Tuesday 20 March 2012

Nak Buang Ke Tak

Assalamualaikum,

Apa khabar rakan2 blogger, semuga semuanya ceria2 aja.
Cuma saya aja yang kurang ceria sikit.
Banyak yang perlu difikirkan. kejap lagi saya ceritakan.
Sebelum tu,
Mulai hari ni saya akan bahasakan diri saya Kakmah.
Ramai pun yang panggil saya kakmah, sengaja saya yang suka 
membahasakan diri saya dengan perkataan saya.
Dah terbiasa bersaya-saya jadi terikut-ikut
diblog juga.

Ok ye, semalam kakmah gi hospital,
untuk kesekian kalinya dalam masa 5 tahun, jumpa pakar,
mulai tahun lepas kakmah cuma perlu jumpa pakar 
setahun sekali aja, sebab sakit yang kakmah deritai dah pulih,
tapi bukan sepenuhnya. Masih perlu follow up setiap tahun.
tapi semalam lain plak ceritanya, Ketumbuhan yang dulu
dah mengecil, membesar semula, ukurannya 5x5 cm.
Besar tu kata doktor. 

Memandangkan faktor umur doktor nasihatkan kakmah buat pembedahan
untuk membuang ketumbuhan itu. Ishh..risau juga hati kakmah ni,
macam manalah yek nak menjalani pembedahan tu.
Walaupun kakmah rasa dah bersedia, tapi perasaan takut tetap menghantui
fikiran kakmah. Cammana pun reda ajalah, asalkan kakmah selamat.
Semuga rakan2 blogger sudi mendoakan keselamatan dan
kesihatan kakmah dalam masa tempoh penantian ini,
semuga sesuatu yang ajaib berlaku dan kakmah tak perlu menjalani
pembedahan itu.

Ada juga yang syorkan supaya kakmah menjalani perubatan alternatif
dan secara tradisional, inilah yang sedang kakmah fikirkan,
nak ke atau tak nak menjalani perubatan alternatif,
masa yang diberikan cuma beberapa bulan saja, itu pun masa untuk
memantau kesihatan kakmah aja, terutama darah tinggi kakmah
ni perlu diturunkan ketahap normal dulu.

Ahh...pening juga memikirkannya.

K lah, undur diri dulu.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

11 comments:

  1. Kak mah, dulu doc pnah kata sy ada cyst drahim..sy punyala sedih nbygkn mcm2..taku sy dibedah..n mcm2 lagi..

    N akhirnya, cyst yg doc ckap tu takda, hilang...

    Sy hrap kak mah hadapi dgn tenang ye..insyaallah takda apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Aine Ainun,

      Kakmah tu cyst lah,
      tapi dah lama ada kat situ,
      dah hampir 5 tahun, tak kecil dan tak besar,
      tu yang Dr takut, kakmah pun takut sebab dah lama sangat.

      Delete
  2. semoga cepat sembuh dan ceria kembali...tenang ye...Cik Ngah mendoakan dari jauh...

    ReplyDelete
  3. salam
    kalau tak keberatan...boleh kak mah bgtau ketumbuhan apa..kat mana?

    ReplyDelete
  4. assalam kakamah...semoga kakmah cepat baik dan acik nak jawab soalan kakmah disini
    acik tak de pokok tu..tapi nursery herba yang ada disini ada jual..dalam polybeg yang acik tunjuk dalam gambar diblog acik tu..satu polybeg tu RM10.00.tadi kawan dari selangor ada datang beli..10 pokok..ayah dia ada kanser..dan ada orang kampung dia bagi tau suruh cari pokok belalai gajah tu.tu yang dia tanya acik..dan acik dah uruskan dengan tuan punya nursery..dia hantarkan keopis acik pagi tadi.
    selepas tanam..2 bulan baru boleh kutip daun..katanya.
    untuk sementara boleh petik..boleh beli dulu daun tu.sehari kena makan 30-50 helai.kalau kawn acik tu ayah dia kenser tahap 4.kena makan 150 helai sehari..75 pagi dan 75 petang.
    harap dapat membantu kakmah ye.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Mah. Memang saya antara yang keliru dan suspens nak panggil gelaran sebab tak tau nama Kak Mah sebelum ni.

    Memang gementar juga tu bila doktor sebut tentang operate. Apapun elok ikut nasihat doktor sebelum keadaan lebih serius. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan banyak fikir sangat ya Kak Mah.

    ReplyDelete
  6. salam, baca tajuk n3 jer dah gerun. LL sekarang panggil Kak Mah ek, semoga Kak Mah Kuatkan semangat untuk mengharungi hari2 seterusnya. Semakin bertambah umur kita ni macam2 penyakit yang datang, rasanya elok akak ikut nasihat doktor tapi terpulang pada Kak Mah untuk pilih. MIL saya dulu ada ketumbuhan dalam payudara terus dia buang alhamdulillah sekarang ok dan tiap2 tahun buat pemeriksaan doktor atas bawah.

    ReplyDelete
  7. salam...semoga semuanya dipermudahkan urusan....mana yg terbaik harus diikuti

    ReplyDelete
  8. takut..juga mendengarnya.... semoga kak rahmah tabah dan kuat semangat...cubalah perubatan alternatif yg lain..manalah tagu Allah permudahkan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cek Mah..

    Kalau awak tanya saya,, buang jek..

    Lepas tu nanti sehat insyaAllah ..

    ReplyDelete
  10. salam kak mah,

    cuba usaha jumpa pakar lain pula
    kalau jawapannya masih sama
    sebaiknya segerakan operation itu
    dari perubatan tradisional yg tak pasti
    caranya

    semoga kakmah dan anak2 dapat duduk
    berbincang sebaiknya dan segera membuat
    keputusan. ati doakan kakmah akan segera
    semboh spt sediakala. kalau ati balik lipis
    ati akan lawat kakmah dgn mil ati.

    ReplyDelete