Friday 23 March 2012

Bersiaran Dari Kuantan

Assalamualaikum,

Selamat malam sabtu. Apa khabar kawan2 blogger.
Kakmah sihat2 aja, cuma semalam je kakmah rasa perut sebu sangat,
tak boleh nak bernafas. takut keadaan akan menjadi bertambah buruk, kakmah
mintak anak kakmah hantarkan ke hospital.
Doktor pun cuak dengan keadaan kakmah, lalu kakmah disuruh
untuk membuat ujian jantung, ECG. Alhamdulillah jantung kakmah sihat, normal.
Doktor kata perut sebu tu munkin disebabkan oleh ketumbuhan tu,
ataupun gastrik. Alhamdulillah setelah makan ubat dua hari ni kakmah rasa ok dah.
kalau tak kerana sakit semalam agaknya lambat lagi kakmah nak buat ECG tu.

Sebenarnya kakmah sekarang ni berada dikuantan, menziarah anak menantu
dan cucu2 kakmah, sambil meneman anak kakmah yang sedang menjalani
pepereksaan, kami ambil kesempatan untuk jalan2 diKuantan bila dia tiada
pepereksaan. Dah tiga hari kakmah berada di kuantan, baru hari ni dapat update blog.


Tengahari semalam kakmah dan anak2 pergi tanjung Api, cari ketam segar.
dapatlah bawak balik 3 kg, rezki menantu kakmah yang sedang hamil 6 bulan nak
makan ketam segar.balik rumah dia masak sendiri, apa lagi kenduri ketamlah
mereka, kakmah plak tak makan ketam, tengok dan ambil bau ajalah.


Masa kakmah di pasar kakmah jumpa ni, gamat, ini kali pertama kakmah
tengok gamat ni, besar rupanya. Seekor lebih kurang 3 hingga 4 kh.
Bila kakmah picit2 badannya lembut rasanya, macam ada air didalamnya.

Hari ni kakmah tak kemana2, duduk2 aja kat rumah, penat dah 
jalan2. Tapi kejap lagi munkin nak keluar makan Char kue Tiau,
kat mana yang sedap yek?

Sampai sini dululah cerita kakmah.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

9 comments:

  1. Kt taiping byk yg sedap..heheheeee

    kak, sy pon mcm mngidam ngan ketam lemak tu;)
    sedapnya...bru lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Aine Ainun,

      Untunglah kalau boleh makan ketam,
      kakmah sentuh pun tak boleh,
      alergic sungguh..

      Delete
  2. kak mah sedapnya ketam masak lemak tu.kat sini ketam tu mahal.semoga kak mah sihat seperti sediakala : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cik Ina,

      Kakmah ni sihat2 aja..
      kat tempat kakmah beli semalam murah je ketan tu,
      RM 18 je sekilo..

      Delete
  3. eiii...geli lah tgok gamat tu..pernah terpijak masa di pulau perhentian dulu..tak suka, tak suka....geli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Hani,

      Saya pun mula tengok geli sebenarnya,
      tapi beranikan hati sebab nak ambil gambar..

      Delete
  4. kak mah jaga kesihatan ya semoga sihat2 je. kak mah gamat tu boleh buat sup tu, tapi kena proses betul2 kalau tak rasa hanyir skit.

    ReplyDelete
  5. semoga sihat ye kak... gelilah tgk gamat tu... ketam fresh mesti sedap.. manis je isinya

    ReplyDelete
  6. seronok berjalan kak ye...dah banyak berjalan kena rehat juga..kesihatan tak menentu je dengarnya..dekat2 kita pun susah juga nak berjumpa..ida sibuk dengan kerja sendiri,hal keluarga..banyak juga komitmen...takpelah kak..kita calling2 je lah nanti..

    ReplyDelete