Sunday 27 May 2012

Kusyen Kecil Lagi ( Crochet )

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu yee kawan2,
Pergi mana hari ni, Putera Jaya, Dataran Merdeka?
Kakmah sepatutnya pergi KL hari ni, ikut rombongan 
Cik Kiah bersama belia dan beliawanis dari Lipis untuk 
majlis penutup perhimpunan belia yang akan disempurnakan
oleh PM. tapi hari ni kakmah rasa tak
berapa sihat, terpaksalah dibatalkan hajat kakmah tu.


Walaupun kakmah tak berapa sihat, tapi pagi2 lagi
kakmah dah menghadap komputer, 
niat nak update blog, nak kongsi gambar
sarung bantal tangan yang dah siap kakmah kait.
Lama betul kakmah nak menyiapkan yang nie,
setiap kali kakmah sentuh dia ada aja kerja lain yang menghalangnya,
jadi terpaksalah kakmah tangguhkan dulu.
Akhirnya malam tadi siaplah juga, dapatlah kakamah
kongsikan pagi ni.


Ini sarung yang keempat yang kakmah dah siapkan.
Semuanya untuk kakmah pakai sendiri je.
Lepas ni kakmah kena buat satu set, 2 buah kusyen dan sarung
untuk kawan kakmah mak Yah. Dia tempah untuk diletakkan
dalam kereta dia. Insya Allah akan kakmah kerjakan
secepat munkin. Gembira rasa hati kakmah,
hasil kerja kakmah dah mendapat perhatian
kawan2, dan dah ada pula yang sudi menempah.
Terima Kasih Mak Yah. 
InsyaAllah esok kakmah akan mulakan.

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam.

8 comments:

  1. Assalamualaikum adinda Cek Mah.. Setiap de Tuhan crochet di sini sgt lah cantik. Moga mendapat keberkatan dengan rezki yang melimpah ruah di bulan2 yang penuh barakah ini. Insyaallah .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo " setiap sentuhan....

      Delete
    2. Walaikumsallam kekanda DO,

      Alhamdulillah, walaupun tidak begitu perfect lagi buatannya, tapi ok lah setakat ni. Terima kasih atas doa kekanda, insyaAllah...

      Delete
  2. Salam Cik Mah,

    Girang hati dengan kusyen crochet tu. Kak Ani dah lama tak mengusyik crochet ni. Kiranya skil dah lama tak dicuba semula.

    Sekarang kalau nak mula balik kenalah beli jarumnya semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam kak Ani,

      Kakmah pun sebenarnya baru mencuba ni, dulu2 tu adalah buat juga, tapi semuanya dah hilang, kira ni nak mencuba skil lama lah juga, terlanjur ada masa terluang ni.

      Delete
  3. Makchaq pernah gak buat ni,
    Berangan.. simple pattern tak nak, nak yang motif, beli benang entah berapa gulung ikut saranan buku tu,
    jahit ada la sempat nampak bunga border dia.. Lebih kurang sejengkal... Nak buat alas meja kononnya... pas tu malas nak sambung.. Benang dah kasi orang..

    Tapi dulu jahit kopiah, banyak la jugak dapat upahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam makchaq,

      Kakmah pun selalu juga macam tu, buat kerja sekerat jalan, tapi kadang bila terjumpa semula, kakmah sambungkan semula..

      Sayangnya kakmah tak pandai nak buat kopiah dan topi bayi tu...

      Delete
  4. salam kak mah..cantik sarung kusyen tu..rajin kak mah buat..acik sejak2 mata dah kurang jelas ni dah tak rajin dah

    ReplyDelete