Monday 27 June 2011

Hari Paling Ceria


Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari yang paling ceria
dalam hidup saya sejak beberapa
bulan yang lalu.

Bangun awal pagi tadi rasa semangat
macam berkobar-kobar.
Semua kerja yang dibuat menjadi pantas.
Tidak ada banyak
masaalah yang dihadapi.

Semua kerja rumah beres dalam
masa yang sangat singkat.


Turun kerja pun awal pagi,
banyak perancangan telah dibuat,
tinggal melaksanakan nya satu persatu.
harap semua yang dirancang pagi ini
boleh disiapkan menjelang petang ini.
InsyaAllah.


Inilah pernyataan nya hati
saya pagi ini,
bak bunga2 yang sedang berkembang ini.


Harap-harap ianya kekal sampai kepetang
sehingga kehari esok,
dan hari2 yang mendatang.


Hati juga ibarat bunga,
mesti selalu nak kena siram
dan dibaja supaya dia
sentiasa berkembang mekar.


Bajalah hati dengan Iman dan
siramlah dengan amal,
Yang pentingnya sentiasa
berfikiran positif.


Hingga jumpa lagi.

Wassalam.

16 comments:

  1. salam..
    alhamdulillah
    moga Allah permudahkan
    urusan aok..ermmm..kemana
    hilang rodong kita Yassin
    yak..?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum...

    semoga keceriaan itu akan terus membawa sinar kebahagiaan. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.,
    cey,cerianya., Alhamdulillah.,
    semoga kecapi kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhirat kelak ^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Lipislady,

    Cantik2nya bunga. Semoga Allah terus permudahkan segala apa saja yang dilakukan oleh LL.

    ReplyDelete
  5. Sallam En Zul,

    InsyaAllah weh, berkat doa rodong2 semua,
    yelah En Yassin ni business kuat sangat agoknya,
    tak sempat nak berblog dah

    ReplyDelete
  6. Sallam Kakcik,

    Terima kasih mendoakan saya yee...

    ReplyDelete
  7. Walaikumsallam Rasyid,

    Ye ye Alhamdulillah,
    ceria giler nih..
    InsyaAllah sampai ke hujung hayat.

    ReplyDelete
  8. Walaikumsallam kak Ani,

    Terima kasih mendoakan saya...
    Ye kak, bunga memang cantik,
    tak puas memandangnya, perempuan memang suka bunga ye kak,

    ReplyDelete
  9. keceriaan macam nilah yang penting..dan amat bagus pada hari Isnin..:)

    err..nak tanya: RODONG tu apa?

    ReplyDelete
  10. wah...LL memang sah teramat ceria hari ni, teruskan setiap hari begini!

    ReplyDelete
  11. Salam Kak...wah berbunga-bunga hari ni...cantiklah bunga-nunga tu sesuai dengan kata-kata indah dari akak...semoga dipermudahkan semua.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah semuga keceriaan sentiasa bersamamu...!

    ReplyDelete
  13. sallam Daddy Ziyyad,

    Alhamdulillah, memang bagus sangat...

    Hehe..RODONG tu kawan, bahasa Pahang tu doc.

    ReplyDelete
  14. Sallam Ibuintan,

    Tidak syak lagi hehe,

    Saya diakan Ibuintan dan rodong lain juga macam saya.

    ReplyDelete
  15. Sallam Ida,

    Tengok bunga2 yang berwarna
    hati rasa tenang Ida,
    dan berbunga2 juga.

    ReplyDelete