Assalamualaikum,
Selamat berhari Minggu sahabat-sahabat dan
rakan-rakan Blogger Kak Mah semuanya.
Semuga hari ini semuanya dikurniakan Allah
kesihatan yang baik, mood yang tenang
dan rezki yang halal dan berkat
Walau apa pun yang kita lakukan pada hari ini,
Bawak anak-anak jalan-jalan melancung ke,
Makan-makan di kedai ke,
Atau stay dirumah aja
atau mencuba resipi baru ke
harap-harap sahabat semua dapat
menjaga makanan kita.
Makanan penting untuk menentukan kita sihat atau tidak.
Jangan jadi seperti Kak Mah
Dah terkena penyakit baru nak berjaga-jaga.
Masih belum terlambat sebenarnya, tapi prosesnya sukarlah sikit.
Dua perkara yang kita perlu buat setelah kita mendapat penyakit, dan kita sangat-sangat mengharapkan penyakit itu sembuh, kalau tidak seperti sedia kala sekurang-kurangnya ia tidak melarat sehingga ke tahap yang boleh membahayakan diri kita sendiri. Dua perkara itu ialah berubat dan pantang. Kedua-duanya perlu selaras. Kalau kita makan ubat dan kita wajib pantang dari perkara yang menimbulkan penyakit tersebut. Kalau kita makan ubat sahaja dan tidak berpantang, sebaliknya kita makan dan buat juga perkara yang boleh menimbulkan penyakit tersebut, itu adalah perbuatan yang sia-sia. Begitu juga kalau kita pantang sahaja tetapi tidak mengubati penyakit yang telah berada dibadan kita, itu juga perbuatan yang sia-sia.
Cuba perhatikan carta pemereksaan gula darah dan tekanan darah kak mah yang diatas tu. Ini Analisa yang Kak Mah buat sendiri, kalau Doktor tengok dia mesti marah kerana semuanya ada turun naik.
Analisa ini Kak Mah buat selaras dengan Cabaran Seleri Yang Kak Mah jalankan. Kak Mah mula minum jus seleri yang di blender pada 12-9-19. Ini bermakna pada 13-9-19 itu Kak Mah dah minum seleri satu kali. Tapi waktu itu Kak Mah dah tidak ambil gula walau sedikit pun dan tidak makan mekanan manis selama 3 hari. Tapi Kak Mah tidur lewat, (lebih kutang pukul 11.30 malam,) Malam sebelum Kak Mah pergi check itu, dan kak Mah puasa bermula pukul 6.00 petang hingga pukul 9.00 pagi, puasa selama 15 jam tidak makan dan minum kecuali minum air untuk makan ubat. Ubat yang doktor sarankan Kak Mah makan semua. Perhatikan carta:-
13-09-19 - BP 156/126 - Tinggi sebab tak cukup tidur, banyak makan makanan bergaram, makan dikedai, Aji No Moto, perisa makanan
- Gula Darah 6.4 - Sederhana - sebab 3 hari tak makan gula tak makan makanan manis, kurang makan nasi.
15-09-19 - BP 172/86 - Sangat tinggi, tapi bahagian bawah normal, ini kerana tidur lewat. Pukul 1.30 pagi baru tidur, walaupun dah kurangkan makan garam dan dah tukar kepada garam bukit yang dikatakan tidak mengandungi sodium yang tinggi Tapi tidur awal juga sangat penting untuk kesihatan.
- Gula Darah 6.4 - Sederhana, sebab masih tidak minum gula dan makanan manis. Masih minum seleri. Seleri dikatakan boleh menurunkan tahap gula darah dan menurunkan darah tinggi.
17-09-19 - BP - 149/76 - Normal - Ni tidur awal, pukul 9.00 malam, tidak makan di kedai dah, kurang makan nasi, masak sayur dan ayam aja dirumah, kurang garam dan garam bukit. Makan ubat hospital macam biasa, jus seleri masih diteruskan.
- Gula Darah - 6.8 - Naik sikit aja, ada minum teh 'O' sekali petang, lepas tu puasa dari pikil 7.00 petang hingga pukul 10 pagi, selama 13 jam.
19-09-19 - BP - 122/81 - Normal _ Cabaran seleri genap seminggu, 7 hari, tidur awal pukul 9.00 malam bangun pukul 5.30 pagi, Tidur selama 8 setengah jam, baik untuk orang berumur 40 tahun keatas, tidak makan daging, kurangkan ayam dan ikan. Kurangkan nasi, cuma sekali sehari, sukatannya 3/4 cawan sahaja.
- Gula Darah - 8,1 - Tinggi /Teringin betul nak makan bubur kacang hijau dengan durian. Makan total 3 mangkuk hehe,,,yang lain berjalan macam biasa. First time dalam cabaran ini gula jadi 8. Kesal betul.
21-09-19 - BP 123/92 - Normal, cuma bawah nampak tinggi sedikit, tak rehat selepas berjalan jauh untuk sampai ke farmasi tempat check, sampai terus check, agaknya lah.
- Gula Darah - 7.2 - sederhana, minum air nescefea gula kabung, ketagih manis. yang lain-lain semua dah kawal, termasuk nasi.
Ada dua kali lagi untuk habiskan pusingan ketiga carta ini, harap-harap tak ada pusingan ke empat selepas jumpa doktor pada 25-09-19 ini. Tunggu keputusan pada 23 dan25-09-19 ini.
Keseluruhannya, cabaran seleri ini Kak Mah rasa berjaya juga tetapi dengan kerjasama berpantang dan gaya hidup yang teratur. Tentang gaya hidup Kak Mah baru boleh menguasainya dalam 30%. Ada banyak lagi yang perlu di perbetulkan terutamanya jadual makan ubat yang dibekalkan doktor hospital, sukatan makanan yang dimakan, masa untuk ambik makanan, sarapan, makan tengahari dan makan malam, tidak teratur dan tidak tepat masa.berpantang dan banyak lagi. Kak Mah akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Bagi Kak mah air seleri ni memang baik untuk kesihatan, terutamanya kesihatan dalaman, untuk Kak Mah ia boleh mengubati sembelit, menaikkan semangat, mencergaskan tubuh badan, tidak rasa lesu sepanjang hari. Ada juga orang tegur, Kak Mah nampak ceria dan sihat sekarang. Makan suppliment apa, sudah tentu kak Mah cakap saya minum jus seleri.
Untuk pengetahuan semua Kak Mah tak ambil suppliment walau apa bentuk pun dan kak mah tak makan ubat tahan sakit walaupun sebiji panadol. Alhamdulillah kalaupun ada keperluan kepada ubat tahan sakit tu tapi dapat kak Mah atasi dengan meditasi yang mendalam.
Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah yang telah menunjukkan jalan yang selamat pada hamba Mu ini. Aamiin.
Semuga informasi yang tidak seberapa ini boleh menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua yang ada masaalah macam Kak Mah kerana ini bukan ikutan, tetapi adalah pengalaman Kak Mah sendiri.
Semuga Jumpa Lagi
WASSALAM.