Tuesday 10 May 2011

Amalan Murah Rezki

Assalamualaikum,

Allah SWT memberikan jalan buat setiap hambanya untuk memperoleh rezki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan didunia dan akhirat. Kita juga sering diingatkan supaya sentiasa berusaha untukmencari rezki yang halal dan diredhai. Kita juga digalakkan berdoa untuk memurahkan rezki dan untuk dikasihani.

Selain itu kita juga dugalakkan agar sentiasa melakukan beberapa perkara yang boleh membantu membuka pintu rezki kita.

Antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak mensia-siakan pengabadian hambanya seperti firman Nya didalam hadis qudsi yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masaalahnya dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka." ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.

3. Tinggalkan Perbuatan Dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah malam menutup pintu rezki. Sabda Nabi SAW :
"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat Tarmizi."

4. Sentiasa Ingat Allah.
Banyak mengingati Allah akan membuat hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firmannya :
" (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)

5. Berbakti dan Mendoakan Kedua Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa ingin panjang umur dan ditambah rezkinya hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahgiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani. al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezki berdasarkan sabda Nabi SAW", "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat Baik dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit, anak yatim dan fakir miskin juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri seperti sabda Nabi SAW:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranyamaka Allah akan menunaikan hajatnya..." ( Riwayat Muslim)

8. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu aa'lam

9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak
Ibnu Abbas berkata:
" Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya pada hati, kemurahan rezki,kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezki dan makhluk lain mengutuknya." Ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , iaitu Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezki dan rasa kaya dengan pemberian Nya.

10.Berpagi-Pagi
Menurut Rasulullah SAW berpagi-pagi ( memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat berjemah) adalah amalan yang baik.

Dan banyak lagi amalan-amalan untuk memurahkan rezki. InsyaAllah akan disambung nanti.

Sumber : Majalah MIDI

Sekian Wassalam.

7 comments:

  1. nak copy la. nak letak lam blog ye.

    ReplyDelete
  2. apakah ada sesiapa nak saya tunaikan hajat mereka? (macamlah sy mampu...huhuhu)

    thanks lipislady :)

    ReplyDelete
  3. salam..
    semoga Allah permudahkan urusan anda
    di murahkan rezeki selalu hendaknya..
    amin.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum LL,

    terima kasih berkongsi

    moga Allah sentiasa membuka pintu rezeki kita semua

    ReplyDelete
  5. info yg bagus untuk di kongsi. tq

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum LipisLady,

    Terima kasih berkongsi ilmu yang baik ni. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua, InsyaAllah

    ReplyDelete