Tuesday 3 May 2011

Nostlagia Daun Kesom dan Gulai Tempoyak Ayam.


Assalamualaikum,

Nak cerita sikit aja tentang daun kesom,
sebab kat bawah ada "Resipi gulai masam ayam
daun kesom". Kalau cerita banyak nanti
lambat nak sampai kebawah.

Sekitar tahun 70an,
masa tu saya baru kawin,
dok Sarikei Sarawak.
Tak ada kawan, tak ada saudara mara,
sebatang kara. Nak masak masakan Semenanjong
susah sikit, bahan susah dapat.

Satu hari pegi Belawai,
terjumpalah keladi semacam keladi kemahang,
punyalah terliur nak makan gulai masam
tempoyak keladi kemahang.
Orang situ kata keladi ni orang tak makan,
tapi saya nak juga,
tak kira, "kalau orang sini tak makan
saya makan" kata saya dalam hati.

Saya ambil sulurnya,
kalau buat gulai masam semangkuk
dapatlah. Cari tempoyak jumpalah,
tapi tak macam tempoyak yangmak saya buat.
Gila, masamnya tempoyak kat sana.
Tapi mak selalu buat gulai masam keladi letak
daun kesom. Puas cari daun kesom,
tanya sana tanya sini semua orang
tak kenal. Akhirnya buat ajalah yang mana ada.
Alhamdulillah tak gatal pun,
walaupun tak sesedap mana, bolehlah makan.
Makan sorang, orang lain semua
jeling2.
Tapi sekarang ni orang Sarawak pun dah
tanam daun kesom

Ini daun kesom.


Hari Minggu baru ni saya buat gulai masam
ayam dengan daun kesom. Kat bawah ada saya
kongsikan resipinya kepada yang sudi mencuba.
Tapi resipi ini untuk makan 2/3 orang aja
kalau nak lebih masak lebihlah hehe..


Bahan-bahannya.

1. 1 mangkuk ayam, isi dan tulangnya sekali.
2. 2 sudu penuh tempoyak, yang baik, masam dan masih manis
3. 10 ulas cili padi, lebih sikit untuk yang kuat pedas.
4. 8 hingga 10 tangkai daun kesom.
5. 1 keping asam gelugur.
6. 1/2 camca teh serbuk kunyit,atau 1/2 in. kunyit hidup.
7. 1 1/2 mangkuk air.
8. Secubit gula, atau ikut rasa sendiri.
9. Garam secukup rasa.

Cara.

1. Tumbuk cili hingga lumat, bersama kunyit sekali jika gunakan kunyit hidup.
2. Masukkan air kedalam periuk, masukkan tempoyak dan cili, kunyit yang telah ditumbuk.
Kacau dan masak kuah diatas api sehingga mendidih.
3. Bila telah mendidih, masukkan ayam, daun kesom, dan asam gelugur.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga ayam betul-betul empuk dan kuahnya pekat.
6. Rasa garamnya, dan angkat.
7. Hidangkan setelah disejukkan beberapa jam.

( Gulai masam yang telah disejukkan beberapa jam lebih sedap dimakan kerana semua
asam garamnya telah sebati dan kuahnya lebih pekat.)

Selamat mencuba.

Sekian Wassalam.

25 comments:

  1. daun kesom.,nasib bukan daun ketom.,hehe, gurau je.,
    ish.,tgok mknan ni tiba2 lapar balik~ hehe

    ReplyDelete
  2. Petua daun kesom (kata dek org) org pompuan kalau datang kotor jangan memetik daunnya abis memupus :)

    ReplyDelete
  3. sekarang dah tak risau lagi nak cari makanan di sarawak, semua ada :P

    ReplyDelete
  4. salam..
    wahh..ayam pun di tempoyakkan
    ye..?ermmm..nampak sedakk je tu..
    he he..

    ReplyDelete
  5. ooo masakan ni akak bolehlah cuba nanti, sebab belum pernah masak cam ni. daun kesum senang nak hidupkan, di tanah yang lembab.

    ReplyDelete
  6. terliur lama x makan ayam masak tempoyak nih...perggh membangkitkan selera

    ReplyDelete
  7. daun kesom mmg byk digunakan dlm masakan..pernah guna daun kaduk? sedap jugak tu

    ReplyDelete
  8. ayam msk tempoyak ni sdap!! pastu mmg fevret la gulai2 tempoyak ni.. hehe..
    daun kesom mmg best lau msukkn lam gulai tmpoyak..
    bleyh g serbu umah akak ni.. hi3

    ReplyDelete
  9. wah, tak pernah rasa lagi

    boleh cuba ni, tambahan sekarang tempoyak ada dalam simpanan

    ReplyDelete
  10. pertama kali nengok gulai ayam tempoyok ni, mst sedap ni nak cuba!

    ReplyDelete
  11. sedp tengok gulai ayam tempoyak tu..
    berselera makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Rasyid,

    Daun ketum ok gak buat ubat sakit pinggang, haha..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum En Yassin,

    Betul sangat tu, kalau tak caya boleh cuba.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Juliet,

    Tak ada beza dah Sarawak dengan Semenanjung sekarang ni.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum En Zul,

    Makanan orang lepih weh.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Cik Ina,

    Cuba kak, jangan tak cuba..best tau...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum AUC,

    Makanan tradisi kita apa taknya,
    terliur sokmo kalau teringat.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Cikgu Hani,

    Daun kaduk, ye sedap tu buat masak tempoyak.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Diya,

    Haha,, mari mari, kita pesta masakan Pahang.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ibuintan,

    Tempoyak buat sendiri yee,
    mesti sedap. manis lagi.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum CekWa,

    Kalau gemar tempoyak, mesti sedap.

    ReplyDelete
  22. tak pernah cuba lagi ayam masak tempoyak ni..biasanya mak saya buat gulai tempoyak ikan baung.. slurppppp!

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Sal,

    Jom makan tengahari,
    Gulai tempoyak.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum makdara TERdiva,

    Ikan baung!!...slurpppp,
    tos air liur...

    ReplyDelete
  25. che mid tanam pokok kesum... tak maunya hidup.. kurus kedengking je..

    ReplyDelete