Tuesday 5 November 2019

Kursus eUsahawan Digital Commerce

Assalamualaikum,

Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik, kecerian dan rezki yang halal, berkat dan melimpah ruah pada semua rakan blogger Kak Mah dan pengunjung setia Kak Mah pada hari ini. Aamiin

Alhamdulillah, semalam Kak Mah berpeluang mengikuti satu kursus yang diberi nama Kursus eUsahawan Digital Commerse.


Kursus bertempat di Kolej Komuniti Kuala Lipis, dianjurkan oleh penganjur individu, dijemputnya semua ahawan kecil lahiran Amanah Ikhtiar Malaysia AIM macam Kak Mah ni. Dikendalikan oleh Pusat Internet Desa Sungai Koyan , Kuala Lipis.

 Kursus ini dikendalikan oleh Puan Kasmawati Mat Japar, Pegawai Teknologi Maklumat dari Kementeria  Komunikasi dan Multimedia Malaysia kawasan timur yang.berpengkalan di Sungai Koyan.


Profil Beliau.


Modul kursus merangkumi  macam mana nak set up FB page untuk jualan atas talian, FB ads untuk promosi FB page kita supaya mencapai sasaran target pelawat kePage kita, Simpan Kira di Internet, dan setup kedai online. 

Kak Mah rasa kursus seperti ini patut dihadiri oleh sesiapa saja yang ingin mencari pendapatan sampingan dan ada produk yang ingin dijual tanpa bertemu terus dengan pelangan kita. Diajarkan juga bagaimana peserta yang sudah ada kedai untuk mendaftarkan kedai mereka di google search supaya perniagaan mereka dapat dikenali oleh pelanggan yang berada jauh dari kedai mereka, atau oleh pelanggan yang akan berkunjung ketempat kita dan sedang mencari-cari dimana kedai yang sesuai buat mereka. Alhamdulillah banyak ilmu yang Kak Mah perolihi melalui kursus ini. 



Sebelum pulang dengan membawa ilmu yang telah diperolihi dan akan di prektikkan di bdang perniagaan masing-masing kami bergambar dulu sebagai kenang kenangan,

Terima kasih tenaga pengajar Puan Kasma, Puan Aznin dan penganjur, Encik Zulhafizan dan semua yang terlibat terutama pihak Kolej Komuniti Kuala Lipis. Inn Shaa Allah bertemu lagi dilain kali dengan ilmu yang lain pula.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.


6 comments:

  1. menarik nih kak, banyak ilmu yang di kongsi... ramai jugak yang hadir ye kak
    sangat bermanfaat buat peniaga kecil macam akak untuk mengembangkan perniagaan dan buat marketing dengan gunakan internet, melalui media sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Pn Dana, akak rasa macam diberi nafas baru untuk memulakan semula perniagaan yang dulunyadibangunkan dengan semangat yang berkobar-kobar, tetiba malap dek kerana tak tau macam mana nak kembangkannya...Alhamdulillah...

      Delete
  2. Replies
    1. Amboiii, melatah pulak Wak nii.
      Yerlah...dah selamat dah wak....
      Meraikan orang muda sebenarnya....

      Delete
  3. great sharing. salam perkenalam jugak sis. TQ singgah blog sy

    ReplyDelete
  4. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete