Saturday 29 September 2012

Kesian Dia.

Assalamualaikum,


Dia ni kakmah jumpa semalam bertenggek diatas pokok misai kucing,
depan rumah anak kakmah, selang sebuah rumah aja dari rumah kakmah.
Kakmah rasa dia ni tersesat macam anak ular itu hari atau terjatuh dari
sarangnya. Kecil lagi dia nie, bulu pun belum tumbuh penuh.


Masa kakmah sentuh dia, dia diam aja, tak bergerak, kakmah rasa
dia nie sakit. Kakmah tak maulah ganggu sangat dia. Tapi kakmah 
sempat juga ambil gambar dia. Masa kakmah ambil gambar pun
dia diam aja. Tengok tu sayu je nampak muka dia. Kakmah tak 
berdaya nak tolong dia. Kalau dia boleh nganga mulut pun boleh juga 
kakmah suapkan ulas2 nasi kedalam mulut dia. Tapi dia tetap diam
dan membisu seribu bahasa. Akhirnya kakmah tinggalkan aja dia
dengan hati yang sedikit kesal, sebab tak tau apa nak dilakukan
untuk membantu dia. 


Pagi tadi semasa lalu dekat situ, kakmah tengok dia dah tak ada, cuma
tinggal beberapa helai bulu sahaja, menandakan dia dah tak ada.
Kakmah rasa dia dah menjadi habuan kucing yang selalu lalu lalang
kat situ. Kesal plak rasa hati kakmah kerana tak selamatkan dia,
atau sekurang-kurangnya bawa dia masuk kerumah, bagi dia
perlindungan.
Kejamkah kakmah???

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mah...

    Bukan Kak Mah tak mahu membantu. Cuma Kak Mah tak tahu apa nak dilaku, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam kakcik

      ye kakcik,
      tapi hati tetap kesal.

      Delete
  2. xpelah kak mah.. mcm kata kakcik x tahu nk buat apa

    ReplyDelete
  3. Rasa bersalah ya? Takpa, bukan niat begitu, kan?

    ReplyDelete