Saturday, 30 April 2011

Durian oh Durian, Petai oh Petai.

Assalamualaikum,

Dalam keadaan yang gawat macam ni,
rasa macam nak jadi toke durian dan toke petai aja.
Apa taknya,
semalam jalan2 kat pasar malam,
hidung tercium bau durian. Kepala yang berat
serta merta jadi ringan,
hidung yang tersumbat plak serta merta
jadi lawas. Dalam hati dah berkira2
dapat dua biji jadilah.

Setengah biji boleh buat pulut durian,
setengah lagi buat bubur kacang durian.
Setengah biji lagi buat tempoyak.
Setengah biji lagi makan mentah.
Tengoklah isi durian nih,
memang sedap kalau dapat lulung derian macam nih.

Sampai tempat orang jual durian,
ada tanda harga kat durian tu,
satu RM12 sekilo,
yang satu lagi RM 7 sekilo.

Tak berani dah nak tanya yang RM12 sekilo
pegang sebiji yang paling kecil,
timbang, tepat sekilo,
maknanya RM tujuh. Fuh, kalau besar ok juga,
ni kemek2 kulitnya,
baget2 paling banyak adalah 4/5 ulas isi didalamnya.
sebiji tak cukup,
yang lain2 semua besar dalam 2 kilo
setiap biji.
Tunggu ajalah musim durian,
RM 10 dapat sebakul, haha.


Pagi tadi intai petai plak,
bukan nak makan sangat cuma suka bertanya,
5 keping RM 5, bayangkan kalau ada sebanyak diatas tu.
5 unting (ikat) atau 10 unting,
1 unting =100 keping=RM100.

Memang kaya toke durian dan toke petai.
tapi itu kalau petai atau durian sendiri,
kalau beli dari pembekal, boleh bengkrap,
nampaknya tak ramai yang berminat nak beli
durian dan petai.
Toke cina yang selalunya rakus
bila nampak durian dan petai,
tapi nampak senyum2 sambil bisik2
bila sebut harganya.

Apakah harga durian dan petai tinggi sangat,
atau pengguna dan pembeli sedang berjimat
dalam berbelanja.

Sekian. Wassalam

9 comments:

  1. di jb pun durian mahal..tpi beli jugalah..
    nak muai..buat macam lipislady..buat tempoyak sikit, buat lempok sikit dan makan mentah sikit..jadi lempok tu tahan lama makan ngan roti..puaslah makan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum LipisLady,

    Saya rasa harga durian sekarang ni dah melampau sangat.

    Petai mahal mungkin sebab pokoknya dah tinggi, susah nak panjat.

    ReplyDelete
  3. nanti pencen boleh lah jadi tokey.

    ReplyDelete
  4. toke petai dan toke derian.. memang buat duit skarang ni


    derian sampai RM17 sekilo, mana tak untungnya ..

    ReplyDelete
  5. bestnye..saya suka sgt petai dan durian..heheh

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Sedapnya durian. Cam-macam boleh buat ek.

    ReplyDelete
  7. 2benda favorite anis!!hihihi!!

    aritu balik malaysia,smpat beli doyan.sebijik 24hinggit!!tp beli jugak sbb mengidam sgt2.balik sini,takut xdpt merasa langsung dah.tp bila balik,isi doyan tu keras jee..eishh..gewam!gewam!

    ReplyDelete
  8. pengguna tgh berjimat kot...ehehehe....

    ReplyDelete