Saturday 9 November 2019

Puree Labu


Assalamualaikum


Asalnya sebuji labu aja, 


Kak Mah kupas, potong dan bersihkan. Kemuduan Kak Mah kukus



Lembut aja selepas dikukus, Kak Mah blend tanpa menggunakan air.



Ok, jadilah puree labu seperti ini. Ada lagi juadah 
yang boleh dibuat menggunakan puree ini selain dari 
dimakan dengan roti. Puree ni manis asli aja,
tanpa menggunakan gula.




Kalau ada labu, paling sedap buat pengatlah. Sisihkanlah
sebahagian untuk buat pengat. Jadilah pengat labu.
Sedap sangat makan semasa minum petang.


Labu ni sedap juga dibuat gulai lemak. 
Kak Mah buat gulai lemak putih aja. 
Bahannya mudah
Labu
Santan
Bawang
Ikan bilis
lada hitam tumbuk kasar
serai
garam
kalau ada daun kunyit
lagi sedap.
Itu aja, oleh masak dah.


Yang ni jarang orang buat. Tapi kak Mah teringat zaman kanak-kanak
dulu, inilah kudapan yang paling sedap mak buatkan.
Biji labu gereng. Mudah aja.
Bersihkan biji labu
tumbukkan kunyit hidup dengan sikit garam
Gaulkan
Goreng dengan api sederhana
sampai biji labu meletup macam bertih gitu.
Angkat dan sejukkan.
Sedap, lemak-lemak gitu rasanya.
Tak perlu kupas
makan aja dengan kulitnya
Rangup.


Kan, sebiji labu banyak yang boleh di buat.
Itu belum lagi kodok labu
Kek labu
koleh labu

Nanti kita cuba buat yer.

Sekian dulu untuk kali ini.

Semuga jumpa lagi

Wassalam.



6 comments:

  1. Iya Wak, terima kasih mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. Yg uncle tau, bijik labu ni baik untok petumbuhan rambot....

    ReplyDelete
  3. ohh bole makan dengan kulit.. baru tahu
    labu bole buat macam2 tapi sy tak berapa suka hehe

    ReplyDelete
  4. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete