Monday 30 April 2012

Karipap Lapis

Assalamualaikum,

Entry ni sepatutnya semalam dah kakmah publishkan,
tapi biasalah kakmah ni kan selalu sibuk,
tak sempat nak siapkan, jadi kakmah siapkan aja pagi ni.

Selamat berhari minggu kepada semua..
Walaupun hari ni hari minggu, tapi kakmah bangun awal.
Bangun tido je kakmah terus rasa lapar, baru kakmah teringat
last kakmah makan nasi semalam pada pukul 10.30 pagi semalam.
Lepas tu kakmah cuma makan sekeping kaya puf pada pukul
4.30 petang. Pukul 7 petang kakmah cuma minum air
teh 'O' tanpa makan. Patutlah rasa lapar semacam je.


Lapar punya pasal, pagi ni  kakmah teringat nak buat karipap
lapis, bukan karipap pusing yee. Lama dah kakmah tak buat
karipap ni sebenarnya, sejak kakmah berhenti menjual
kuih, kakmah langsung tak buat. tetiba je pagi ni kakmah
rasa teringin sangat nak makan karipap yang kakmah buat sendiri.

Pukul 7.00 pagi kakmah kedapur tengok2 ada tak bahan2
yang kakmah perlukan. Bila semua bahan ada, kakmah 
pun terus sediakan semua bahannya. Ni kakmah bagi teruslah 
bahan2nya. Kepada yang teringin nak makan karipap tu
bolehlah cuba2 buat sendiri ye..


Bahan Untuk Intinya

* 2 biji kentang yang sedang besar
* 1 ketul daging ayam, lebih kurang besar kotak rokok
* 1 ulas bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu makan rempah kari
( kalau suka pedas boleh tambah cili mesin )
* 1 sudu teh gula
* 1/2 sudu teh garam
* 3 sudu minyak masak
* 1 1/2 cawan air
* 2 tangkai daun sup


Cara-cara nya pula yee.

1. Kupas kentang, basuh dan potong dadu.
2. Ayam dibersihkan dan potong dadu.


3. Bawang dan bawang putih dikupas dan bersihkan 
dan potong dadu juga. Titik bawang putih sebelum dipotong.
4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan
bawang merah, goreng hingga layu dan naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah kari
betul2 masak.
6. Masukkan isi ayam dan kacau lagi hingga isi ayam mengeras.


7. Masukkan kentang dan kacau hingga rata rempahnya.
8. Masukkan air,garam dan gula, kacau hingga rata,
dan tutup kuali, masak hingga kentang empuk.
9. Sebelum angkat taburkan daun sup yang telah dipotong,
kacau hingga rata, angkat dan sejukkan.


Haaa.. dah pun masak inti karipap kita,
Sekarang kita buat kulitnya pula yee..Puan2..hehe..perasan
plak kakmah ni.

Bahan-bahan untuk kulitnya.

* 11/2 cawan tepung gandum
* 4 sudu makan majerin
* 1/4 cawan air
* 1/4 camca teh garam
* 2 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya.

1. Ambil 1/3 cawan tepung,gaulkan dengan majerin tanpa air
hingga lembut dan ketepikan.
2. Tepung selebihnya gaulkan dengan 1 sudu majerin hingga rata 
3. Bancuh garam dengan air, dan tuangkan air sedikit demi sedikit 
kedalam tepung yang dah digaul dengan majerin, uli perlahan
dengan hujung jari hingga lembut dan mudah dicanai.


4. Ambil doh yang pertama sebesar ibu jari sebanyak dua biji
dan bulatkan.
5. Ambil pula doh yang kedua sebanyak lima biji sebesar ibu jari
dan bulatkan seperti dalam gambar diatas.



6. Leperkan doh yang besar  seperti ini.


7. Masukkan doh kecil kedalam doh besar 


8. Bulatkan seperti ini dan gelekkan sehingga setengah cm.


9. Potongkan doh setengah bulatan
.

10. Dan gulung seperti ini.


11. Potong kepada 3 atau 4 bahagian, mengikut sebesar mana
karipap yang hendak dibuat.


12. Gelek dan nipiskan sehingga menjadi seperti ini.


13. Masukkan inti


14. Cantumkandan klim tepinya.


15. Dah pun sedia untuk digoreng.

* Resipi ni boleh menghasilkan 15 biji karipap yang
sederhana besarnya.
* Kalau nak menggorang karipap ni minyaknya jangan terlalu 
panas, terutamanya semasa mula2 nak letak karipap kedalam
mimyak.
Selamat mencuba.


Jom sarapan pagi dengan kakmah.

Jumpa lagi,

Wassalam.

6 comments:

  1. sedapnyaaaa....mintak sikit...lama tak makan kuih home made sejak2 arwah nenek dah tak de..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Puteri Rimba,

      Sekali sekala makan kuih home made memang sedap sangat, balik Lipis bagi taulah, nanti kakmah buatkan kuih home made untuk Puteri Rimba.

      Delete
  2. lama dh sy tak buat karipap pusing...dlu lps SPM selalu tolong makcik sy meniaga karipap ni..lama sgt dh..lupa dh..hihi

    *kakmah, sy rasa sale jakel smpai 15 mei kot..kakmah try tgk kat website jakel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam munnafendy,

      makcik munna pun jual kuih yee,
      kakmah pun jual kuih dulu2, sekarang tak dah.

      Ok nanti kakmah buka website jakel tu,
      mana tau ada rezki pi Kl,
      boleh beli langsir murah.

      Delete