Friday 7 September 2012

Nasi Impit Kuah Kacang.

 Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat.

Tak abis lagi bab makanan ni.
Nasi impit kuah kacang, menu yang selalu kita jumpa bila bertandang kerumah kawan sewaktu hari raya. Hari-hari lain rasanya jarang kita jumpa hidangan nasi impit ni, melainkan kalau ada majlis2 tertentu. Kakmah kalau jumpa nasi impit ni suka sangat makan.


Ada bermacam-macam cara orang buat kuah kacang untuk nasi impit ni. Ada yang suka dicampur dengan udang kering, ada yang dicampur dengan ikan bilis. Rupanya pun bermacam2. Ada yang keputih-putihan, kekuning-kuningan, kemerah-merahan, dan ada yang kehitam-hitaman. Semuanya ada keistimewaan tersendiri dari segi rasanya.


Kuah kacang kakmah pulak, haa macam dalam gambar ni lah rupanya. Nak buatnya pun mudah ada, tak perlu berpeluh-peluh tepi dapur sebab nak goreng kacang atau nak masakkam kuah. Semuanya kakmah percepatkan dan permudahkan. 


Nak buat nasi impit pun senang je, beli aja yang dah siap packing, banyak dijual di kedai, tapi kalau nak jimat, packinglah sendiri, masukkan beras dalam plastik yang tahan panas tu, dan jahit dan rebus selama satu jam. Dah pun siap.

No kacang tanah yang dah kakmah goreng. Goreng hitam sikitlah, baru tak rasa mentah kacangnya. kalau mentah nanti takut kembung plak perut orang memakannya.
Ni kakmah nak letak resipi kuah kacang kakmah, kalau ada sapa2 nak cuba bolehlah yee..

Bahan-bahannya,

200 gm kacang tanah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in. lengkuas
4 sudu cili kering yang dikisar sendiri.( cili boh atau cili yang di jual dipasar kakmah tak pernah beli)
3/4 cawan minyak masak,
6 sudu gula.
1/4 keping gula kabung atau 2 sudu gula merah
1 keping asam gelugur ( ada orang letak asam jawa, kakmah nak mudah letak asam keping je)
garam secukup rasa.

Cara-caranya

1.Panaskan 4 sudu minyak dalam kuali dan gorangkan kacang tanah yang dah dibersihkan sehingga garing kehitam-hitaman. Angkat dan tuskan minyak.

2. Bawang besar, bawang putih dan serai di potong dan kisar.

3. Panaskan lebihan minyak masak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar hingga masak dan garing.

4. Sementara menunggu bawang masak, kisarkan kacang tanah dengan 2 cawan air dalam pengisar basah.

5. Bila bawang telah masak masukkan 4 sudu cili kisar, dan masukkan 3/4 cawan gula, kacau hingga kelihatan pekat.

6. Bila telah pekat masukkan kacang tanah yang dah di kisar dengan air, kacau hingga sebati.

7. Tambahkan 4 cawan air lagi, kacau dan masukkan garam, asam keping, gula kabung atau gula merah dan
kecilkan api ketahap sederhana. Biarkan kuah mendidih dalam setengah jam dan kacaulah setiap 5 minit sekalu supaya tidah hangus.

8. Bila kuah dah kelihatan pekat sedikit, rasa garam dan gulanya, dan sedia untuk diangkat. Sejukkan dan sedap dimakan dengan nasi impit atau satay sewaktu dah sejuk.

Selamat memasak dan jumpa lagi..
Wassalam







8 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kakmah...

    saya pun suka makan nasi impit dengan kuah kacang. :)

    ReplyDelete
  2. ntah knp rya thun ni sy kurang mkn nasi impit kuah kacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Maiyah,

      Selera kepada makanan lain kut...

      Delete
  3. Sallam AUC,

    Terima Kasih,
    Selamat Hari Raya weh...

    ReplyDelete
  4. Da lama sy cari resepi kuah kcg ni..first time buat dulu..rasa hangit, xtau silap kt mna..em bolehla sy try lg guna resepi ni..harap mnjadi.

    ReplyDelete
  5. sedap ni... nk try buat lah.. huhuhu

    ReplyDelete