Sunday 10 April 2011

Resipi Telor Tiruan.

Assalamualaikum,

Heboh cerita pasal telor tiruan masih belum reda lagi.
Munkin kita pun dah pernah termakan telor tiruan ni,
tapi tak perasan, sebab rasa dan rupanya munkin 99%
sama dengan telor asli.

Tapi sanggup ke kita kalau saja-saja nak makan telor
tiruan tu, ditakdirkan harganya lebih murah dari
harga telor asli.

Cuba kita tengok resipi untuk membuat telor
tiruan ini.


Bahan yang dah dimasuk dalam acuan.
Bahan-bahan:

Asid Sodium Alga
Gelatin ( biasanya dari khinzir atau sayuran)
Natrium benzoat
Lakton
Karboksimetil Selulosa
Kalsium karbaid ( ni hok orang buat nyala api tu ke?)
Laisin
Kalsium Klorida
Lilin Parafin
Tepung Gypsum.
Bahan Pewarna


Ni acuan nak buat telor merah


Cara Membuatnya:

1. Kacau asid sodium alga dengan air selama satu setengah jam hingga menjadi bentuk kristal.

2. Tambah gelatin, kacau sehingga sebati, tunggu 10 jam sehingga semua buih yang ada hilang.

3. Kemudian bahan tadi dicampur dengan natrium benzoat, lakton, karboksimetil selulosa, kalsium karbaid dan laisin untuk membuat putih telor.


Telor yang dah separuh siap.

4. Bagi kuning telor, kalsium klorida dicampurkan dengan pewarna. Ini kerana bahan ini membentuk membran nipis supaya ia tidak pecah.

5. Selepas kuning telor siap ia dimasukkan kedalam acuan yang mempunyai putih telor sebelum dilapikkan sekali dengan kalsium klorida supaya tidak pecah.

6. Bagi kulit telur, lilin parafin dengan campuran tepung gypsum digunakan sebelum memasukkan putih dan kuning telur tadi menggunakan cara suntikan acuan khas.

7. Telur palsu biasanya dijual secara bercampur atau berasingan dengan telur asli dipasaran.

Melihat bahan diatas, sanggup ke kita makan telur tiruan itu.
Kajian saintifik buktikan telur tiruan boleh akibatkan kehilangan memori dan nyanyuk.


Telor palsu apabila digoreng akan
mengeluarkan gelembung udara.

Cara mengenalpasti telur tiruan

1.Kulit lebih berkilat berbanding telur asli

2. Permukaan kulit kasar.

3. Menghasilkan bunyi kuat apabila digoncang
kerana kandungan air dalam bahan mentah.

4. Mempunyai bau berbeza.

5. Putih dan kuning telur akan bercampur
sebaik telur dopecahkan.

6. Ketika digoreng putih telur mudah
merebak tanpa disentuh. (cair)

7. Kulit telur tiruan lebih lut sinar apabila
diletakkan dibawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis.

9. Tiada lapisan kulit pada kulit
telur tiruan.


- Berhati-hatilah apabila membeli telur, munkin telur tiruan masih banyak berlegar dipasaran. Kalau boleh kurangkan penggunaan telur, atau beli aja telur kampung. Munkin dengan ini industri telur kampung akan kembali berada dipasaran.

- Teringat keh sebulan dua yang lepas, goreng telur mata kerbau, telur tersebut meletup dalam kuali, sehingga hampir mencederakan tangan keh. Munkinkah itu telur tiruan??

Sumber :- Sinar Harian Edisi Pahang.

Sekian, Wassalam.

18 comments:

  1. Bila tahu hal ni, bimbang sangat rasanya. Ntah-ntah memeng dah pernah termakan telur tiruan sebab tak sangka yang telur pun nak ditiru. Kenapalah manusia ni masih sanggup menipu dan membahayakan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan yang belum tentu berkekalan.

    ReplyDelete
  2. Sallam KLMM,

    Dah adat manusia,
    memang takpernah puas dengan
    apa yang sedia ada,
    kalau boleh nak lebih kaya,
    walaupun membahayakan orang lain.

    ReplyDelete
  3. Rumit juga kerjenya tu... patutlah ayam membising kalau bertelor sebab nak bagi tahu ker org telor dia dah siap :)

    ReplyDelete
  4. Sallam,

    Hehe..ayam memang suka heboh
    kalau dah keluar telor dia,
    tapi telor yang ni orang
    buat sembunyi2.

    ReplyDelete
  5. telur pun org sanggup nak buat copy paste..

    banyk pula kesan sampingan akibat termakan bahan kimia telur tiruan..

    moga kita berhati2 dan dpt mengenalinya..

    ReplyDelete
  6. Salam LIPIS LADY.
    Saya masuk membalas kunjungan. Terimakasih.

    Saya pun seriau tentang yang palsu palsu ni. Aduhaiii..

    Moga kerajaan kita dapat mengendalikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Sallam Sal,

    Bukan aja telur,
    beras pun orang copy paste.
    Tu dia..

    ReplyDelete
  8. W,salam azieazah,

    harap2 disegerakan,
    Ini melibatkan keselamatan
    rakyat

    ReplyDelete
  9. Macam2 pemikiran 'kreatif' manusia ni. kalau untuk kebaikan tak apalah, ini entah apa2 je... :(

    ReplyDelete
  10. Ni la gamoknye yang buat koi sakit kepale hari ter...

    ReplyDelete
  11. kalau beli telur mentah dalam sarang tu, bolehlah nak cek tulen ke palsu.. tapi kalau telur yang siap masak, telur rebus dalam nasi lemak, telur dadar, telur mata kerbau, roti telur, telur separuh masak kat kedai mamak, macam mana kita nak tahu tulen ke palsu.. saya rasa kita perlu boikot dulu beli telur sehingga kpdnkk atau kkm sahkan tiada lagi telur palsu dalam pasaran, walaupun kandungan protein nya sama khasiat dengan telur tulen

    ReplyDelete
  12. Sallam Kakcik

    Ini kes nak untung besar kakcik.

    ReplyDelete
  13. Sallam En Hisyam,

    nasib baik keh sekarang ni mengelakkan
    makan dikedai, pergi keje bawak bekal.
    kecuali terpaksa, itu pun makan pilih2
    yang betul2 selamat dari segi bahan dan
    penyediaan.

    ReplyDelete
  14. Salam kujungan... singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  15. selamat berhubung melalui blog

    ReplyDelete
  16. Dunia sekarang semakin moden, semakin banyak yang tiruan ye. takut sangat kalau dah telur pun ada yang tiruan.makcik selalu beli telur sri murni, sebab tak ragulah, anak syarikat tempat makcik kerja.

    ReplyDelete
  17. salam..akak..terima kasih utk info ni..arap sgt kite xterbeli telo tiruan ni..mcm2 skrg org nak untung siap sanggup menipu lagi..heheh

    ReplyDelete