Wednesday 2 November 2011

Siaran Tergendala



Assalamualaikum,

Diam tak diam dah hari Rabu rupanya hari ni ye.
3 hari dah saya balik dari Cameron Highlands.
Baru hari ni juga saya dapat upload gambar aktiviti di CH.
Sebenarnya tak ada aktiviti sangat selain dari aktiviti
melepak dalam bilik dan tidur.

Bukan apa, kat luar hujan, jadi muskil sikit rasanya
nak keluar jalan2. Dalam bilik pun terasa sejuk
sangat apa lagi kat luar.

Kami berenam beranak, bercucu, sampai dalam pukul 5.00 petang,
check in dan terus aja melepak kat bilik. Nak keluar makan pun
malas, jadi kami makan ajalah apa2 yang ada yang kami bawa
bekal dari rumah. Sementara tunggu mummy ada program
malam tu kami pun ambil kesempatan melepak dan berehat saja.

Hari Sabtu sepatutnya kami keluar jalan2
tapi dek kerana pagi tu hujan, jadi masing2 ambil
kesempatan tidur lagi. Cuma petang tu setelah Kumprinx datang
baru mereka pergi mandi manda kat kolam. Saya tak ikut pun,
dan saya tak tengok pun macam mana rupa kolam mandinya.

Petang barulah kami dapat keluar membeli belah dan cuci mata
kat pasar malam. Tak beli apa2 pun,
cuma beli nasi ayam goreng rempah untuk makan malam.
Sedap nasi ayamnya. Yang jelasnya kami tak dapat
ambil gambar banyak2 sebab kesuntukan masa,
dan pasar penuh sesak menjadikan tak selesa untuk
berposing.


Hari Ahad dekat nak balik baru kami berkesempatan untuk
melawat ke cactus point, itu pun sekejap aja dan
setempat itu aja memandang Mummy and family
nak balik ke Kuantan malam tu juga, sebab esok mereka nak
kerja. Tapi dalam perjalanan nak balik ada dua kejadian
hilang dan tertinggal terjadi membuatkan kami kecoh sekeluarga.
Tapi kedua2nya dapat diselamatkan dan dijumpai semula.
Hampir pukul 5.00 petang baru kami dapat bergerak balik.

Layan gambar kaktus yang menjadi kesukaan saya,
tapi tak beli pun sebab malas nak jaga.



Yang kat atas ni kesukaan saya, kalau dapat satu pasu
bawak balik kat rumah, sukanya sayaaa..
Tak tau plak berapa harganya....

Saya suka tengok bunga yang berwarna warni,
sebab itu saya ambil gambar dan letak kat sini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

4 comments:

  1. salam..
    nasi ayam berempah..?
    sound sedap tu wehh..
    yum yum..lapor la pulok
    he he..

    ReplyDelete
  2. sy haritu x singgah pon ke cactus point..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat jalan-jalan ke tempat sejukkan...

    ReplyDelete
  4. seronoknya , cik ina dah lama tak jejak sini. rasa cam teringin nak pegi, suka nengok sayur ngan bunga kat situ. tenang je fikiran.

    ReplyDelete