Saturday 19 February 2011

Mencarut.

Assalamualaikum,

Mencarut ialah menyebut nama-nama alat kelamin lelaki atau pun perempuan. Perbuatan mencarut ni amat sinonim dengan orang tua-tua yang sedang melatah. Biasanya perkataan pertama yang terkeluar dari mulut orang yang melatah ialah mencarut. Kalau yang melatah itu lelaki dia akan menyebut hak orang perempuan. Kalau perempuan pula yang melatah dia akan menyebut hak lelaki. Mengapa terjadi macam tu taklah diketahui puncanya.

Mencarut juga di lakukan semasa bertikam lidah dengan kawan-kawan atau dalam keadaan marah. Ada juga ibu-ibu yang memarahi anak mereka dengan mencarut-carutkan anak mereka.

Nampaknya budaya mencarut ini bukan sahaja diamalkan olah orang-orang dahulu tapi diwarisi juga oleh generasi zaman sekarang. Dimana-mana saja kita akan terdengar orang mencarut. Malah perkataan yang sememangnya tidak sopan dan tidak manis di tuturkan itu selamba sahaja diucapkan tak kira dimana juga. Malah oleh sesiapa sahaja baik yang tua maupun yang muda, baik lelaki mau pun perempuan.

Budaya mencarut juga dah menular kepada remaja-remaja termasuk pelajar-pelajar sekolah dan kanak-kanak yang masih bersekolah rendah. Mereka-mereka yang dah biasa mencarut ni tak segan-segan mencarut walaupun dikahalayak ramai.

Macam mana nak mengelakkan daripada diri daripada mencarut, terutamanya dikalangan budak-budak sekolah. Pertamanya elakkan berkawan dengan orang yang selalu kita dengar mencarut. Ibu bapa pun janganlah suka mencarut atau memarahi anak dengan mencarut kerana mencarut ini mudah ditiru terutamanya kanak2 yang masih kecil. Orang-orang awam yang suka mencarut cuba-cubalah berhenti kerana mencarut ini adalah suatu perbuatan yang tidak sopan serta merendahkan martabat kita.

Keh paling meluat kalau dengar orang mencarut.

Sekian Wassalam.

7 comments:

  1. salam...
    terma mencarut mesti sebut menda misteri..pelik kan...

    ReplyDelete
  2. orang melatah gitu kekadang sampai dok crita menda hok dalam kelambu

    ReplyDelete
  3. Salam mmg kaco kalau suka menyebut bender tak feadah gitu.. paling haru org melatah tak de ayat lain nya ingatkan. Moralnya mmg tak baik sungguh.

    ReplyDelete
  4. org suka mencarut ni org yg seek attention..desperate to get attention from others. more or less 'sakit jiwa' gak laa..

    ReplyDelete
  5. as salam LL..akak pun geram sangat bila dengar orang mencarut..lebih2 lagi bila disebut orang lain punya..

    ReplyDelete
  6. salam..
    opocot!!
    mak ci yang melatah
    selalu di selangi dengan
    carutan yang merapu2..he he

    ReplyDelete
  7. sama.mmg tak suka org mencarut.kalau melatah tu maybe boleh terima coz diluar kwalan.tp ade yg sengaja mencarut.

    ReplyDelete