Wednesday 25 January 2012

Kek Labu Manis Cokolate Rice

Assalamualaikum,

Selamat pagi Rabu. Biasanya hari Rabu ni, orang2 semua 
malas bercakap. Maka jadilah Rabu yang bisu atau pun 
Wordless Wednesday. Tapi saya tetap suka bercakap.
Wahhh..awal betul
saya bersiaran pagi ni. Tulah berkat tido awal, maka
bangun pun awal dan awal2 pagi lagi semua
kerja dah beres. Adalah masa sikit nak berblog sebelum
keluar mencari rezki.


Baiklah, macam biasa kerana saya ni seorang peminat kek,
memang pantang saya kalau ada masa terluang
dan semua bahan ada kat rumah saya pun buat keklah.
Semalam saya buat kek labu manis pulak.
Sedap juga kek ni, memang sesuai sangat dengan selera saya.
Semalam kebetulan pula adik bawak dua orang
kawan dia balik, kerumah, sebiji kek hampir
langsai kami kerjakan. Alhamdulillah. 
Memang sedap.


Ok, masa untuk resipi plak.
Saya ni sebenarnya bukan pandai sangat masak,
tapi nak juga kongsi resipi ini yang saya cipta sendiri,
adik2 kakak2 dan anak2 yang baru nak belajar masak tu
bolehlah cuba sebab bahannya pun tak banyak dan simple aja.

Tapi kalau tak sedap jangan salahkan saya yee,
salahkan resipi hehehe.

Bahan-bahannya 

- 3/4 cawan butter
- 3/4 cawan gula perang,
- 1 cawan labu manis yang dah direbus dan lecek halus.
1 1/4 cawan tepung gandum 
1/6 sk baking powder
1/6 sk soda bicarbonate
3 sudu makan susu pekat manis
5 biji telur gred C
5 sudu cokolate rice.


Cara2nya
- Sapu loyang berukuran 21 cm dengan butter atau majrin
- Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonate
- Putar gula perang dengan butter
- Bila dah kembang masukkan telur satu persatu
- Masukkan susu pekat manis
- Masukkan labu manis kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum
- Akhir sekali masukkan cokolate rice, kacau dan 
- tuang kedalam loyang.
- Bakar dalam oven 180c selama 35 hingga 45 minit.


Dan inilah hasilnya
Kalau makan waktu masih panas lagi sedap.
Sesuai untuk minum teh, 
Tidak terlalu manis.
Cukup untuk makan 8 hingga 10 orang.
Selamat mencuba kapada yang ingin mencuba.

Jumpa lagi,
Wassalam

6 comments:

  1. Assalamualaikum
    Selamat Pagi LL

    dah boleh bukak kedai kuih ni LL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Deru Ombak,

      Hehe, lambat lagi,
      tengah belajar juga ni..

      Delete
  2. errrr...teringin nak try...tapi tak de oven lagi kat umah....huuuu

    ReplyDelete
  3. Nampak macam bingka. Alamak, teringinlah pulak. :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak,
    Sy klau buat kek mmg failed...tak reti... tp mmg teringin nak belajar, nak buat sendiri2 mmg tak confident :(
    Lgpun brg di sini tak reti nak cr lagi... lg2 brg nak wat kek...
    cake in spanish keke :)

    ReplyDelete
  5. nampak mcm sedaplah kak... rajin kak buat kek...

    ReplyDelete