Thursday 14 May 2015

Ibu Siapakah Ini

Assalamualaikum

Dalam masa dua hari berturut-turut ini Tuhan uji kakmah dengan 
insiden yang kakmah rasa sangat menyayat hati. Sangat simpati 
rasanya melihat kejadian-kejadian seperti ini,

Ibu Siapakah Ini.

Semalam sewaktu kakmah sedang membeli barang keperluan dapur kakmah disapa oleh seorang ibu tua yang kelihatannya sangat penat. Kakmah tanya dia nak kemana,dia bertanyakan stesen bas. Kakmah pun tunjukkan stesen bas yang tak berapa jauh dari tempat kami duduk itu. Selepas itu dia bertanyakan pula dimana kedai makan, kakmah pun tunjuk kedai makan yang berhampiran dengan stesen bas itu juga. Lapar agaknya makcik ni, bisik hati kecil kakmah. Setelah makcik itu berlalu kakmah habiskan masa kakmah duduk bersembang dengan kawan2 kakmah yang juga sedang membeli barang keperluan dapur. Lama juga kami bersembang sambil menunggu tuan kedai memarut kelapa kami.

Selesai membayar barang2 kakmah pun beredar untuk balik kerumah kakmah tidak berapa jauh dari kedai itu. Dalam perjalanan kakmah nampak seorang kenalan kakmah sedang memimpin seorang perempuan tua, kakmah sapa dari jauh, siapa. Dia menggeleng kepala sambil menghantar perempuan itu kekerusi di stesen bas. Setelah itu dia mendapatkan kakmah sambil menggelengkan kepalanya. 

"Sapa tu" Sapa kakmah
" Entahlah " Jawabnya sambil terus becerita bahawa dia nampak makcik tu sedang berjalan mundar mandir diatas landasan keretapi seperti tidak tahu kemana hendak pergi. Dia tanya makcik tu hendak kemana, dia kata hendak balik. Kemana, kata makcik tu ke Benta, tapi tak tau dimana stesen bas. Rupa-rupanya itulah makcik yang bertanya kakmah sewaktu dikedai tadi. Rupanya dia tidak faham petunjuk kakmah semasa dia bertanyakan dimana stesen bas dan kedai makan tadi. Kesian makcik tu, yang lebih sedih lagi makcik tu rupa2nya nyanyuk dan kurang pendengaran. Persoalannya macam mana ibu yang seperti itu boleh terlepas keluar dan boleh pergi kebandar sendirian dengan menaiki bas awam pula. Dimanakah anak-anaknya yang menjaganya. Kakmah hanya mau bersangka baik, munkin ibu ini tinggal sebatang kara, tidak ada anak dan saudara mara dan memang tinggal sendirian. Subhanallah, kesiannya.


Cerita pagi tadi pula, sewaktu kakmah sedang berjalan balik dari menjalani pemereksaan darah di LPPKN Lipis, kakmah seolah-olah ternampak seseorang yang kakmah kenal. Kebiasaannya kalau kakmah nampak seseorang yang kakmah kenal, lebih-lebih lagi kalau mereka itu ahli persatuan yang kakmah kendalikan, Kakmah akan dekati mereka untuk bertanyakan khabar, Untuk bertanyakan berita terkini mereka.

Bila mendekatinya, sah dia orang yang kakmah sangka. Dia seorang ibu tunggal yang sangat naif dengan seorang anak lelakinya yang berumur 13 tahun. Dari jauh kakmah perhatikan dia sedang bercakap dengan seorang perempuan dalam keadaan kesedihan. Kakmah menghampirinya dan apabila menyedari kakmah menghampirinya dia kelihatan sedikit ceria. Belum sempat menjawab salam kakmah, dia terus bercerita bahawa dia telah kehabisan duit untuk belanja, mendapat tahu bantuan kewangan dari JKM telah keluar dan sedia di tuntuk melalui bank pembayar, dia dan anaknya pergi ke bank untuk menuntut bayaran tersebut, tapi malangnya cara pemberian wang bantuan tersebut telah berubah, ia diberi secara berkumpulan, dan untuk kumpulannya wang tersebut hanya boleh di keluarkan minggu depan, begitu menurut ceritanya.

Bila kakmah tanyakan bagaimana dia keluar dari kampungnya yang jauhnya lebih kurang 15 km dari bandar ini, dia kata dia datang menaiki bas dan hanya membawa tambang pergi untuk dua orang, dan tidak ada tambang balik. Dia cuba meminta pada makcik yang dia jumpa tadi tapi makcik tersebut kata dia pun tak ada duit. Kakmah tanyakan, berapakah tambangnya kalau menaiki bas atau menaiki kereta sewa, Rm2 untuk bas dan RM 10 untuk bas katanya.

Kakmah tanya kalau tak dapat duit macam mana awak nak balik, jalan kakilah nampaknya, kata dia. Sebut pasal jalan kaki ni kakmah tak heran sangat sebab kakmah sendiri adalah pejalan kaki tegar sejak lesen memandu kakmah di gantung oleh JPJ lapan bulan yang lalu. Malah berjalan kaki membuatkan kesihatan kakmah semakin baik.

Tapi berjalan kaki di tepi jalan raya yang sunyi sejauh itu kerana tiada duit untuk membayar tambang bas walaupun hanya bernilai RM4 adalah amat memilukan.

Maha suci Allah, Allah telah hantar Kakmah kepadanya dalam keadaan dia kesuntukkan itu. Kakmah buka dompet kakmah, alhamdulillah ada RM12 semuanya baki setelah membuat pelbagai bayaran pada hari semalam. Kakmah keluarkan not RM 10. Pinjam ye kak RM 10, bisiknya perlahan. Kakmah cuma angguk sambil menghulurkan not kepadanya. Halal, tak payah bayar, itu saja kakmah mampu katakan. Rasa nak menitik air mata kakmah.Bagi kakmah bukan nilai RM 10 itu yang menjadi persoalannya tapi harapan seorang ibu tunggal yang sangat naif, buta huruf, dan tidak tahu apa2 yang begitu gigih untuk menyara anak2nya itulah yang sangat menyentuh perasaan kakmah.

Apabila kakmah tanyakan sama ada dia sudah sarapan ke belum, pada mulanya dia jawab perlahan sudah, tapi bila kakmah tanyakan berkali-kali dia kata belum. Bagaimanalah dia menahan kelaparannya sehingga basnya sampai pada pukul 1.30 tengahari nanti sedangkan wakti itu baru sahaja pukul 10.30 pagi. Ada lagi 3 jam untuk dia menahan lapar, munkin satu jam perjalanan bas dan berjalan kaki kerumahnya. Nak kakmah suruh dia gunakan duit yang kakmah bagi itu takut dia terlebih pakai langsung habis, tidak meninggal untuk tambang bas.

Dipendekkan cerita kakmah teringat sebelum keluar tadi kakmah ada masak nasi goreng, belum makan lagi, apa salahnya berikan kepadanya dan anaknya. Kakmah balik kerumah yang sangat hampir dengan tempat kami bertemu itu, buatkan sedikit minuman dan berikan kepadanya. Alhamdulillah barulah lega hati kakmah dapat menjalankan tenggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Maaf kawan-kawan, kakmah ceritakan ini bukan niat nak menunjuk-nunjuk, apalagi untuk berperasaan riak. Kakmah hanya ingin berkongsi fenomena masyarakat kampung seperti kakmah dan watak2 dalam cerita kakmah ini, dan ingin melahirkan rasa sedikit tidak puas hati dengan sistem pentadbiran jabatan kerjaan khususnya JKM ini yang semakin menyusahkan rakyat termiskin ini dan sistem kekeluargaan yang semakin longgar seperti dalam cerita kakmah yang pertama. Wallahhualam bissawab.

Semuga Jumpa lagi,
Wassalam.

3 comments:

  1. Begitulah kak...orang besar2 tak merasa apa yang orang kecil2 macam kita rasa.Merata dah kak kita boleh jumpa orang2 sebegini.Ini menunjukkan ramai rakyat susah lagi.Tapi kita pula sebagai manusia...kenalah tolong menolong.Allah memang dah tetapkan hari itu ada lah hari kak menolong orang.Semoga Allah membalas segala kebaikan kak mah...

    ReplyDelete
  2. Begitulah kak...orang besar2 tak merasa apa yang orang kecil2 macam kita rasa.Merata dah kak kita boleh jumpa orang2 sebegini.Ini menunjukkan ramai rakyat susah lagi.Tapi kita pula sebagai manusia...kenalah tolong menolong.Allah memang dah tetapkan hari itu ada lah hari kak menolong orang.Semoga Allah membalas segala kebaikan kak mah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Mah,
    syukur Alhamdulillah... Kak Mah diberi peluang oleh Allah untuk beramal jariah....

    ReplyDelete