Friday 17 June 2011

Tazkirah Pagi Jumaat.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat untuk rakan-rakan blogger yang berhenti sekejap di blog Lipislady ini. Semuga hari ini kita semua lebih ceria, lebih bermotivasi, lebih sihat dan ditambahkan Iman dari semalam.

Untuk santapan minda kita pagi ini saya ingin berkongsi tajuk ini :-

TUJUH SUNNAH RASULULLAH YANG PERLU KITA AMALKAN.

1. SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga dari tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan 3 atau 4 pagi. jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Diantara Fadilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan diwajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab keatasnya.
5. Mendapat catatan amalan dari tangan kanan.
Firman Allah Yang bermaksud :
"Dan bangunlah pada sebahgian dari waktu malam serta kerjakanlah " sembahyang Tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi kamu; semuga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan mu pada hari akhirat ditempat yang terpuji"(Al-Isra : 79 )

2. MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI.

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan jadikan Al-Quran sebagai bacaan-bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah Yang Bermaksud,
" Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kejalan Yang amat betul ( Ugama Islam) dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang amat besar." ( Al-Isra : 9 )

3. JANGAN TINGGALKAN MASJID

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah dimasjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah dimasjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya kemasjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala : Hadis Nabi SAW yang bermaksud :
" Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh ( para sahabat ) melakukan solat dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah untuk membakar rumah mereka dengan api."

4. JAGA SOLAT DUHA.

Solat sunat Dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini sangat banyak kelebihannya. Diantara kelebihannya ialah pintu rezki dibuka dan dimurahkan rezki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir diwaktu matahari tergrlincir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseeorang kamu bersedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha," ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)

5. JAGA SEDEKAH.

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan ( disiksa ) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada harti kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui Dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (Mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) yang katakan akan membunuh mereka jika kamu orang-orang yang (dalam apa yang kamu dakwakan itu)" ( Al-Imran :180 )

6. JAGA WUDHUK TERUS MENERUS

Wudhuk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wudhuknya akan disayangi oleh Allah. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib :
" Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

7. ISTIGHFAR SETIAP MASA.

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedang engkau (Wahai Muhammad) ada diantara mereka; dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar (minta ampun)." ( Al-Anfal :33 )

Semuga kita diberkati Allah dalam Iman.

Copy paste dari sini lama dulu.

Sekian Wassalam.

9 comments:

  1. saling mengingatkan mudah-mudahan menjadi jariah yang akan membawa kesejahteraan ummah

    ReplyDelete
  2. Sallam Cemomoi,

    Iyalah cemomoi,kadang-kadang kalau tidak diingati kita ni sering lupa.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Lipislady,

    Terima kasih berkongsi ilmu yang baik ini. Macam tazkirah jugalah dipagi Jumaat ni.

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam kak,

    Peringatan untuk diri sendiri dan kita semua.

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    bertambah ilmu ati hari ni :)

    lipis panas lagi ke?

    ReplyDelete
  6. W,salam Ati,

    Alhamdulillah, lipis aekarang siang panas, malam ujan, Rekarang ni mendung, gaya macam nak hujan je..

    ReplyDelete
  7. salam..
    bab nak jaga wudhuk
    tu yang selalunya kantoi..
    ermmm..terima kasih perkongsian
    ilmu..
    :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana mengingatkan..
    kita perlu ingat mengingat..almaklum terkadang kealpaan..bukannya disengajakan..kelupaan..

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana saling mengingati...semuga diberkati kita semua!

    ReplyDelete