Thursday 1 December 2011

Emas, Emas, Emas.

Assalamualaikum,

Semuga Rodong dan pengunjung blog lipislady
 success selalu. 

Emas, emas, emas, begitulah, heboh sana sini
orang memperkatakan kenaikan mendadak
harga emas dipasaran. hari ini saja kalau tak
silap pandangan saya semasa lalu dihadapan
kedai emas tadi, harganya adalah RM 208 untuk satu gm.


Memanglah emas sejenis logam yang sungguh bernilai sehinggakan
didalam Al Quran pun disebut tentang nilai emas sehinggakan
ia menjadi pakaian ahli Syurga.

"Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal,
yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,
mereka dihiaskan didalamnya dengan 
gelang-gelang tangan emas,
dan memakai pakaiaan hijau dari sutera yang nipis
dan sutera tebal yang bersulam,
mereka berehat didalamnya dengan berbaring diatas
pelamin-pelamin (yang berhias)
demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya
dan demikian itulah syurga tempat berehat
yang semolek-moleknya."

( Surah Al-Kahfi : ayat 31 ) 


 Syiling Emas Pertama Dunia.

Berkat kenaikan harga emas juga maka hebohlah sana sini
orang mempromosi saham yang berlandaskan emas.
Dan tak dinafikan ada yang betul dan boleh memberikan
keuntungan yang sungguh lumayan kepada pelabur2nya.
Dan tidak dinafikan juga ada yang sekadar ambil 
kesempatan diatas kehebohan pelaburan emas ini, mereka
pun menubuhkan syarikat pelaburan emas,
mereka mengutip dana dari pelabur2.
selang dua atau tiga bulan, mereka bungkus 
tikar dan bantal, terus hilang tanpa jejak.


Moralnya kalau tak pasti tentang syarikat yang mengendalikan
pelaburan emas, janganlah suka2 nak melabur 
walaupun anda ada duit banyak. Lebih baik beli aja
rantai dan gelang emas banyak2
simpan di bank, sampai masa harga emas naik 
bolah jual. Untung juga kan.

Semalam aja ada dua orang dari syarikat yang 
berlainan ajak saya masuk saham emas.
Tapi duit tadak, nak masuk macam mana....
tengok ajalah statement dia orang
yang beribu-ribu lemon tu....

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Sila jenguk juga : kakmah online.

18 comments:

  1. MAHALNYA EMAS SEKARANG.... TAK PANDAILAH NAIK MELABUR DLM PASARAN EMAS NI... BELI EMAS SEKADAR UTK PERHIASAN DIRI JE...

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    SANGAT SETUJU DGN KENYATAAN "Lebih baik beli aja
    rantai dan gelang emas banyak2
    simpan di bank, sampai masa harga emas naik
    bolah jual. Untung juga kan" . HARAP MEREKA YG JOIN TU, FIKIRLAH BYK2 KALI

    ReplyDelete
  3. Sallam Munna,

    Yang buat perhiasan tu pun,
    kalau sesak2 boleh juga jual,
    itu pelaburaan juga namanya kan??

    ReplyDelete
  4. W,sallam Dato' LF,

    Banyak sangat skim pelaburan
    sekarang ni, tak tau maan satu
    yang betul, mana satu yang tipu,
    kan Dato". Jadi terpaksalah berhati2

    ReplyDelete
  5. teringin gak nak beli gelang baru,gelang lama dah putus...huuu..tak seswai mmembeli time ni agaknya...mahal la...

    ReplyDelete
  6. Sallam Puteri Rimba,

    Kalau nak beli baik beli sekarang,
    Sukar nak diramalkan kejatuhan harga emas,
    tapi kenaikannya sudah pasti.

    ReplyDelete
  7. Assalam LL..teruk jugak anak2 bujang yang nak kawen kan..mesti cincin pun dah mahal..

    ReplyDelete
  8. W,salam Acik,

    Ha,ah lah Acik, baru teringat,
    saya masih ada seorang lagi anak bujang
    berapalah harga cincin tunangnya nanti ye?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum LL...
    Aduhhhh mahalnya rega emas skrng ni...mmang tak terbeli...pakai jelah yg mana ada....Tapi bila lalu depan kedai emas..ramai jugak orang kat dalam tu.....

    ReplyDelete
  10. alaaa dalam proses nak beli kebun getah .. nak beli emas lagi ni. mana nak cekau? hehe

    ReplyDelete
  11. salam..
    mahal rega mas ler nih..
    akan naik dari semasa ke
    semasa..molek di buat
    pelaburan emas nih

    ReplyDelete
  12. Walaikumsalam MP,

    Ramai yang ambil kesempatan
    untuk beli emas untuk simpan,
    kerana harganya akan naik
    dari semasa ke semasa.
    Pelaburan yang bijak.

    ReplyDelete
  13. Sallam Rashid,

    Belilah kebun getah dulu,
    Dapat duit getah beli emas laa plak.

    ReplyDelete
  14. W,Sallam En Zul,

    Betul tu,harga emas akan terus naik,
    tiada turun.

    ReplyDelete
  15. sy cuma ada seketul brooch emas jer..sbb nk pakai tudung..kulit sy alah dgn brooch besi yg biasa je..nk beli emas utk perhiasan diri mmg x mampu apatah lg nk melabur dlm saham emas nih huhu

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..

    bagusnya beli emas yeek..
    dari dulu dan selamanya...
    harganya tak pernah turun..

    ReplyDelete
  17. Sallam Rina,

    Tahan jugalah ada brooch seketul,
    ada orang tu emas sebesar janggut mayo
    pun dia tak punya, orang itu ialah akak
    hehe.

    ReplyDelete
  18. walaikumsallam sal,

    Menyesal tak beli masa murah dulu yee,
    ada seketul sekarang ni pun dah berduit kita.

    ReplyDelete