Saturday 18 June 2011

Tentang Kehidupan


Assalamualaikum,

Pagi tadi boring,
tak tau apa nak buat,
ambil telefon bimbit,
tembak rambang apa yang
ada kat dinding hijau.

Inilah hasilnya.


Kata orang masa itu emas,
tapi sebenarnya masa itu lebih berharga
daripada emas kerana emas kalau hilang
boleh diganti, tapi masa sekali dia
meninggalkan kita sudah pasti tidak akan dapat
diganti lagi.


Ini Bakul potpuri
buah tangan seorang kawan,
sempena perkahwinan anaknya,
walaupun kecil, tapi harumnya semerbak
seluruh bilik. Bak insan yang berbakti sesama
insan, walaupun kecil baktinya
namun jasanya besar dan akan dikenang sepanjang
hayat.



Kipas ini terlalu kecil,
kalau digunakan anginnya tak seberapa,
kipas letrik, atau pendingin hawa lebih berkesan,
mendinginkan udara dan perskitaran
oleh itu kipas yang sekecil ini
hanya disangkutkan didinding,
sebagai perhiasan,
tetapi apabila elektrik tidak ada,
kipas inilah yang dicari2
begitu juga perbandingan manusia,
orang yang kecil tidak pernah di pedulikan orang,
walaupun jasanya tetap besar dalam
sistem pembangunan dan ummah.



Ini pula ukiran tembaga hadiah dari
seorang teman dari negara iraq,
walaupun kecil dan nampak simple,
itulah harga sebuah persahabatan,
supaya dapat disimpan disudut hati,
dan apabila rindu mengusik jiwa,
boleh direnung-renung,
sebagai mengingati pertemuan manis,
yang cuma seketika.


Sehingga berjumpa lagi,

Wassalam.


7 comments:

  1. Setiap gambar ada maksud yang tersirat. pandai ko berbahasa.cik ina paling suka gambar jam dan maksud yang tersirat tu.

    ReplyDelete
  2. Saya pun kalau boring tu mula lah buat benda2 yg pelik2 ...

    ReplyDelete
  3. penuh makna setiap gambar yang diambil ni...!

    ReplyDelete
  4. sama macam cik ina..paling suka dengan jam.. dalam maknanya malah mahal harganya

    ReplyDelete
  5. Jika diri tidak dapat diberi, tentulah ada barangan yang boleh dijadikan pengganti. Mana lah tahu, boleh juga direnung2 semasa rindu menggebu di hati.

    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    ReplyDelete
  6. salam, lama tak singgah sini dah banyak yg berubah kan. tiap2 benda mesti ada ingatannya yg tersendiri kan, tiap kali kita pandang memori kita akan terus mengingatinya.

    ReplyDelete
  7. kat umah mak gee byk brg2 camni...bagus mak ni suka betul semua brg2 yg dia dpt...even brg tu dh rosak pun dia sumbat gak dlm setor...agaknyaa ada sentimental value kot..syg nk buang..

    ReplyDelete