Assalamualaikum,
Alhamdulillah, selamat berjumpa lagi rakan-rakan blogger, peminat-peminat Blog Lipislady,
Ini kes cemas, betul-betul cemas.
Bermula Khamis 17 November 2016, bertolak keBentong dengan bas, sampai di Bentong pukul 1.00 tengahari, transit sekejap di rumah anak sementara menunggu dia pulang dari kerja,
Pukul 8.00 malam bertolak ke Kuantan, sampai pukul 11.50 malam, Masa untuk makan ubat malam, tapi bila buka plastik bekalan ubat, Alamak, satu ubat dah tertinggal. Berdebar juga dalam hati, sebeb ubat itu sangat penting, tak boleh miss, masa untuk balik lambat lagi, nak pergi Klinik 1Malaysia, memang tak adalah ubat tu, sebab itu hari semasa kejadian yang sama dah cuba pergi Klinik 1Malaysia, tapi memang Klinik 1Malaysia tak bekalkan ubat tersebut.
Cemas sangat rasanya, tapi malam tu kak Mah boleh bertahan lagi rasanya sebab tak cek darah pun, walaupun kepala dah rasa pusing sikit, tapi berehat ajalah yang boleh dilakukan.
Hari sabtu, seawal pukul 5.00 pagi kami bergerak balik ke Bentong, sebab Sabtu tu anak kena kerja. Masa tu tak adalah rasa kurang selesa ke atau pening ke. Ubat-ubat yang lain tu Kak Mah makan mengikut jadual dan aturan yang tepat, cuma ubat yang tak ada tu sahaja yang skipnya. Hari Ahad sepatutnya ke KL jumpa abang Kak Mah pula, tapi tertunggak memandangkan anak Kak Mah kesuntukan masa untuk menguruskan Kak Mah di KL nanti.
Hari Isnin Kak Mah rasa Kak Mah perlu juga pergi ke KL, sebab Kak Mah tak mau urusan tergendala dan memakan masa yang panjang dan yang pentingnya kena ambil masa lain untuk pergi lagi.
Pukul 3.30 Kak Mah dan anak bungsu Kak Mah bertolak ke KL, sampai di KL pukul 5.00 petang. Disinilah segala-galanya bermula. Bermula dari berborak-borak kosong hingga pukul 10 malam lebih kurang, dan selepas itu biasalah Kak Mah sebelum tidur akan merayau-rayau di alam maya, mencari info-info tentang ubat-ubatan.
Masa nak baring Kak Mah ternampak mesen untuk cek darah tinggi atas meja, Kak mah pun cubalah cek. Inilah hasilnya, bermula 175/103 pada pukul 10.35 malam. selepas itu setiap tak sampai setengah jam sekali kak Mah cek, hasilnya seperti gambar diatas, pada tahap 187/101 Kak Mah dah rasa sesak nafas, tak tau nak buat apa, nak pergi hospital orang semua dah tidur. Pada tahap ini Kak Mah cuma berdoa kepada Allah semuga di peliharanya Kak Mah, dijauhi dari musibah-musibah akibat darah tinggi ini.
Dengan harapan ada sikit pertolongan, Kak Mah bangun dan pergi ke dapur, buka peti ais mencari limau nipis, tapi tak berjumpa, yang ada hanya limau kasturi. Kasturi, kasturilah, Kak Mah ambil biji, kak mah belah dan perah airnya, campurkan sedikit air masak dan Kak Mah minum dengan harapan ini boleh membantu sedikit. Setelah 15 minit hasilnya 164/95 masih jauh lagi. Walaupun dah turun sedikit tapi Kak Mah masih mengalami kelainan ketika bernafas, dalam keadaan resah tan tak boleh tidur.
Tidak ada ikhtiar lain, kak Mah berkira-kira nak makan ubat yang di makan waktu pagi sahaja, tapi takut akan terjadi kelebihan ubat dengan side effect yang lebih teruk kerana ubat tersebut hanya dibenarkan di makan 1 kali sahaja sehari. Waktu itu hampir pukul 1 pagi, kalau dikira dari masa terakhir Kak Mah makan ubat tersebut sudah hampir 17 jam. Kak Mah tak ada pilihan lain, nak tunggu siang, nak tidur dengan seribu kemunkinan, Kak Mah tak sanggup.
Dua tiga kali Kak Mah keluarkan ubat, tapi tak jadi. Akhirnya kak Mah buat keputusan, apa pun terjadi Kak Mah rela, kak Mah ambil air, buka sampul ubat dan hanya kepada Allah Kak Mah Panjatkan doa, " Yah Allah, aku makan ubat ini demi untuk keselamatan aku, menurunkan darah tinggi aku ini, selamatkan aku dari segala akibat dari terlebih makan ubat ini , dari segala akibat dari darah tinggi ini, Ya Allah selamatkan aku, " gulp, sebiji ubat ditelan buat kali kedianya pada hari tersebut.
Penantian amat menyiksakan, Kak Mah kena tunggu setengah jam untuk ubat tersebut berkesan dan bertindak, dengan penuh harapan dan penuh keresahan kak mah cek semula setelah setengah jam. Hasilnya tak banyak, 163/94 sahaja, tapi syukur ya Allah, walaupun sedikit ianya tetap turun. Dalam hati Kak Mah, kak Mah tak akan tidur selagi dia tak turun ketahap yang Kak Mah rasa selamat.Tapi Kak Mah cuma dapat 163/92 sahaja sebelum kak Mah tertidur lebih kurang pukul 3.45 pagi. Alhamdulillah, Gambar diatas sekali adalah carta bermula pukul 7. 00pagi keesokannya. Selasa.
Dan gambar diatas ini kali terakhir sebelum balik ke Bentong semalam. Masih tinggi sehingga Kak Mah dapat ubatnya petang nanti setelah Kak Mah balik ke Lipis sebentar lagi. Semuga Allah
memelihara Kak Mah sehingga Kak Mah dapatkan ubat tersebut.
Kepada yang sedang makan ubat itu, terutama penyakit kronik, kencing manis, darah tinggi jantung dan kolestrol dan macam-macam lagi, kalau berjalan jangan lupa bawa ubat yee. Bahaya wooo...
Jumpa Lagi.
Wassalam.