Thursday, 12 April 2012

Khasiat Sirih.

Assalamualaikum,

Pernah tengok peralatan ni tak. Ari tu masa kakmah pergi kesatu
kampung kakmah terserempak dengan nenek yang dalam gambar ni
tengah melakukan aktiviti ini. Orang lama je yang tau aktiviti ni.
Aktiviti menggobek sirih Kat bawah ni peralatan yang mesti ada.



Nenek ni umur dia dah 85 tahun, tapi nampak masih sihat, berjalan 
ok lagi. Tak pernah sakit lutut atau ada sakit2 lain yang kronik.
Masa tak rabun lagi, semua masih nampak jelas. Tak perlu pakai
cermin mata. Bila kakmah tanya apa rahsia awet muda dan sihat
wan, dia kata makan sirih. Yer ke, boleh tak kita percaya.
Yang jelasnya nenek ni sepanjang kakmah berada disitu tak berhenti-
henti dia menggobek sirih, habis satu, satu dia menggobek.


Tapi pengalaman kakmah sendiri, kalau dapat penyakit gatal2,
kakmah guna daun sirih ni untuk ubat gatal-gatal. Caranya upur 
sehelai daun sirih, ambil airnya dan sapu kat tempat yang gatal.
Sekejap je berhenti gatal.


Dan paling mujarab kalau ada sakit keputihan, rebus daun sirih ni, airnya
masukkan dalam besen berendamlah selama 10 hingga 20 minit,
Insya Allah mujaran. Air daun sirih boleh juga buat air mandian,
kerana daun sirih mengandungi antiseptik semula jadi.

Ok sampai sini dulu,
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Jom lawat kedai online Kakmah pulak.

10 comments:

  1. khasiat sireh ni banyakkan... bagus untuk wanita... (^___^) salam ukhwah

    is folo sini (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ukhwah,

      Terima kasih follow,
      Sejak dari dulu lagi daun sirih terkenal sebagai ubat besar, dan kini bermacam-macam produk dari sirih boleh didapati di pasaran

      Delete
  2. kenangan...teringat arwah moyang dulu..selalu tolong gobekkan sirih tuk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Puteri Rimba,

      Sekarang ni semua tu dah tinggal kenangan kan?

      Delete
  3. teringat arwh makngah munna.... memang setiap masa mengunyah sirih ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam munna,

      tapi mereka tu tak plak kena penyakit ye,walaupunmengunyah sirih 24 jam.

      Delete
  4. sekarang untuk hantaran pun dah guna sireh tiruan..tak setuju betul lah...suka tengok sireh yg asli begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Hani,

      Kakmah pun tak setuju kalau guna sirih tiruan,
      Baik tak payah buat sirih, bunga aja dah cukup.

      Delete
  5. masa ada arwah nenek dulu..saya jadi tukang gobek..indah sungguh kenangan yg dulu terasa membosankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam a.samad jaafar,

      memang yee, kenangan lalu memang indah,
      untuk diingati.

      Delete