Assalamualaikum,
Alhamdulillah lega, kembali berada di Lipis.
Sebenarnya Kakmah baru aja turun dari Cameron Highland
tengahari tadi. 3 hari 2 malam kakmah berada disana,
untuk menghadiri mesyuarat PERKIM peringkat
Negeri Pahang plak.
Ni barisan wakil dari Lipis, 9 orang semuanya
termasuk pemerhati.
Kat Cameron Highland kami ditempatkan di Hotel
Heritage di Tanah Rata. Duduk tanah Rata ni tak sejuk
sangat berbanding duduk di Ringlet atau Brinchang agaknya.
Baru nak mula mesyuarat neh, sempat ambil gambar..
Pengerusi kakmah nie serious bebeno plak..
Kat CH, kakmah tak sempat nak lawat kemana-mana pun,
cuma kat hotel je, cuma lepas mesyuarat kami semua
wakil2 dibawa melawat dan meraikan majlis pernikahan
sepasang remaja orang Asli, diperkampungan orang
asli dekat situ, nama kg kakmah tak ingat, sambil
menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk
islam disitu.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Tuan Kadi
Cameron Highland.
Semasa nak balik bergambar beramai2
di ladang Strawberry milik seorang kawan
dari Lipis juga.
Makdara2 tara kucah, berposing sakan.
Ni part paling best, masa nak pergi ari Isnin tu,
singgah di Felda Sungai Koyan, makan nasi dan kari
kepala ikan, dalam perjalanan balik tadi pun
singgah sekali lagi, pekena kari kepala ikan.
Sedapp, macam ketagih plak.
Dan ini kegemaran kakmah, tak sah kalau pergi ke
Cameron Highland tak beli walau pun sejambak bunga.
Alhamdulillah selesai satu tugasan.
Tapi masih banyak lagi tugasan yang menanti.
InsyaAllah rehat dulu.
Hingga jumpa lagi
Wassalam.
Byknya bli bunga...;)
ReplyDeletedlu p sy dok tanah rata gak. Masa tu hujan je, sangat ler sejuk...
Sallam Aine Ainun,
DeleteMasa hujan memang sejuk.
Pegi bulan 10 tahun lepas memang sejuk gila..
hihihi.. comel je gambo makdara tara kuca tu hihi
ReplyDeletecameron best! saya pun suka!
Sallam Khairul Hakimi,
DeleteHehehe..yang jelasnya Kakmah
tak ada dalam itu gambar..
Camerin memang best, kalau boleh seminggu sekali nak pergi..Udara nyaman..
Salam Lipis Lady,
ReplyDeleteBagus Cik Mah dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat yer.
Akak dah lama tak ke CH. Sekarang ni nampaklah lagi susah nak pegi bila anak-anak tak free.
sallam kak kunang2,
DeleteAlhamdulillah, sementara orang perlu tenaga kita, itu aja yang termampu kakmah buat..
akak apa nama gerai kari kepala ikan yang akak singgah tu...nampak gebu je isi ikan tu...mahal tak?
ReplyDeletewah sempat lagi ke ch akak kita ni...
salam kak mah,
ReplyDeletealhamdulillah ..nampak kak mah sihat tu :)
ati baru ni pun naik cameron juga
bila turun dari sana ..boleh anak ati
syirah muntah dlm keta..
nampaknya lambat lagi dpt naik sana..hik3
anak2 tak tahan
baca pasai koyan teringat
arwah pak mentua yg meninggal awal
tahun lepas ...lama tak pi sana