Friday 10 June 2011

Bertemu Rakan Blogger

Asslamualaikum,

Hari ini memang hari bertuah buat saya,
minggu lepas ada buat temujanji dengan rakan
blogger ummiarissa, sila lawat blognya di sini,
tepi tak sempat jumpa, masing2 ada hal.

Petang tadi balik keje Ummiarissa @ ida call,
tak ada masaalah kalau nak jumpa
kata saya sebab rumah saya pun dekat
pasar malam aja,
kami pun set janji, blind date, hehe,
First time jumpa rakan Blogger ni,
macam mana nak kenal kata Ida,
"saya pakai baju merah"
kata saya.
"Saya pakai baju hitam"
kata Ida.
ok set.

Kan dah jumpa,
Lembut je orangnya Ida ni,
Alamak, reneknya saya,
jauh lebih rendah dari Ida hehe
Kami jumpa sekejap je,
dah nak maghrib.

Tapi sempat juga ambil gambar
tengok apa kat tangan saya tu,
buah tangan dari Ida,
malu gak saya sebab tak sediakan buah tangan.
betul-betul tak sempat.
Maaf ye Ida.

Dan terima kasih atas buah tangan ini,
dua biji cupcake,
sampai rumah terus makan hehe,
sedappp....betul.....tak tipu,
kalau yang dekat-dekat tu boleh order,
untuk jamuan ke,
Ida memang jual kek ni,


Cantik, toppingnya saya memang minat sangat,
tu yang saya pilih yang ini dulu.

Terima Kasih ye Ida,
ada masa kita jumpa lagi yee..

Sorang lagi yang dalam perancangan nak jumpa ni,
Ati Masrif,
Munkin raya nanti jumpa.
InsyaAllah.

Sekian,
Wassalam.

18 comments:

  1. dua-dua senyum ceria, dua-dua manis menawan..

    tentu seronok dapat berjumpa kan

    ReplyDelete
  2. tahniah..berkawan biar berjuta...

    ReplyDelete
  3. best ye dapat jumpa rakan maya.siap dapat buah tangan . berkawan biar ramai.

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak temu jodoh gitu wehhh

    ReplyDelete
  5. bile plak kte boleh jmpe
    ea kak?.. heheh~

    ReplyDelete
  6. Sallam Ibuintan,

    Sayang bertemu hanya sekejap.
    tak puas borak..
    macam dua2 kaki botak je..hehe

    ReplyDelete
  7. Sallam Cikgu Hani,

    Betul tu, ramai kawan
    banyak pengalaman,
    hati ceria,
    hidup bahagia

    ReplyDelete
  8. salam..
    ukhwah sesama blogger
    molek amat tu..siap ada
    makan2 yak..?
    :)

    ReplyDelete
  9. alamak kak,cepatnya masuk entry baru...saya baru je nak buat tak sempat,baru balik dari kenduri kahwin di Jengka tadi...anyway terima kasih ye kak sudi jumpa saya...nanti kita jumpa lagi ye....akak pun lembut orangnya....

    p/s:nak buat juga entry sama biarpun gambarnya sama he he he

    ReplyDelete
  10. Sallam Cik Ina,

    Ye memang best sesangat Cik Ina,
    kita pun boleh jumpa kalau diusahakan.

    ReplyDelete
  11. Salam AUC,

    Bertemu jodoh melalui laman Blogger,
    Manisnya hehe..

    ReplyDelete
  12. Sallam ahsfantasy24,

    Nak jumpa saya bila-bila masa je boleh,
    datanglah lipis, cari saya kat CP.

    ReplyDelete
  13. W,sallam en Zul,

    Molek sangat,
    kena pulak yang ada biz macam kome nih,
    boleh bertukar biz.

    ReplyDelete
  14. Sallam Ida,

    Malam tadi terus buat entry dating kita,
    Saya lagi terima kasih pada Ida,
    Cupcake Ida sedap, anak saya pun kata sedap,
    semuga biz Ida berjaya,
    nanti ada masa kita jumpa lagi,
    boleh sembang.

    Pasal entry tu buat je lah,
    gambar sama lagi bagus, twin...

    ReplyDelete
  15. salam, seronoknya LL dpt jumpa geng bloger. kalau duduk dekat2 boleh jumpa ya kalau duduk jauh bila kebetulan sampai sana boleh la nak jumpa kalau ada jodoh heee...

    ReplyDelete
  16. W,sallam GL,

    Memang seronok jumpa rakan blogger ni,
    selalu kita kenal dalam blog aja,
    bila bersua muka lagi mesra rupanya.

    ReplyDelete
  17. Salam Cik LipisLady..

    Cik Ida tu sepupu saya! Kek buatannya mmg tak leh tolak tepi. Sekejap je abis.

    ReplyDelete