Friday 13 January 2012

Jumaat Yang Berkat


Assalamualaikum, 

Sallam pagi Jumaat yang berkat.

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.
Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).





Syukur Alhamdulillah, pada pagi Jumaat ni jugalah saya dah boleh tersenyum lebar, bukan selama ni saya tak senyum, cuma dalam senyuman tu ada tersimpan sedikit duka. Apa taknya kuda saya dah lebih setahun masuk bengkel, menjalani rawatan, lepas satu satu penyakitnya, sampai saya tak mampu nak mengeluarkannya disebabkan kos rawatannya yang terlampau tinggi.

Akibatnya bertahun jugalah dia tak ada cukai jalan, tak ada insuran. Bila dah keluar dari bengkel nak dapatkan insuran dan road tax kena masuk PUSPAKOM dulu. Lecehnya, kena berulang alik ke AmBank di Raub menguruskan geran yang dipegang oleh AmBank Temerloh. Pas tu kena jumpa BALA plak ( Runner terkenal di Lepeh) untuk menguruskan nya dengan PUSPAKOM. Maka duit pun berguguranlah macam hujan batu.

Terima kasih bebanyak pada anak-anak saya yang menyumbang pada kejayaan ini. Akhirnya boleh lah mak memandu kereta semula walaupun dah tak berani memandu jauh. Tapi Alhamdulillah tetap akan menyumbangkan kepada kemudahan saya terutamanya untuk mencari rezki sebagai penyambung hidup.

Ada orang nak teka nombor kereta saya. Boleh. Kita tengok sapa yang kena...
Ok jalan dulu yee, nanti kita jumpa lagi. Wassalam.


14 comments:

  1. Salam pagi jumaat LL..

    Yang dok tampal tetebal tu, mane nye nak nampak.. Heheheh.. Selamat memandu semula eh... Hati hati ..

    ReplyDelete
  2. Salam kak,
    Semoga Jumaat yg barakah ini memberi manfaat pada kite semua... Kereta klau dah start rosak mmg byk nak pakai duitkan kak... lama jgk kereta akak di pusat rawatan... mesti mcm2 penyakit ye tu..
    Apa2 pun,selamat memandu kembali ;)

    ReplyDelete
  3. MUDAHLAH SIKIT NAK BERGERAK LEPAS NI YE KAKA...DAH ADA KENDERAAN SENDIRI... SUSAHLAH NAK TEKA KAK TAK NAMPAK LANGSUNG BAYANG NYA

    ReplyDelete
  4. Sallam Deru Ombak,

    Akak takut ada pulak orang yang minat nanti,
    nombor tu dah pernah kena First Prize...hehehe...kaya weh kalau kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa...LL,,

      Kita lebih kurang sebaya kot, tak pun saya lagi tua.. Cucu pun dah ada 2. panggil saya kakYa eh.. Saya panggil awk kak mah.. Haaaa baru sweet. Ok x?

      Delete
    2. Ok juga tu,
      saya lebeh tua agaknya

      Delete
  5. Sallam MaryaYusuf,

    Memang, tu pun tadi nampak macam minyak itam meleleh keluar je, nak duit lagi lah tu..

    ReplyDelete
  6. baik-baik mandu ya.. tapi jgn le macam semut pulak.. he he salam jumaat dari che mid, semoga anak yang membantu itu terus Allah bantu.. Amin.

    ReplyDelete
  7. Sallam munna,

    Alhamdulillah munna, syukur sangat lepas ni tak payahlah lagi akak naik turun tangga jejantas..Saja je akak gurau munna, kalau nak teka tembak ajalah.

    ReplyDelete
  8. Sallam Che MId,

    InsyaAllah Che Mid, 60 je max, hehehe.
    Yer, semuga betambah murah rezki anak2 saya.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Sallam Imanshah,

      Malu sebab kete dah tua sangat...

      Delete
  10. Sallam Nizam,

    Munkinlah, sebab masih malu2 lagi, hehe

    ReplyDelete