Saturday 5 February 2011

Menu Malam Tadi

Assalamualaikum,

Lama dah tak masak-masak dan makan2 . Masa jaga bayi, masak ala kadar aja, makan pun ikut dan aja, maklumlah kesuntukan masa, banyak perkara lain lagi yang perlu diambil berat. Tengah hari semalam Kumprinx and Wife datang hantar ayam mentah 1/2 ekor. Keh terus offer mereka makan malam bersama.

Dalam kepala berkira-kira apa nak masak malam tu, nak masak sup ayam pun rasanya dah jenuh, hari2 makan sup ayam, nak masak lemak rasanya tak berapa baik untuk makan malam, nanti banyak lemak terkumpul kerana pembakaran lemak kurang terjadi diwaktu malam.

Sewaktu berjalan-jalan di pasar malam sambil mencari-cari bahan untuk dimasak pada malam tu, timbullah idea untuk mencuba satu resipi yang pernah keh cipta berapa bulan yang lalu tapi belum sempat dicuba lagi. Keh pun terus saja membeli bahan2 yang diperlukan untuk memasak resipi tersebut yang keh beri nama "AYAM MUHIBAH". Memandangkan resipi ini adalah resipi lengkan dengan segala rempah ratus dan sayur-sayurannya di masak sekali maka nama ini keh rasa paling sesuai untuk resipi yang baru keh cipta ini. Walaupun ianya nampak seperti masakan cina sedikit tapi ianya mengandungi rempah ratus menjadikan ianya sesuai dijadikan makanan orang melayu.


Langkah Pertama

Ayam perlu digorang dulu didalam kuali yang leper dengan bahan yang telah ditumis terlebih dahulu untuk meratakan minyak dan membolehkan ayam masak serentak.


Langkah Dua

Taburkan segala rempah ratus yang telah di tumbuk hancur, bawang dan bahan2 lain yang diperlukan. Air tidak diperlukan banyak untuk resipi ini, cukup sekadar dengan menutupnya selama 10 minit air dari isi ayam yang akan bercampur dengan rempah ratus dan bahan-bahan lain akan menjadikan resipi ini cukup enak.


Langkah Tiga

Masakan yang telah masak, sedia untuk dimakan panas-panas bersama roti, lempeng atau pun nasi. Malam tadi kami epat beranak memilih unruk dimakan bersama nasi putih dan salad sayuran dan buahan segar.

Salad sayuran dan buahan segar.


Salad sayuran dan buahan segar ini juga kadang-kadang
keh makan dengan bubur oat tawar.

Resipi Ayam Muhibah akan keh muatkan didalam blog resipi keh yang sedang didalam perlaksanaan, dan akan siap tidak berapa lama lagi.

Sekian, Jumpa Lagi.
Wassalam.

14 comments:

  1. as salam LL..teringin la nak mencuba..bagus kan tak de la lemak sangat..akak kalau masak.tak abis ngan masak lomak cili api..

    ReplyDelete
  2. Salam, aduh bes het nampoknya tu.. kash tak penoh kenya lagi neh.. ada gaya ala-ala sop gayanya :)

    ReplyDelete
  3. resepi ni bagus untuk yg jaga kesihatan, penuh dgn sayuran. i like!

    ReplyDelete
  4. salam..
    memang muhibbah tu
    mesra dengan segalanya
    sayuran pun ande..nampok
    sedakk je..?

    ReplyDelete
  5. W,salam kak Erna,
    Saya pun minat masak lemak cili padi.
    Sekali sekala aja masak macam tu.

    ReplyDelete
  6. W,salam, En Yassin,
    nanti keh bagi resipi, suruh orang rumoh buat,
    boleh kenya..

    ReplyDelete
  7. Sallam Kak aida,
    Yeelah kak, Satu Malaysia,

    ReplyDelete
  8. Sallam CekWa,
    Untuk orang2 yang dah berumur macam saya ni memang bagus sangat.

    ReplyDelete
  9. Sallam, En Zul,
    Sekali sekala ubah selera
    memang bagus.

    ReplyDelete
  10. huh macam best je...boleh cuba try testing te

    ReplyDelete
  11. Sallam AUC,
    Ye ye, memang sungguh bes,
    tak kenya tak tau.

    ReplyDelete
  12. salam knal LL,

    mnarik n ttarik...main campak2 je, kan. bagus2 pnuh ngan sayur mayur :D

    ReplyDelete
  13. W,salam SSL,
    yee memang menarik,
    hehehe..ni menu orang yang tak berapa rajin memasak, satu jenis aja tapi lengkap.
    hehehe..

    ReplyDelete