Thursday, 31 December 2015

Selamat Tahun Baru Masihi 2016

Assalamualaikum,

Hari ini 31-12-2015. 
Hari ini genaplah tahun 2015.
Hari esok kita sudah berada di tahun baru 2016.
Mau tak mau bertambahlah satu tahun lagi kiraan usia kita.

Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung blog Kakmah, ribuan 
terima kasih Kakmah ucapkan kerana telah memberi 
Kakmah sokongan kepada memajukan blog
Kakmah ini. Tanpa anda semua
Blog Kakmah ini akan
sunyi sepilah.

Setiap kali tahun baru mendatang, maka kebanyakan kita pun
mulalah berazam untuk mencapai sesuatu. Atau setidak-
tidaknya berazam untuk mencapai azam yang telah
dibuat sekian lama namun masih juga belum
tercapai. Tidak salah kita berazam
menguji kekuatan semangat
kita dalam berusaha
untuk
mencapai
sesuatu 
yang
kita
rasa
kita 
perlu.
Bagi
Kakmah
azam 
itu
penting
untuk
memacu
semangat
dan tindakan kita.
Lagi besar azam kita lagi
kuat semangat dan usaha yang
perlu kita gembelingkan demi mencapau
azam tersebut. Dan natijahnya sama ada tercapai
atau tudaknya adalah bergantung kepada kebijaksanaan kita 
juga. Usaha sahaja tanpa kebijaksanaan usaha seolah-olah sia
sahaja. Untuk berjaya ilmu dan usaha haruslah seimbang. Amin.


SELAMAT TAHUN BARU 2016

Wassalam





Saturday, 26 December 2015

Beli Beg Online

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi rakan blogger yang
dikasihi. doa kakmah semuanya berada didalam
sejahtera dan dilindungi Allah sentiasa.


Sempena tahun baru 016 ini munkin ada yang teringin
nak beli beg baru, bagi memudahkan anda semua
yang mengunjungi blog kakmah ini nak membuat
pembelian secara online, ini kakmah iklankan
sebuah website jualan beg online.


Ada bermacam-macam jenis pilihan beg yang dipaparkan
didalam website ini. Semuanya dengan harga yang sangat mampu
 milik. Anda tidak perlu kemana mana untukmendapatkan pilihan
 beg yang cantik lagi trandy. Anda cuma perlu klik aja pada
mana-mana link yang ada didalam post ini, dan anda akan
terus dibawa ke website ini.


Atau klik aja pada mana-mana gambar yang ada dalam post ini
dan anda juga akan dibawa ke website Beggempak ini. 
Begitulah mudahnya.


Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung tetap
dan pengunjung yang baru sampai kesini, kakmah
ucapkan Selamat menyambut tahun baru 2016 dan
selamat membeli beg baru. 

Happy shopping online,

Wassalam.

Wednesday, 9 December 2015

Daun Kemangi Penawar Kencing Manis.

Assalamualaikum,

Rakan2 blogger, pengunjung2 Kakmah yang di kasihi,
Alhamdulillah kakmah kembali bersiaran dipetang yang
permai ini dengan tajuk Daun Kemangi Penawar Kencing Manis.


Minggu lepas kakmah ada terbaca satu artikel yang mengatakan
daun kemangi ini berfungsi untuk mengawal glukose dalam darah
kerana daun ini mengandungi insulin semulajadi.

Jadi kakmah google2 terjumpalah beberapa blog dan website
khusus mengenai khasiat daun kemangi ini untuk merawat dan
mengawal kencing manis.

Ini kakmah copy paste diantara artikel yang berkaitan
dari website ini :

Silalah ke laman ini kalau nak baca lebih lanjut.

Sekilas tentang Kemangi

Kemangi (Ocimum sanctum) merupakan tanaman obat diabetes alami yang berasal dari India yang termasuk ke dalam herbal Ayurvedic. Namun kemudian tanaman ini menyebar ke seluruh dunia dan mulai populer digunakan sebagai obat kencing manis alami. Hampir seluruh bagian dari tanaman ini dapat digunakan sebagai obat, yaitu daun, batang, biji dan minyaknya.
Meski mulai populer digunakan sebagai obat alami diabetes melitus, kemangi tetap lebih sering digunakan sebagai sayuran pelengkap. Selain itu, ia juga biasanya lebih populer sebagai campuran jamu tradisional. Pemanfaatan lainnya juga termasuk untuk mengurangi bau mulut dan bau badan.

Kemangi Dapat Mencegah Komplikasi Kardiovaskular

Pemanfaatan kemangi untuk mengobati diabetes secara alami sebenarnya dapat memberikan beberapa khasiat. Khasiat tersebut meliputi meningkatkan sekresi insulin, menurunkan gula darah dan mencegah komplikasi, khususnya komplikasi diabetes yang berhubungan dengan penyakit kardiovaskular.
Seperti diketahui, penderita diabetes akan lebih rentan mengalami komplikasi kardiovaskular, seperti penyakit jantung, akibat gula darahnya yang fluktuatif. Dalam hal ini, ketika gula darah mengalami lonjakan, maka pembuluh darah akan sangat rentan mengalami penyumbatan yang kemudian meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah yang meningkat tersebut dapat membuat penderita semakin berpotensi untuk mengalami stroke dan serangan jantung. Sementara itu, penyumbatan pembuluh darah akan semakin meningkatkan resiko kedua penyakit tersebut selain mempengaruhi organ vital lainnya.

Dengan mengetahui dampak negatif dari lonjakan gula darah yang dialami oleh penderita diabetes tersebut, maka khasiat kemangi dalam hal mencegah komplikasi kardiovaskular tentunya sangat sayang untuk dilewatkan. Meski demikian, khasiatnya tersebut hendaknya tidak disalahartikan dengan mengobati total penyakit gula darah yang diderita. Dalam hal ini, pengobatan diabetes secara alami dengan memanfaatkan kemangi hanya bertujuan untuk menurunkan gula darah penderita. Dengan begitu, resiko terkena komplikasi dapat dikurangi.

Kemangi Dapat Meningkatkan Sekresi Insulin

Penyembuhan diabetes secara alami dengan kemangi terbukti dapat meningkatkan sekresi insulin pada penderita diabetes tipe 2. Hal ini berdasarkan pada salah satu pernyataan seorang ahli, Laura Shane-Mcwhorter, dalam bukunya yang berjudul The American Diabetes Association: Guide to Herbs and Nutritional Supplements. Meski demikian, penelitian lebih lanjut masih perlu dilakukan guna memperkuat hasil penelitian Laura tersebut.
Semuga kita mendapat sedikit menafaat dari entry ini
Wassalam.

Thursday, 26 November 2015

Projek Bahulu

Assalamualaikum,

Projek kakmah petang tadi ialah menyiapkan bahulu 
tempahan seorang kawan. Projek ni sebenarnya
dah bermula sejak petang semalam dah. Kawan
kakmah order sebanyak 200 biji, petang semalam
kakmah dah siapkan 100 biji, tapi pagi tadi
kakmah dah jualkan. Yerlah kan, kesian juga
kalau ada orang nak beli, terliur nak makan tu.


Hari ini rupanya kakmah sibuk sikit, hampir pukul 4.00
petang baru kakmah dapat mula memukul telur.
Apa lagi sehingga kini dah pukul 10 malam baru
siap bahulu kakmah 200 biji dan dah siap packing.
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan mengantuk
dan penat 200 biji bahulu berjaya juga kakmah
siapkan.


Kepada kawan-kawan yang nak tempah bahulu
boleh bagi tau kakmah di ruangan komen,
tempah awal yee, untuk mengelakkan bahulu
yang ditempah tak dapat disiapkan.

Bahulu kakmah yang jenis garing, apa lagi
kalau dah disimpan didalam bekas yang kedap
udara beberapa hari. Rangup sangat dan
harum baunya.

Oklah semuga jumpa lagi dilain
entry,

Wassalam.

Wednesday, 25 November 2015

Resipi Donat Mudah Tapi Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum,

Hari-hari kakmah buat donat.
Jual di gerai nasi lemak kakmah,
resipi kakmah olah sendiri 20 tahun yang lalu,
masa tu kakmah pun jual nasi lemak dan kuih muih,
sebelum kakmah kerja, tapi kakmah rasa resipi yang
kakmah belajar dengan kawan tu terlalu banyak bahannya,
membebankan kakmah apabila terlupa nak beli bahannya,
kakmah terus tak boleh buat donat.

Lalu kakmah cuba mengurangkan bahannya, dan buat
macam biasa. Alangkah gembiranya kakmah, donat
yang kakmah buat dengan bahan yang telah di catu itu 
menjadi dengan baiknya.


Kepada adik-adik, kakak-kakak, anak-anak yang baru nak
belajar membuat donat tu boleh cuba resipi kakmah ini,
mudah aja.

Inilah diantara bahan-bahannya :

1. 4 cawan tepung gandun ( Kakmah guna tepung cap kunci aja )
2. 1 sudu makan yiest, ( Kakmah guna muripan )
3. 4 sudu makan gula
4. 4 sudu makan majrin ( Kakmah guna majrin pelangi je )
5. 1 1/4 cawan air tambah secubit garam

Cara menggaulnya :

1. Masukan tepung, yiest dan gula kedalam bekas yang besar,
gaul hingga rata, kiraikan sedikit supaya masuk angin untuk
memudahkan doh mengembang.

2. Masukkan majrin dan gaulkan hingga rata hingga menjadi seperti 
serbuk roti.

3. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga air habis.
Pada mulanya doh agak melekat sedikit ditangan, tapi hendaklah
diuli sehingga doh menjadi lici dan tidak melekat ditangan.

4. Rehatkan doh selama dua jam atau sehingga doh mengembang 
menjadi dua kalu ganda.

5. Setelah doh mengembang hingga dua kali ganda, bolehlah di canai.
Caranya ambil doh sebesar bola golf, bulat-bulatkan dengan tapak 
tangan, seterusnya leperkan dengan menepuk-nepuk doh tersebut
supaya naik dengan sempurna apabila digoreng. Jika doh 
terlampau lembik boleh gunakan tepung untuk menyalut doh
supaya senang dicanai.

6. Setelah doh menjadi leper, jangan terlampau leper, cucukkan
dengan jari untuk membuat lubang ditengahnya, dan rehatkan 
didalam bekas yang leper seperti dulang sehingga doh naik kembali,
tetapi jangan terlampau lama takut nanti doh menjadi terlalu kembang
dan susah nak diangkat bila hendak menggorengnya.

7. Bila doh dah agak kembang sedikit goreng didalam minyak 
yang banyak dan panas yang sederhana jangan letak terlalu banyak
 sekali untuk memberi ruang kepada donat untuk mengembang.
Perhatian sebaik saja donat diletakkan kedalam minyak yang
sederhana panas donat mistilah terus dibalik-balikkan supaya donat
dapat mengembang dengan cantik dan gebu. Bila donat dah 
sempurna kembang dikedua-dua belah dan nampak gebu
barulah digaringkan.

8. Setelah donat berwarna kekuningan dan nampak garing
barulah diangkat dan dituskan. Apabila telah sejuk sedikit 
bolehlah digaulkan dengan gula kastor dan boleh dihidangkan.

Resipi ini boleh juga untuk dibuat burger malaysia, tetapi
semasa mencanai jangan ditebuk lubang ditengahnya,
sekadar dibulat dan dileperkan sedikit sahaja.

Selamat mencuba, kalau mencuba jangan lupa beritahu
kakmah hasilnya. Kalau bermasaalah ceritakan masaalah
nya, munkin kakmah boleh tolong untuk 
memperbaikinya.

Jumpa lagi
Wassalam.

Post Larut Malam

Assalamualaikum,

Ini post larut malam Kakmah.
Setelah sekian lama menghilangkan diri,
hari ini Kakmah muncul semula.

Bukan niat nak berhenti berblog
cuma sibuk sedikit disamping
talian internet tidak berapa mengizinkan
untuk kakmah nak online.

Alhamdulillah, entry ini kakmah dah start
tulis semalam lagi dah,
tapi semalam tu tiba-tiba line problem
terpaksalah sambung malam ini.

Oklah entry ini sekadar ucapan
selamat berjumpa lagi di alam maya
khususnya blogger ini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Saturday, 24 October 2015

Cross Stitch Pulak

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, lepas satu, satu projek kakmah ni,
Ini cross Stitch pulak, selepas crochet dan bunga
tali rafia. Walau bagaimana projek crochet
dan bunga tali rafia masih
berjalan lancar walaupun lembap sikit
akibat projek nasi lemak Kakmah.



Mula tengok, alahai serabutnya lah kepala
hotak Kakmah ni, rasa nak muntah pun ada tengok
benang yang berlimpun-limpun tu,
tapi kakmah gagahkan juga atas dorongan menantu
dan cucu-cucu Kakmah yang dua orang tu.
Akhirnya serasilah juga Kakmah dengan 
projek Cross Stitch ini.


Ni yang Kakmah dah mulakan sikit-sikit,
entahkan bila akan siapnya, tak kisahlah,
yang penting siap.
Biar lambat asal selamat, hehehe.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 21 October 2015

Gulai Masam Sardin

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
Hari ini Kakmah berada di Kuala Lumpur dirumah
anak cucu Kakmah. Kat sini senang sikit Kakmah nak
online khususnya berblog sebab disini semua kemudahan ada.

Buka aja blog kakmah terus tengok popular post.
Wahh, nampaknya setiap hari popular post kakmah adalah
 Gulai Masam Sardin. Entahlah semuanya search melalui
google. Nampak gayanya ramai juga peminat gulai masam
sardin ini. 
Oleh itu, khas untuk peminat-peminat gulai masam, khasnya
gulai masam sardin disini kakmah ulang tayangkan cara-cara
nak buat gulai masam sardin. Harap anda gembira dan sudi
mencuba.


Teringin plak kakmah nak kongsikan resipinya
boleh kita rasa sama. Ok, jangan lengah lagi
inilah bahan2nya

1 tin kecil sardin cap ayam
2 sudu makan penuh tempoyak yang masam manis.
cili padi, ikut selera memasing
sedikit kunyit, garam,
3 tangkai daun kesum,
5 atau 6 ulas petai belah 2 kalau suka,
untuk rampai boleh guna tomato ceri
atau sebiji terung panjang
atau terung bulat, terung telunjuk
atau setengah biji timun masak.
Setengah keping asam keping.

Cara2nya

Tumbuk cili dengan kunyit hingga lumat,
masukkan kedalam periok dengan 3 cawan air
masukan tempoyak, kunyit sama ada serbuk
atau yangtelah ditumbuk dengan cili tadi.
Masukkan rampai terung atau timun,
setengah keping asam gelugur tadi.
Masak hingga mendidih dan masak,
Masukkan sardin kesemua kecuali kuahnya,
didihkan lagi, bila hampir masak
masukkan daun kesom, petai atau
tomato ceri. Didihkan lagi hingga semuanya
masak. Angkat dan boleh hidangkan.
Seperti biasa hidangan gulai masam ini sedap 
dimakan sewaktu dia betul2 sejuk
kalau nak makan tengahari, masaklah pagi
kerana kuahnya akan menjadi pekat
dan berperisa.

Selamat mencuba,
Wassalam.

Wednesday, 14 October 2015

Sallam Maal Hijrah

Assalamualaikum

Alhamdulillah,
Syukur kita ke hadrat Ilahi, akhirnya sampai juga kita ke penghujung tahun hijrah 1436, dan hari ini kita telah berada ditahun hijrah 1437 pula.

Sempena tahun baru ini Kakmah nak ucapkan Sallam Tahun Baru kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung blog kakmah ini, semuga tahun hijrah 1437 ini lebih memberikan keberkatan kepada kita semua, bertambah iman kita, bertambah murah rezki dan bertambah sihat tubuh badan dan akal fikiran kita.

Mana yang belum tercapai azamnya tu, teruskan berusaha untuk mencapainya, mana yang dah tercapai tu, buatlah azam baru yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang azam ni, kakmah cuma ada satu azam, iaitu nak kekal sihat dan muda selalu supaya mudah nak melaksanakan tuntutan-tuntutan yang lainnya. In Shaa Allah.
Inilah juga doa kakmah untuk anda semua yang membaca entry ini, amin.

Saturday, 3 October 2015

Bulàn Kelàhiràn

Assalamualaikum,
Alhàmdulillàh, Oktober dàtang lagi,
Oktober adàlàh bulàn kelahiràn Kakmah,
10 Oktober ini genàplah 57 tahun Kakmah  bertàkhta di bumi Allàh yang maha permài ini Alhamdulillàh, sehingga usia ini Allah màsih mengruniakan kesihatàn yang tersàngat bàk, rezki yang semakin muràh, Tàrima Kasih, syukur padamu ya Allah. Alhàmdulillah.

Semuga dengàn bertàmbahnya usià ini akan bertàmbah jugàlàh iman dàn takwa dihati Kakmah, bertàmbah rezki dàn bertàmbah màkmur kehidupàn. Amin.

Wassalam

Wednesday, 30 September 2015

Sallam Hormat

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali rakàn2 blogger kakmah, pengunjung2 setia kàkmah dan pengunjung yang sekali sekala sampai kesini serta pengunjung yang pertama kali sampai..Apa khabar semua, walaupun bulan Dzulhijjah dah berada di pertengahan, tapi rasanya masih belum terlambat untuk kakmah ucapkan sallam Aidil Adha kepada semua. Lahh kakmah ni selalu aja ketinggalan, harap maaf yee semua.

Sehingga hari ini genaplah sebulan kakmah tak update blog ini, sejak jadi makcik nasi lemak ni kakmàh selalu kesuntukàn masa, ditàmbah pula dengan kepenatan memasak dan menyediakàn juadah jualàn kakmah, bila ada kesempatàn sikit kakmah selalu menggunakannyà untuk berehat dan tidur. Alhamdulillàh malam ni tgeràk pula hati nàk mencatat sesuatu.

Terima kasih kàkmah ucapkan kepada pengunjung2 blog kàkmah ini, walaupun tàk ada cerita bàru, namun penggunjung kakmah tetap sudi berkunjung kesini. Terima kasih kalian, sesungguhnya kalianlah sumber inspirasi dan sumber semangat Kakmah untuk tus berblog.

Semuga kita brjumpa lagi dilain cerita,
Sallam hormat dari Kakmah.
Wassalam.

Wednesday, 2 September 2015

Mini Kebun

Assalamualaikum,
Sallam petang Khamis rakan2 blogger,
penguñjung setia Kakmah, semuga sihat sejahtera
semuanya.
Petang ni KAkmah nak kongsi kegembiraan Kakmah
memiliki dan melihat mini kebun kakmah yang ada
dihadapan rumah kakmah aja. Pokok tomato
Kakmah dah berbunga nampaknya, mudah-mudahan 
sempat berbuah. 

Pokok kari Kakmah pun dah membesar nampaknya,
Sekarang kalau nak buat kari Kakmah tak
perlu lagi nak susah2 mencari daun kari
kerana dah ada dihadapan rumah.

Ni daun pandan Kakmah baru tanam, 
semuga tumbuh subur dan menambah
koleksi tanaman Kakmah

Inilah pokok tomato Kakmah 
yang baru belajar nak berbunga.
Ahh..seronok rasanya melihat tanaman yang 
subur walaupun hanya
dalam pasu.

Semuga jumpa lagi
Wassalam





Tuesday, 25 August 2015

Mak Cik Nasi Lemak

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sampai juga impian Kakmah nak berniaga makanan,
walaupun tak ada kedai, cukuplah sekadar ada sebuah meja dan
sekaki payung.  Inn shaa Allah, rezki Allah ada dimana-mana,
terpulang kreativiti kita untuk mendapatkannya. Walaupun sebelum ini
Kakmah pernah gagal dalam temuduga mendapatkan kedai, 
tapi Allah itu lebih tahu kemampuan Kakmah.


Barang jualan Kakmah, nasi lemak, karipap dan kek pelangi, 
ini menu tetap,, ada jugalah dua atau tiga jenis lagi kuih2 yang lain,
mee, mihon dan kue tuew..

Alhamdulillah.

Wassalam.


Jualan Kakmah hari ini

Wednesday, 19 August 2015

Bacaan Hari Ini

Assalamualaikum,

Rakan2 Blogger, dah beberapa hari Kakmah tak update blog ni.  Bz sikit. Hari ini Kakmah nak share bacaan BP Kakmah yang Kakmah ambil pukul 12.20 tadi. Alhamdulillah, bacaan begini
adalah normal, kata doktor yang merawat Kakmah.

Walaupun malam tadi Kakmah tidur lewat, pukul 03.00 pagi, walaupun kepala Kakmah sangat sakit dan pusing, tapi itu tidak menjejaskan tekanan darah Kakmah. Alhamdulillah.


Kakmah sekarang ini memang dalam diet untuk mengawal tekanan darah. Pertama yang Kakmah lakukan ialah mengurangkan makan makanan yang masin. Kakmah telah mengurangkan penggunaan garam didalam masakan Kakmah kepada separuh dari biasa. Untung Kakmah sebab makan cuma dua orang.Anak Kakmah ikut saja selera Kakmah, tak pernah pertikai pun. Apa yang Kakmah masak dan macam mana pun rasanya, itulah makanan dia.

Perkara kedua kakmah lakukan ialah memberhentikan terus penggunaan perisa makanan, dan kurang makan di kedai lagi untuk mengelakkan termakan masakan yang di tambah perisa makanan. Kakmah minum teh 'O' lemon 3 hingga 4 gelas sehari, Kurang manis untuk mengelakkan kencing manis meningkat. Kakmah juga makan timun setengah hingga sebiji sehari pagi dan malam. Tidur awal, pukul 10 malam atau lebih awal dan bangun pukul 4 atau 5 pagi.

Harapan Kakmah agar Kakmah dapat mengekakan bacaan begini dan kalau naik pun sedikit sahaja dan Kakmah lakukan ini dengan bantuan ubat yang diberikan oleh doktor.

Semuga apa yang Kakmah lakukan ini akan membuahkan kejayaan dan kakmah bebas dari kedua-dua penyakit yang merupakan pembunuh senyap di zman ini.

Jumpa lagi,
Wassalam.



Friday, 14 August 2015

Khasiat Buah Lemon

Assalamualaikum,

Sallam petang Jumaat buat rakan2 blogger, pengunjung setia dan pengunjung baru sampai kesini. Alhamdulillah jumpa lagi kita petang ini dengan topik perangi darah tinggi dan kencing manis.


Kakmah baru saja habis membaca blog dari seberang, semuanya tentang 
khasiat buah lemon.Kakmah memang sentiasa minum teh 'O' lemon, 
kadang-kadang minumlemon dengan madu. Dan khasiat yang kakmah 
tahu sebelum ini lemon ini boleh menurunkan paras gula untuk 
orang kencing manis dan boleh menurunkan tekanan darah tinggi. 
Lemon juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.


Pagi tadi setelah bertungkus lumus menyediakan nasi lemak dan kuih muih untuk jualan, kakmah sempat check tekanan darah kakmah, ohh tingginya, 158/99, munkin sebab kakmah bangun awal pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan barangan jualan agaknya. Orang berpenyakit darah tinggi ni tak boleh tidur lewat. Sebab itu kakmah selalu tidur pukul 10.00 malam atau lebih awal lagi. Tidur awal dan bangun awal pagi paling baik, tapi tau-tau ajalah kalau buat semua kerja diawal pagi, mestilah stress dibuatnya sebab serba serbi nak disiapkan masa itu juga. Nak keluar seawal pukul 6.30 pagi atau selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi kalau lewat dari itu semua orang dah kenyang.

Bila BP Kakmah mencecah angka itu Kakmah memang risau, cara yang kakmah selalu lakukan ialah dengan segera minum jus lemon, Teh 'O' Lemon suam tambahkan sehelai atau dua helai daun pudina yang dah di renyukkan sedikit untuk mendapatkan aroma dan rasanya. Memang sedap minuman ini dan khasiatnya sangat ketara. Satu jam selepas itu Kakmah check kembali, inilah hasilnya seperti didalam gambar diatas, BP atau tekanan darah kembali kepada tahap normal. Kepada rakan2 blogger dan sesiapa saja yang ada penyakit darah tinggi atau kencing manis silalah cuba minum teh 'O' lemon ini, kerana jus lemon juga boleh menuteralkan gula dan teh.

Semuga kita sihat selalu.
Wassalam.


Thursday, 13 August 2015

Khasiat Lengkap Dalam Satu Pinggan

Assalamualaikum,

Rakan2 Blogger, penjungung tetap blog kakmah dan kepada yang baru 
sampai keblog kakmah ini, salam sejahtera dan salam petang khamis.

Kakmah percaya semua orang nak sihat, tak mau sakit, ahhh begitu
juga Kakmah. Kesihatan yang di berikan oleh Allah ini amat bernilai
harganya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi kadang-kadang
kerana kerakusan kita sendiri dan kurangnya pengetahuan terhadap
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi menyebabkan kita mengalami
gangguan kesihatan yang berpanjangan, malah kebanyakannya sehingga
keakhir usia. Alangkah ruginya kalau ini terjadi kepada kita.


Iya, kakmah juga menghadapi situasi ini. Semakin lama kakmah rasa
kesihatan semakin merosot. Dalam pada itu kakmah tetap setia
mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor Kakmah dengan harapan 
Kakmah boleh kekal sihat setidak-tidaknya masih kuat untuk menjalani
ibadah harian.

Apakah ada kesan sampingan apabila memakan ubat secara berterusan ini. 
Sudah pastilah ada, sejumlah bahan kimia masuk kedalam badan kita
berterusan tanpa henti, tapi demi mengekang kemelaratan sakit yang lebih
merbahaya kita terpaksa merelakan apa jua kesan yang akan kita alami.

Kencing manis, Darah tinggi, kolestrol tinggi, inilah penyakit zaman moden,
kebanyakan penyebabnya adalah makanan yang kita ambil setiap hari,
kadang-kadang dalam kuantiti yang berlebihan, garam misalnya yang kaya
dengan sodium, kadang-kadang kita terlebih ambil tanpa kita sedari.
Sodium adalah penyebab utama kepada penyakit darah tinggi, sebab itulah
semasa kakmah mula mendapat darah tinggi doktor menasihatkan supaya
Kakmah kurangkan makan garam. Ohhh tidakkk..tanpa garam makanan
hilang lazatnya. Itu pendirian Kakmah.

Namun kakmah cuba juga mengambil makanan tanpa garam langsung,
cuba makan kanji nasi dengan ayam rebus dengan sayur tanpa garam
selama seminggu. Hasilnya memang memuaskan, darah tinggi kembali
normal, tapi selama mana Kakmah mampu makan seperti itu kerana setiap
kali makan kakmah rasa nak terjeluak. Akhirnya kakmah kembali kepada
tabiat lama sejak kecil lagi makan makanan yang terlebih masin. Dan akhirnya
penyakit darah tinggi kakmah menjadi kronik lalu akhirnya doktor
mengistiharkan kakmah kena makan ubat darah tinggi sehingga ke akhir hayat.

Begitu juga dengan penyakit kencing manis, musuh utamanya ialah 
sebarang makanan berwarna putih. Nasi putih, gula putih, tepung putih...
Semua ini adalah makanan ruji, mana munkin kita meninggalkannya.

Tapi sejak akhir-akhir ini kakmah selalu mendapatkan maklumat
tentang dua penyakit ini dan contoh-contoh orang yang berusaha bersungguh-
sungguh untuk memerangi penyakit ini dan mereka berjaya
untuk menghindarinya dan berjaya menurunkannya ke tahap normal
dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Justeru kakmah juga berhasrat untuk meniru apa yang mereka dah
berjaya lakukan. Harap semuanya panjatkan doa semuga kakmah berjaya
dalam misi ini dan dari semasa ke semasa akak kakmah catatkan disini
apa yang kakmah lakukan dan kesannya terhadap penyakit darah tinggi
dan kencing manis kakmah ini harapan kakmah kalau kakmah berjaya
ada pula yang akan mengikut jejak langka kakmah ini.
Sama-samalah kita menuju kearah kehidupan yang sihat tanpa
ubat-ubatan. Langkah pertamanya bermula disini.

Hari ini Kakmah cuba bertahan tanpa nasi, tapi masih ada kari.
Gambar diatas itu adalah gambar kari daging kurang santan,
campur ubi kentang dan kacang. Kakmah namakan Khasiat
lengkap dalam satu pinggan kerana Kakmah tidak makannya
dengan nasi, hanya makan meratah begitu sahaja kerana ketiga-tiga
khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh kita telah ada
didalam satu pinggan itu. 1. Kentang untuk kabohidrat 2. Daging
untuk protin. 3. Kacang untuk vitamin 4. Garam untuk kalsium.

Harap-harap ada rakan2 yang ingin berkongsi apa jua pengalaman
sakit kronik seperti kakmah ini, jika ada catatkan diruangan komen, 
nanti kakmah masukkan kedalam entry yang seterusnya melalui tajuk
ini.
Mari kita sama-sama mulakannya disini.
Perangi sakit kronik ini dan mulakan hidup sihat tanpa ubat.

Untuk yang sudi berkongsi kakmah dahului dengan ucapan terima kasih.

Semuga anda sihat
Wassalam



Wednesday, 12 August 2015

Macam Mana Nak Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Assalamualaikum,

Selamat malam rakan2 blogger, pengunjung2 setia blog Kakmah, pengunjung yang baru sampai ke
Blog ini. Tajuk ini Kakmah tujukan khas kepada blogger-blogger yang mempunyai iklan nuffnang di blog mereka. 

Beruntunglah bagi mereka yang dapat cash out pendapatan mereka daripada nuffnang sebulan sekali, kerana ini dah menjadi pendapatan bulanan anda dan tersangatlah boringnya bagi mereka yang setelah beberapa lama pasang iklan nuffnang tapi masih juga tak bertambah-tambah nilainya, kalau bertambah pun hanya ada beberapa sen sahaja. Kakmah pun sama juga, setelah setahun selepas cash out yang bernilai RM 67.21, itu cash out yang kedua dan masa untuk mencapai jumlah itu adalah selama 20 bulan bersamaan setahun lapan bulan.

Setiap hari kakmah meneliti dan menilai, bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan melalui iklan ini, sekurang-kurangnya boleh juga menambah pendapatan bulanan kakmah. Lebih-lebih lagi kakmah sekarang ini tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menguruskan kehidupan. Harapan kepada pendapatan sebegini amatlah tinggi bagi orang seperti kakmah ini.

Tetapi setelah kakmah teliti-teliti diantara perkara-perkara yang boleh meningkatkan pendapatan secara mendadak ialah melalui klik kepada iklan yang kita pasang. Pendapatan melalui klik ini mampu menambah jumlah yang boleh kita lihat. Disamping itu kita kena berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog kita kerana juga boleh menjana pendapatan walaupun jumlahnya sangat kecil, tapi kalau sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Bagaimana untuk meningkatkan trafik? Pertamanya tuan blog kena sentiasa aktif dan jangan tinggalkan blog terlalu lama. Entry baru kena sentiasa ada walaupun sekadar mengucapkan sallam kepada blogger lain atau pengunjung2. Bina hubungan dengan blogger lain dengan sentiasa masuk blog baru kalau boleh setkan berapa blog baru yang kita nak masuk atau lawat sehari supaya perkara itu m,enjadi rutin harian kita. Jangan lupa blog lama juga, kalau boleh sentiasa tinggalkan komen disetiap blog yang kita lawati. Mampukah. Pokok pangkalnya kalau hendak seribu daya.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday, 9 August 2015

Khasiat Buah Mentimun


Assalamualaikum,

Rakan2 blogger, pengunjung blog kakmah, apa khabar? Nampaknya dah ramai yang tengok gambar yang kakmah upload ini tapi mesti ada yang tertanya-tanya juga cerita apa pula yang nak kakmah kaitkan dengan buah mentimun ini. Tapi kalau pandang kat tajuk tu pasti dah tau ceritanya kan.


Iyalah, apa yang nak kakmah ceritakan ialah khasiat buah mentimun ini. Kakmah percaya semua orang kenal buah mentimun ini, dan tau juga mecam mana rasanya. Tak kurang juga yang tak suka makan buah mentimun. Walau macam mana pun, kepada yang tahu mentimun ini begitu sinonim dengan penyakit darah tinggi. Jelasnya mentimun kalau di makan berterusan boleh menurunkan darah tinggi yang masih baru. Kakmah sendiri sedang mencuba cara pengubatan ini, kerana kakmah rasa inilah cara alternatif yang paling selamat berbanding dengan cara lain, kerana mentimun adalah sayur dan makanan harian yang tidak ada langsung kesan sampingannya jika dimakan setiap hari.

Mengapa mentimun boleh menurunkan darah tinggi. Mengikut kajian terkini mentimun mengandungi kalium, magnesium, dan serat yang tinggi. Ketiga-tiga nutrasi ini boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Disamping itu mentimun juga mengandungi vitamin A dan K, folat, asam caffeic dan silika. Mentimun juga mengandungi vitamin C dan antioksidan yang kuat yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Mentimun juga mengandungi kurang sodium dimana sodium ang berlebhan didalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Untuk mendapatkan khasiat terbaik, sebiji timun boleh dicampurkan dengan setangkai daun sadri, di kisar dan minum airnya setiap hari. Tapi bagi kakmah, kakmah hanya makan timun begitu sahaja sebagai kudapan, setengah biji pagi dan setengah biji malam. Alhamdulillah, tekanan drah kakmah tidak tinggi sangat, bacaan terkini semalam 126/75 dan hari ini 136/81 tanpa makan ubat hospital, alhamdulillah..

Semuga jumpa lagi,
Wassalam


Saturday, 8 August 2015

Jamuan Hàri Raya

Assalamualakum,

Rakan Blogger, pengunjung tetap kakmah, pengunjung pertama kali,
salam sejahtera semua, selamat pagi minggu.
Alhamdulillah selesai sudah jamuan hari raya Pertubuhan
Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, peringkat negeri Pahang,
yang dikelolakan oleh PITKM Perlimen Lipis bergabung dengan
Wanita PERKIM cawangan Lipis.


Tak banyak gambar yang sempat kakmah ambil, sebab Kakmah 
sentiasa berada dipentas sebagai pengacara, ni aja gambar yang 
sempat Kakmah ambil. Baju merah yang sedang menunjuk tu
ialah Pengerusi PITKM negeri Pahang, Dato' Melati bt Ali
dari Pekan Pahang. Tak nampak muka lah plak, ni orang tolong snap
sebab kakmah pun ada dalam gambar. Bergambar bersama AJK Negeri,
Daerah dan AJK Wanita PERKIM Lipis.


Sporting, peserta dari daerah rompin, berkaraoke sambil
menari sakan.

Semuga berjumpa lagi tahun depan,

Wassalam.

Sunday, 26 July 2015

Kerabu Togeh Dengan Isi Ikan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini Kakmah dah mula masak macam biasa untuk makan tengahari Kakmah dan anak Kakmah. Lama dah Kakmah teringin nak makan kerabu togeh dengan isi ikan. Masa Kakmah buat untuk bazar ramadhan dulu kakmahbuat kerabu togeh dengan sotong, tapi Kakmah tak makan sangat sotong. Hari ini ada kesempatan Kakmah pergi pasar pagi tadi terus je Kakmah beli togeh, ikan dah sedia ada dalam peti Kakmah beli Semalam kat Pekan Sari. Kepada yang gemar kerabu dan nak rasa resipi kerabu ikan Kakmah, ni Kakmah sertakan resipinya yee..

Ini isi ikan yang dah kakmah kukus, buang tulangnya dan gaul dengan 
sedikit halia yang dimayang nipis.

Kakmah kukus ikan selar, seekor jee..

Inilah rupa kerabu togeh dengan isi ikan selar.

Ini diantara bahan-bahannya.

Ok Kakmah bagi resipi lengkapnya pula :

1. 1 Mangkuk togeh yang dah dibuang akarnya, bersihkan dan celur sekejap dengan air panas, jangan celur terlalu lama nanti hilang rangupnya.
2. 1 ekor ikan selar sederhana besar, buang perut, bersihkan dan kukus hingga masak, buang tulangnya, hancurkan sedikit dan gaul dengan sedikit halia yang dimayang nipis
3. 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau, buang biji dan mayang nipis. Ini sebagai hiasan saja, kalau suka pedas tambahkan 3 atau 4 ulas cili padi, mayang halus juga.
4. Setengah biji bawang besar potong separuh bulatan, 1/4 in halia mayang untuk gaul dengan isi ikan.
5. 1 batang serai dan sehelai daun limau purut, satu hirisan lemon atau separuh limau nipis atau limau kasturi, ikut suka anda. Perah dan ambil 2 sudu jus nya.
6. Gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan dan gaul rata, rasa masin, manis dan masamnya, apabila telah sempurna boleh dihidangkan. Berhati-hati bila menggunakan garam dan gula, jangan terlalu masin dan manis kerana rasanya menjadi tidak begitu sedap. 

Kalau nak mencuba bolehlah cuba.
Wassalam

Saturday, 25 July 2015

Masak Singgang Ikan Patin

Assalamualaikum,

Selamat pagi Sabtu rakan-rakan blogger, rakan-rakan alam maya kakmah,
serta pengunjung-pengunjung  blog kakmah. Apa khabar semuanya hari ini,
Kakmah macam biasa je, semalam anak Kakmah kata Kakmah ni tak
keluar rumah langsung. Al maklumlah penat bulan puasa belum habis lagi,
ditambah pulak penat bulan Raya, bukan penat buat kerja, tapi penat
makan, hehehe...


Ok, hari ini kakmah melepaskan lelah, lelah duduk rumah sambil
berjalan-jalan di pekan sehari. sambil2 beli sikit keperluan dapur.

Ikan Patin, ohhh sebut aja ikan patin, pasti kebanyakan orang akan
terbayangkan keenakan masakan gulai patin tempoyak orang Pahang.
Atau pun terbayangkan lazatnya masakan stim patin dengan tempoyak.

Kakmah pulak rasanya dah jemu dengan tempoyak ni, semuanya nak
dimasak dengan tempoyak. Kali ini Kakmah ubah selera sikit. Tak mau 
guna tempoyak lagi dalam masakan Kakmah. Kali ini kakmah cuna 
buat singang patin pula. Singgang kat tempat Kakmah ni bermaksud rebus
aja. Mestilah dengan sedikit herba dan rempah ratusnya.

Ok, nak tau resipinya,
semudah merebusnya juga..

2 potong ikan patin
2 cawan air atau suka2 hati andalah nak banyak mana kuahnya
setengah inci halia, lengkuas dan kunyit muda, semua bahan ni boleh makan, pastikan muda..
1 batang serai, titik aja
1 ulas bawang merah halus
6 ulas cili padi belah dua atau ikut pedas yang anda suka
3 keping asam gelugur, atau ikut suka masam anda
1 ulas bawang putih
garam secukup rasa
kalau suka

Hiriskan semua bahan, bersihkan ikan patin,
Masukkan kedalam periok,
Masak hingga bahan empuk,
baru masukkan ikan,
rebus hingga ikan masak.

Boleh hidangkan...
Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng atau roti..

Wassalam..