Tuesday 3 January 2012

Jom Sarapan Dengan Saya

Assalamualaikum,

Salam pagi Selasa.Semuga semua rodong-rodong, kawan-kawan dan pengunjung senyap blog saya ini selamat sejahtera dan ceria gembira selalu. Amboih, pagi benar saya bersiaran hari neh. Ni semua sebahagian dari azam tahun baru saya. Terutamanya yang bersangkutan dengan dunia berblog saya. Kalau dulu saya begitu susah nak cari masa untuk update blog, tapi tahun ni, saya dah berazam untuk update blog ini sekurang-kurangnya satu entry sehari. Biar apa pun entry asalkan ianya meninggalkan sedikit kesan dihati sesiapa saja yang membacanya.

Oklah tak nak membuang masa lagi, sebab masa itu lebih berharga dari emas, emas mahal sangat sekarang ni yee, tapi lebih mahal lagi masa kita yang terbuang, marilah lihat sekejap kedapur saya. Saya nak kongsi idea sarapan pagi kepada sesiapa yang rasa susah sangat nak sediakan sarapan pagi untuk keluarga. 


Mudah aja menu sarapan pagi saya hari ni. Pulut tawar yang ditanak dengan kelapa parut. Sedap sangat. lama dah tak merasa sarapan seperti ini. Sekali sekala memang sedap. Ditambah pula dengan secawan air kopi panas, tapi memandangkan saya kurang minum kopi saya gantikan aja dengan secawan milo panas. Boleh kenyang sampai ke pukul 12 nanti ni. Biasanya 12.30 saya akan makan tengahari. Bolehlah saya skip tea pukul 10.00 nanti.


Kalau tak suka kelapa parut boleh juga diganti dengan sambal ikan bilis, sambal daging atau sambal hati. Ini makanan tradisional, saya lebih suka makan dengan kelapa parut, tidak berminyak dan pedas. Perut pun kurang sikit meragam. Ok. Masa untuk keluar mencari rezki. Semuga jumpa lagi dilain entry. Wassalam.


Jangan lupa berkunjung ke kedai online kakmah

14 comments:

  1. Pulut dan kelapa parut, kalau tambah ikan kering goreng, sedap juga. :)

    ReplyDelete
  2. Sallam kakcik,

    Yer betul kakcik.
    Saya skip ikan kering pepagi nie,
    sebab lauk saya tengahari nanti
    sudah semestinya ikan kering.

    ReplyDelete
  3. tos air liyur keh.. nak cari manu macam ni, kena g kedai2 makan kat kampung2 lah kan.. dulu jumpa pulut sambal tumis ikan bilis bungkus macam nasik lemak... memang sedap..

    ReplyDelete
  4. ya, azam tahun baru saya pun sama, nak cuba buat satu entri setiap hari, termasuk sabtu & ahad ! hehehehe...saya tak pernah makan pulut + kelapa parut...boleh try suruh wife buatkan nanti..

    ReplyDelete
  5. KALAU ANAK MUNNA SUKA SGT MAKAN PULUT MCMN NI KAK... LAGI2 KLU ADA KELAPA PARUT TU

    ReplyDelete
  6. Sallam En. Hisyam,

    Keh pun selalu tos air liur bila lihat menu klasik gineh, tapi keh selalu buat sendiri kalau terliur sangat. Keh tak berapa minat makan pulut dengan sambal ikan bilis, beleming minyak.

    ReplyDelete
  7. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Yer cubalah, sungguh sesuai dengan selera orang lama macam saya neh.

    ReplyDelete
  8. Sallam munna,

    bebudak memang suka makan kelapa parut, lemak manis, sampai orang tua dulu2 kata jangan makan kelapa parut banyak2 nanti kena cacing kerawit. tah mana tah datang cacing kerawit, dari kelapa agaknya.

    ReplyDelete
  9. salam..
    dah nak masuk malam ni
    koi baru senang ke sini..
    sedap aje kalau makan
    malam pun pulut tu

    ReplyDelete
  10. asalam ... memang sodap makan pulut turr ... tapi saya tak boleh makan pulut banyak banyak coz "angin" ... lepas makan pulut asyik sendawa "angin" jerr ...aderr petua nak hilangkan sendawa "angin" ....tq.

    ReplyDelete
  11. pulut makan dgn apa pun sedap..pendapat saya seorang yg gemar makan pulut.

    ReplyDelete
  12. Sallam En Zul,

    Tak per aok dtg malam ke, pagi ke saya tetap sambut juga. terima kasih meluangkan masa.

    Bab pulut tu bila2 bolah makan, saya kalau tanak pulut, selagi tak habis makan, paling bodo makan dengan ikin bilis goreng jadi juga.

    ReplyDelete
  13. Sallam Ir Ajak,

    Saya pun selalu juga angin2 macam tu, tapi tak tau puncanya, apa lagi nak mencari ubatnya. Tapi saya jarang pantang makan, saya makan semua kecuali selera saya tak boleh terima.

    Kalau nak buang angin cuba rebus halia dengan lada hitan dan jemuju, minum dua kali sehari sebelum sarapan dan semasa nak tidur. Halia dan lada hitam tumbuk pecah2 aja.

    ReplyDelete
  14. Sallam Cikgu Hani,

    Samalah kita, saya pun hantu pulut, kalau tak ada sangan apa nak dijodohkan makan pulut tawar gitu2 aja pun boleh.

    ReplyDelete