa ujan lebat nih, tak pon masa angin kencang...


Sekian Wassalam.

Tuesday, 3 November 2009

Sarang Tebuan Jangan Dijolok

Assalamualaikum,
Entri keh kali ini tak ada kena mengena dengan peribahasa seperti diatas, cuma keh nok memperkenalkan sejenis serangga yang sangat berbisa yang selalunya banyak terdapat bila musim buoh tiba, terutamanya musim langsat seperti sekarang. Serangga tersebut ialah Tebuan.

Inilah gambo tebuan tanah
Tebuan ni ada dua jenis, satu tebuan yang tidak yang bersarang di dahan atau batang pokok, didalam rumah, didalam reban ayam, dan dimana saja dia marasakan sesuai ontok dibuat sarang, dan satu lagi ialah tebuan tanah yang bersarang hanya diadalam tanah dan didalam busut-busut. Tebuan jenis ini dalam kawanan yang amat banyak hingga mencecah beribu-ribu ekor dalam satu sarang. Manakala tebuan yang bersarang dipokok tidak begitu banyak, dan sarangnya pon kecil.

Satu sengatan tebuan nih bisanya boleh tahan sampai 24 jam kala tak diberi ubat anti bisa, tapi kala dia menyerang beramai-ramai sampai 20 ke 30 ekor boleh bawa maut orang yang kena serang tuh.

Tebuan nih kala kita tidak menganggu sarang dia, dia tidak akan menyengat, tapi kala kita terpijak atau tersepak sarang dia mestilah dia menyerang. Apa lagi kala kita menjolok sarang tebuan tersebut. Oleh kerana itu janganlah kita sengaja menjolok sarang tebuan.

Sekian wassalam