Monday 3 October 2011

Melawat Lombong Bijih Timah

Assalamualaikum,

Selamat Petang, amboih petang baru dapat buka dan update blog. Pagi tadi sibuk sikit, banyak keje yang kena bereskan kat kelas ni, semua dah berdebu, maklumlah dah seminggu ditinggalkan kosong. Bercuti sakan saya. Oh ye, apa khabar semua rakan2 blogger, pengunjung2 yang saya sayangi, harap2 anda semua ceria2 selalu yee.

Tengok gambar kat bawah tu, tau tak kat mana saya anak beranak dan cucu2 berposing sakan. Kalau ada sapa2 yang tak pernah tengok tempat ni, tunggu jap saya bersurah! saya ringkaskan saja.

"Pada zaman dahulu, beratus tahun yang lalu, beberapa orang pemburu telah keluar berburu. Ditepi sebatang sungai mereka bertemu seekor kijang lalu membaling lembing kearah kijang tersebut, nasib mereka baik salah satu lembing tersebut telah mengena badan kijang itu. Tapi malangnya kijang tersebut tidak mati dengan satu tikaman lalu berlari kearah sungai dan terjun kedalam sungai tersebut. Kijang tersebut terus hilang didalam sungai itu. Dua tahun kemudian beberapa orang pengembara telah menjumpai sebatang lembing didalam sungai dimana kijang tersebut hilang lalu tempat tersebut dinamakan Sungai Lembing.


Disinilah kami berposing, dihadapan pintu masuk Muzium Sungai Lembing.

Jumaat lepas kami sepatutnya dah balik ke Lipis dari Kuantan, tapi entah macam mana semasa bersiap-siap nak balik datang pula idea nak melawat Muzium Sungai Lembing. Memandangkan Sabtu dan Ahad masih cuti, kami pun sepakat untuk pergi. Dalam pukul 12.00 kami pun melencong ke Sungai Lembing. Perjalanan dari Kuantan ke Sg. Lembing memakan masa lebih kurang satu jam. Kami sampai di sana dalam pukul satu lebih. Sementara menunggu Muzium dibuka semula pada pukul 2.45 petang sempatlah kami berjalan2 melawat tapak bekas lombong bijih timah yang kedua terdalam dan terbesar di dunia selepas Bolivia, terletak berdekatan dengan Muzium yang khusus mempamirkan tentang kegiatan perlombongan di Sungai Lembing.

Sedikit fakta tentang lombong bijih timah Sungai Lembing yang saya dapati dan kutip dari penerangan di Muzium tersebut dengan bantuan Wikipedia. Lombong Bijih Timah Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 1891, oleh pelombong dari Britain, Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) nama syarikatnya yang telah menguruskannya mulai tahun 1906. Walaupun sebenarnya lombong itu dibuka lebih awal dari itu. Pajakkan yang bernilai sepuluh sen setahun itu telah dipersetujui untuk selama 100 tahun. Lombong tersebut merupakan lombong bawah tanah yang kedua terpanjang dan terbesar didunia selepas lombong di Bolovia. Keseluruhan panjang terowong bawah tanahnya adalah 322 Km dengan kedalamannya antara 610 hingga 700 meter dari permukaan bumi. Dalam tahun 1,400 an ada 1,400 orang yang bekerja di lombong tersebut, sehingga ia mendapat jolokan El Dorado of the East. Lombong tersebut ditutup pada tahun 1986 akibat dari kejatuhan teruk harga timah dunia, tidak sampai pun seratus tahun.



Merasa berada didalam terowong bawah tanah. Seram!!

Bagi saya pengalaman berada di Sungai Lembing ini amat menarik walau pun kami kesuntukan masa untuk melawat lain2 tempat menarik yang ada disana seperti Bukit Panorama, Ladang ternakan Rusa, Kolam Air Panas dan banyak lagi tempat2 yang akan menjanjikan kepuasan. yang paling istimewanya makan disini agak murah berbanding ditempat lain. Orang-orang disinipun kelihatannya kaya-kaya belaka. Munkin hasil peninggalan lombong kut.



Tapak mesen memproses bijih timah, ditengah-tengahnya jalan raya.



Tertidur dah cucu saya dalam muzium ni, kepenatan


Dibelakang saya itu munkin bekas lif ke terowong bawah tanah
Tidak ada penerangan. Tapi terowong ini sangat dalam.

Berposing atas jambatan gantung yang masih kukuh walaupun dibawah sana
telah ada jembatan yang boleh dilalui oleh kereta dan lori.

Hingga jumpa lagi.
Wassalam

11 comments:

  1. wah... membaca sejarah kita hari ni, memang menarik


    kalau berkesempatan nanti nak juga ke sana

    ReplyDelete
  2. KAK, entri ini tidak bertajuk.

    Kalu saya pun, suka dapat melawat tempat bersejarah macam ni. Ambik gambar banyak-banyak sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    ibuintan,

    Memang seronok sekali sekala melawat tempat2 bersejarah dan jauh bandar.

    azieazah,

    A,ahlah tak sempat nak tulis tajuk tadi tu, nak balik sangat dah, terima kasih ye azie, tolong bagi tau akak, akak dah buat tajuk dah.

    Itulah ralatnya, masa kat sana berat sangat tangan nak ambil gambar, bila balik dah nyesal, terutama gambar pokok besar kat tengah jalan tu, terlupa nak ambil. Rasa macam nak pergi sekali lagi lah.hehe

    ReplyDelete
  4. Rasa2nya kat Sg. Lembing tu adalah lombong bijih besi dan bukannya lombong bijih timah!Bijih timah hanya terdapat di kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta shj, acucubertrytest, pergi semula ketempat tu dan semak semula sama ada lombong besi atau lombong timah?- Necrofis, geologist.

    ReplyDelete
  5. Sallam Anonymous,

    Saya rasa anda perlu banyak buat semakan lagi tentang Lombong Sungai Lembing itu, untuk memastikan ia bekas lombong bijih timah atau bijih besi.

    ReplyDelete
  6. harga bijih timah berapa sekilo ?

    ReplyDelete
  7. salam LL, dah lama tak singgah jenguk blog LL. Baru tau asal nama sungai lembing. Cerita pasal lombong ni pernah masuk majalah 3 kalau tak silap, bangga sebab negara kita punyai tempat yg bersejarah macam muzium dan lombong sungai lembing ni. Banyak2 muzium saya cuma pernah pegi Muzium Negara dan muzium Losong je, yg lain2 belum pegi lagi.

    ReplyDelete
  8. Assalam LL..terima kasih d
    kerana berkongsi sejarah sungai lembing..tak pernah tahu pun sebelum ni

    ReplyDelete
  9. salam.
    gitu rupanya sejarah sungai lembing..
    mati gitu je lsh si rusi..idok boleh juga
    buat panggang..he he..

    moga aok sihat selalu di sana..

    ReplyDelete
  10. Seronok ya pegi Sg Lembing....kat sana sejuk tau bila malam la....sg lembing tempat anak-anak Cekwa duduk sekarang, kg tok diaorang, Berbelas tahun juga cekwa duk sana dulu la..!

    ReplyDelete
  11. patut nojah lama bercuti...

    ReplyDelete