Monday, 4 April 2011

'A Doctor in The House'

Assalamualaikum,

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkanyang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di sini malam Ahad.

Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi. "Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

"Diharapkan orang ramai tidak gunakan buku ini untuk dijadikan sebagai 'hadiah' semata-mata, kerana ia juga perlu dibaca dan diambil iktibar," katanya.

Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas. Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini. "Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta," tambahnya. -BERNAMA

Copy paste dari sini

Lama dah sebenarnya teringin sangat nak baca buku kisah benar yang ditulis Mantan PM Malaysia ini, sejak dari mula dilancarkan lagi. Tapi tak tau mana nak beli maklumlah duduk kat pendalaman ni, susah nak dapat buku macam ini. Belum sempat sampai sini lagi stok dah habis.

Wassalam.

9 comments:

  1. Kawas tunggu aok baca lepas tu tulis kat sini weh.. kawas supe aok juga :)

    ReplyDelete
  2. dengo crita memang takde stok deme tengoh cetok lagi ande juga nok tejemoh ke basa melayu bagai

    ReplyDelete
  3. salam..
    sebagai negarawan
    Tun M ada peminatnya
    tersendiri..

    ReplyDelete
  4. Sallam AAP,
    Kena tunggu cetak dalam BM dulu,
    senang sikit baca.

    ReplyDelete
  5. Sallam Cemomoi,
    Macam goreng pisang panas yek,
    laku sangat buku Tun tu.

    ReplyDelete
  6. Sallam En Zul,
    Yee, termasuk saya juga...

    ReplyDelete
  7. Saya ada ternampak buku nie di Petronas Lipis minggu lepas..harga RM120.00

    ReplyDelete
  8. Aok beli dak buku ni?..kalu beli kwn nak minjam je kat aok..

    ReplyDelete