Tuesday 21 June 2011

Entry Hampeh.

Assalamualaikum,

Mengapa Blog saya Warna Hijau.

Sesiapa yang dah masuk blog saya pasti perasan
yang blog saya dah bertukar baju baru.
Warna hijau lagi, mengapa jadi macam itu.

Baru2 ini terbaca artikel yang mengatakan
sesiapa yang melihat komputer lebih dari
satu jam dalam sesuatu masa,
mata mereka akan mengalami gangguan
atau jelasnya akan mengalami
kerosakan mata atau terganggu
kesihatan mata
atau akan terasa matanya berair.

Saya memang selalu mengalami keadaan demikian
kerana saya apabila telah mula menghadap
komputer saya akan lakukannya untuk beberapa jam
pendek kata dari pukul 10 pagi hingga pukul
5.00 patang.

Dalam artikel itu juga ada menyarankan
supaya seseorang yang ingin
menghadap komputer dalam jangka
yang terlalu lama setiap hari
mistilah memandang keluar atau
memandang kekehijauan untuk beberapa
ketika setiap satu jam sekalu.

Oleh kerana saya merupakan orang yang
sangat malas untuk bergerak
untuk memandang benda2 hijau kat
luar sana, saya pun tukat ajalah
blog saya kepada warna hijau,
dapatlah saya sentiasa memandang warna hijau.

Tapi setakat ini belum berhasil lagi
Mata saya tetap berair apabila
saya memandang skrin komputer
lebih dari 2 jam dalam sesuatu masa.
Apa haruskah saya menukar kembali baju
blog saya ini kepada warna kesukaan saya putih.
atau merah.

P/s Ini entry orang sedang boring.

Sekian Wassalam.

20 comments:

  1. Salam, mmg lawo kaler hijau nie.. kawan mmg minat kaler hijau nie :)

    ReplyDelete
  2. LL, hijau okey gak saya suka sbb blog saya pun hijau heee. tapi bab tengok skreen mata berair gak tu dah tentu la coz dah namanya pun mengadap komputer kan...

    ReplyDelete
  3. menatap hijau blog tetap tak sama dngan menatap hijau warna alam di luar.. demi kesihatan mata harus dirajinkan juga

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Lipis Lady,

    Hijau pun sweet jugak. Semoga LL sihat yer

    ReplyDelete
  5. oh begitu....informasi yg sgt berguna..
    marilah kita memandang2 kehijauan..
    moga2 berhasil..terasa power mata makin naik dan makin kelabu rasanya..

    ReplyDelete
  6. nampak berseri2 blog kak lepas ni....

    ReplyDelete
  7. n3 takde kaitan dengan tuko bendera biru kepada hijo yark? eee gurau jeee

    ReplyDelete
  8. salam..
    molek juga nih
    koi pun suka amat
    sejuk mata memandang
    :)

    ReplyDelete
  9. Sallam En Yassin,

    Lama aok tak nyinggoh sini yek,
    beria bete aok bisnes yee,
    kalau untung kongsi2kan sikit..

    ReplyDelete
  10. Sallam GL,

    Ha,ah saya kekadang je mata berair,
    biasa tu, mata penat,

    ReplyDelete
  11. Hijau sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
  12. hijau pun hijau lah..tak kisah warna apa, kalau dah suka tu singgah jugak

    ReplyDelete
  13. patut la sejuk jer bila gi blog LL ni!

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Sebab itu 20,30 tahun dulu komputer semua berskrin hijau atau gunakan skrin protect yg kaler hijau.

    tapi sekarang ni, skrin komputer canggih banyak berasaskan air. Dah banyak yang tak rosakkan mata lagi. Jangan risau sangat... :)

    ReplyDelete
  15. salam kak,

    hubby ati pun suka
    kalau bangun pagi terus
    ke tingkap pandang keluar :)

    hari ni ati ada buat n3
    pasai kubur lama kat tepi
    tempat kerja akak tu...
    jom komen share skit apa yg akak tahu ???


    ^____________~

    ReplyDelete
  16. hihihi!!baguslah kak!kurang2 org yg datang boleh tmpang sekaki tgk warna hijau ni.

    ReplyDelete
  17. sungguh hijau blog ini...
    tapi takpe kak..sbb gee pun mulai suka dgn warna hijau ni... :)

    ReplyDelete
  18. Warna nie selesa dan susunan blog nie juga kemas. Sejuk gak mata memandang... Itu yg tetamu inginkan... :)

    ReplyDelete
  19. hehe kome memamang suka warna hijau berbanding warna biru keknya blog kome warna biru laaa pulak

    ReplyDelete