Friday 30 December 2011

Dua Hari Berturut-Turut Makan Mi Kari.

Assalamualaikum,

Sallam hari Jumaat yang berkat. Dah tengahari rupanya ye sekarang.Dah nak masuk zohor pun, dan kejap lagi nak makan tengahari plak. Ari ni saya tak makan tengahari nampak gayanya, perut masih kenyanglagi rasanya Sebab baru je lepas makan mee kari.

Tengok, ni mee kari yang saya makan pukul 10 tadi beli tapau kat D'Residen Cafe. Selama ni saya tak pernah pergi atau makan kat D'Residen Cafe sebab saya  kalau nak makan mesti dikedai yang saya dah biasa makan dan mesti makanannya sesuai dengan selera saya. Tapi ni cuma kes nak cuba ajalah. Sampai tadi tengok Rafi tengah makan mee kari, teringin plak nak try. Rasa, alhamdulillah, memang sedap, lemak
dan tak berapa pedas. Selera saya kata boleh terima. 

Silap, kat atas ni mee kari Alamanda.

Gambar kat bawah ni plak, gambar mee kari yang saya makan semalam, kat kompleks Alamanda. Saya dah selalu makan mee kari kat sini, adalah dua tiga kali dah. Rasa ok juga, tekak saya kata boleh terima. Tapi yang peliknya mengapa saya hari2 nak makan mee kari. Semenjak baru bangun demam ni tekak saya rasa tak sedap aja. Nak makan pun memilih sangat. Banyak makanan yang saya rasa tak berapa selera nak makan. Nak masak sendiri, tulah, lagilah malasnya. Cuma hari selasa lepas aja saya masak sendiri dirumah. Tu pun sebab ada banyak petai, boleh buat sambal tempoyak.

 Gambar atas dan bawah ni pula mee kari D'Residen Cafe.

Dua-dua sedap. Kalau datang ke Lipis, atau ada di Lipis,
kalau nak cari mee Kari, pergilah ke dua2 tempat ini. 
Anda tak akan kecewea.


Semuga jumpa lagi, Wassalam.


10 comments:

  1. SALAM,
    LF pun suka mee kari ... bertambah best kalau ramuannya ada kerang

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka mee kari. Saya suka bila wife saya letak tahu lampung byk2..

    ReplyDelete
  3. mee kari daud mat jasak sangat terkenal di Ipoh

    ReplyDelete
  4. sedapnya..
    paling suka makan mee kari kalau tambah sambal banyak2 sampai kuah jadi merah.. :)

    ReplyDelete
  5. Sallam Dato' LF,

    Kerang memang penambah perisa untuk mee kari,
    tapi kalau dalam semangkuk mee kari hanya ada seekor kerang saja, tak jadi ke mendalah.

    ReplyDelete
  6. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Akak pun suka tahu lempong,
    menyerap kuahnya. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  7. Sallam Cikgu Imanshah,

    Mesti lain dari yang lain tu...

    ReplyDelete
  8. Sallam Cik Sibuk,

    Mesti cik Sibuk suka pedas neh...
    Saya suka yang tak berapa pedas..

    ReplyDelete
  9. saya suka makan mi kari...

    pernah makan mi kari, ada sikit sambal tumis dalamnya...pergh!

    terimakasih LL sudi follow saya...

    ReplyDelete
  10. Sallam Queenie,

    Sambal tumis tu pelengkap rasa yee..

    Sama2,queene..

    ReplyDelete